part 13

459 16 2
                                    

Pokok ditepi Jalan diperhati Haikal disebalik tingkap kereta.
Lagu perfect by Ed Sheeran dimainkan diradio.

Haikal mengalihkan pandangannya ke Arah beg yang berisi pakaian Hakim. Pandangan Haikal tertarik pada sehelai kain yang digumpal dan diletakkan pada sisi beg tersebut. Kain tersebut dicapainya.

"Kain?" Tanya Haikal. Hakim terus menoleh kebelakang.
"Kau buat apa dengan kain ni?" Tanya Haikal lalu mengangkat kain tersebut.

"Eh tu kain-"

"Kenapa kau bawa kain ni?" Belum sempat Hakim menghabiskan percakapannya, Haikal mencelah. Hatinya seolah olah terhenti apabila melihat kain tersebut.

"Aku-" belum sempat Hakim bercakap, hakim melakukan tindakan yang tidak diduga. tanpa berfikir panjang, tingkap kereta dibuka lalu Hakim mencampak kain tersebut ke luar tingkap.
"Asal kau buat macam tu!?" Tanya Hakim dengan perasaan yang marah.

"Kau tak tahu apa yang kau bawak" jelas Haikal lalu menutup tingkap tersebut.

****
Pakngah berdiri tegak dihadapan pintu pagar rumah dihadapannya. Jauh merenung ke dalam rumah tersebut. Dengan tiba tiba lamunannya terganggu apabila terdengar seolah olah batu kecil dibaling ke arah tingkap tersebut. Dengan cepat pakngah menoleh.

"Kau kenapa ganggu budak budak tu?" Tanya Pakngah didalam hati. Kedengaran suara bisikkan yang kuat tapi tidak jelas. Pakngah sedaya upaya untuk faham apa yang ingin dikatakan.

Beberapa saat bisikkan itu berlansung, akhirnya satu perkataan yang dapat didengar dengan jelas.
"Korban"
Pakngah tersentak. Dengan cepat Pakngah melangkah menuju ke rumahnya. Anaknya yang baru sahaja hendak keluar terkejut melihat ayahnya gelabah.

"Abah?" Tegur ameer, namun tidak diendahkan.

****
Ring ring, bunyi deringan memenuhi ruang bilik makcik. Dengan cepat makcik menggapai phone bimbitnya.

"Ye ada apa said?" Tanya Makcik seusai sahaja mengangkat panggilan telefon tersebut.

"Budak budak tu tak boleh duduk kat sana" kata Pakngah dari hujung talian. Kedengaran nafas yang deras dari Pakngah.

"Kau dah kenapa Said?" Tanya makcik. Namun panggilan tersebut terus terputus. Makcik kebingungan.

****
Pakngah kebingungan apabila panggilan tersebut dimatikan. Namun pandangannya terus beralih kearah rumah tersebut. Terdapat sebuah kereta parking betul betul dihadapan rumah tersebut. Dengan cepat Pakngah melangkah keluar.

"Anak muda" panggil Pakngah apabila nampak Hamdan dan adiknya melangkah menuju ke pagar rumah.

"Eh Pakngah" tegur Hamdan. Haikal hanya tersenyum kearah Pakngah.

"Dah sihat?" Tanya Pakngah. Saja melambatkan mereka bertiga.

"Alhamdulillah dah" kata Hakim. Namun haikal terus meluru masuk kedalam rumah. Hati Pakngah sudah tidak berasa nyaman. Pakngah terus menarik tangan Hamdan.

"Jaga adik kamu, benda tu ada buat jahat" Bisik Pakngah kepada Hamdan. Hamdan hanya diam. Hakim menunjukkan curiga.

****
Haikal melangkah menaikki anak tangga. Sampai sahaja ditingkat atas, Haikal terus menoleh ke arah bilik kosong tersebut. Tanpa segan ia memulas tombol pintu tersebut.

Krikkkk, pintu dibuka dengan perlahan. Haikal melangkah masuk ke dalam bilik tersebut. Kelihatan debu yang berterbangan.

Haikal memejamkan matanya.
"Kenapa kau ganggu kami?" Tanya Haikal didalam hati. Namun soalan tersebut dijawab dengan suara bisikkan yang tidak jelas. Bunyi bisikkan tersebut seolah olah lebih daripada seorang.

"Aku serius! Kenapa kau ganggu kami!?" Tanya Haikal lagi. Dengan tiba tiba suara bisikkan tersebut terus diam.

"Bukan aku" dengan tiba tiba kedengaran suara seseorang yang berbisik disebelah telinga kirinya.

"Aku!" Kedengaran satu lagi suara, namun lebih garau. Dengan tiba tiba Haikal berasa dirinya ditarik kuat. Namun Haikal masih menguatkan diri dengar memastikan fikiranya tidak kosong. Tiba tiba keadaan bilik tersebut kembali sunyi.

"Kal?" Panggil Hakim dari belakang. Haikal menoleh, matanya merah. Dengan cepat Hakim mendapatkannya.
"Kau kenapa?" Tanya Hakim lalu membawa Haikal keluar.

"Entah, aku tak pape" kata Hakim sambil mengelap air matanya. Pintu ditutup rapat.

3 BERADIKWhere stories live. Discover now