part 11

556 21 1
                                    

Suasana di ruang pesakit pada jam 23:00 kembali sunyi. Semua jururawat bersiap untuk pulang, kecuali yang bertugas.

" Hakim, nanti pukul 12:00 akan ada doktor dan jururawat datang untuk bagi ubat dan catat kadar kestabilan kesihatan awak ye " kata salah seorang jururawat yang sedang mencatat sesuatu di buku rekod kesihatannya.

" Oh ok, kenapa lewat sangat? " Tanya Hakim.

" Dik kena makan ubat 3 kali sehari, pukul 12:00 nanti kali ke-3 " jelas jururawat tersebut.
" Kalau kesihatan adik dah stabil, pagi esok inshaAllah adik boleh balik " sambung jururawat itu lagi sambil menghulurkan sebungkus roti untuk dijadikan alas perut sebelum makan ubat.

Hakim hanya mengangguk tanda faham. Jururawat tersebut keluar meninggalkan Hakim. Setiap penjuru bilik tersebut diperhati Hakim.

Sunyi, keluh hati Hakim.

Telifon bimbit dikeluarnya. Satu Demi satu app dibukanya. Matanya masih segar dan terbuka luas menandakan bahawa día tidak mengantuk.
Pesakit didepannya sudah lena dibuai mimpi. Keseorangan la dia jawabnya.
Matanya kembali fokus kepada skrin phonenya.

Bunyi television memenuhi ruang pesakit. Mata Hakim terus beralih kepada kaca television. Tercari cari mana remote, siapa nak tengok television time macam ni.

Hakim bangun dari katil, menuju ke television yang kukuh tergantung di dinding. Matanya ligat mencari remote.

Krikk, bunyi seolah olah kerusi ditarik dari belakang. Hakim menoleh. Kerusi di meja jururawat nampak seperti teralih dari tempat asal. Hakim mengerutkan keningnya. Jam di dinding menunjukkan jam 11:45 malam.

Takpa Kim, 15 minit je lagi . Luah hatinya seorang diri. Dirinya masih mencari mana remote itu diletakkan.

Tukk, dengan tiba tiba bunyi pintu tandas di dalam ruang pesakit tersebut ditutup. Dengan cepat Hakim menoleh.

" Tak lawak la, kacau orang macam ni " marah Hakim, berharap gangguan tersebut berhenti.

Dengan tiba tiba kedengaran gelak tawa yang perlahan disebelah kiri telinganya. Dengan cepat Hakim menoleh. Niatnya ingin mencari remote tersebut terhalang. Hakim terus menuju ke katilnya.

Dengan cahaya Samar samar memasuki ruang melalui lubang dibawah pintu, terlihat bayangan seolah olah seseorang di luar. Hakim berasa lega, lega masih ada yang terjaga. Hakim 100% berharap bayangan tersebut adalah doktornya. Namun bayangan tersebut tidak masuk, asyik kehulur kehilir dihadapan pintunya.

Hakim mengerutkan keningnya, memerhati langkah bayangan tersebut. Akhirnya bayangan tersebut berhenti namun tiada sebarang pergerakkan. Hati Hakim berdegup kencam. Hatinya laju membaca ayat ayat suci, berharap semoga dapat dijauhkan daripada gangguan tersebut.

Dengan tiba tiba pesakit dihadapan katilnya bangun, tapi matanya masih terpejam. Hati Hakim terhenti, terkejut.

" Kamu sana. kunci, tanam balik " kata pesakit tersebut sambil mukanya tepat menghadap Hakim. Hakim terdiam, apa yang dia maksud kan.

Dengan tiba tiba pintu dibuka, namun tiada sesiapa. Hakim ketakutan, Hakim menjerit memanggil meminta pertolongan. Namun jeritannya tidak didengari seoalah olah menjerit di dalam kaca yang tebal.

Pandangannya teralih kearah penjuru dinding. Terlihat seperti seseorang berdiri di hujung bilik. Matanya seolah olah dipukau.

***

Tidurnya terganggu, dengan perlahan Haikal membuka matanya. Sebaik sahaja dia membuka mata, matanya ligat melihat sekeliling.

Aku Kat mana? Aku mimpi ke?

3 BERADIKWhere stories live. Discover now