Minju p.o.v
" Dori yah.. Sini kat mama.." Kata minju perlahan mengambil Dori di atas katil minho. Dia mengusap bulu Dori lembut. Jangan tanya kenapa minju guna nama mama dengan Dori. Semua sebab minho. Dia kata dia Papa kucing dia. Jadi sebagai soulmate minho, minju kena guna nama mama.
" Dori selalu nak dengan mama je.. Papa diletak kat tepi. Yelah siapalah kita ni.. Dahlah mama dia buang kita juga. Soonie dengan doongie je lah papa ada.." Kata minho pula dengan nada cemburu. Soonie dan doongie ada di pangkuan nya mengiau perlahan.
" Ada orang cemburu lah Dori.. Nak pujuk ke tak nak? Ha? Tak payah? Okey. Mama tak pujuk. " Gurau minju. Bulu Dori masih diusap dengan lembut. Minho memuncungkan bibirnya tanda protes.
" Minju Unnie, minho oppa. Makan tengah hari. Makanan dah siap!" Suara yuri lembut memanggil. Mereka serentak berpaling ke arah pintu. Minho meletakkan soonie dan doongie di bawah. Baru je minju nak letakkan Dori, entah kenapa, tiba-tiba saja tangannya dicakar oleh Dori sehingga mengeluarkan darah. Minju menjerit sakit sebelum menjauhi Dori. Tangannya dipegang sebelum matanya memandang minho yang kaku di depannya. Minho memandang darah yang mengalir hingga ke lengan minju. Matanya menjadi merah menyebabkan minju menjauhi nya. Semakin minju ke belakang, semakin minho menuju ke arahnya. Akhirnya minju terperangkap di antara dinding dan tubuh minho.
" Min....ho...." Suara minju menggeletar sebaik sahaja minho memerangkapnya di situ. Rambut minju ditolak ke belakang sebelum lehernya di dekati minho. Taringnya dimasukkan ke dalam leher minju. Minju menahan sakit dan menarik baju minho supaya dia melepaskan taring nya dari leher minju. Kepalanya dah rasa berat. Matanya juga mula berat. Badannya terasa lemah akibat kekurangan darah. Dia menutup matanya dan akhirnya terjatuh di situ. Minho sempat menyambut sebelum dia menyembah bumi.
Minho p.o.v
" Sorry minju. Saya tak dapat tahan. Terima kasih walaupun awak tak rela." Dia tersenyum kecil sebelum meletakkan badan minju di atas katilnya. Tubuh itu diselimutkan sebelum dia menjeling ke arah Dori yang buat muka tak bersalah. Soonie dan doongie menjeling adik mereka tajam.
" Kalau mama mati, siap kau. Kau pulak ikut mama." Ugut soonie dalam bahasa haiwan nya. Dori masih dengan muka tak kisah naik ke katil minho dan berbaring di sebelah minju. Minho menggeleng dan meninggalkan minju.
" Mana minju Unnie? Tak sihat ke?" Tanya yuri apabila dia tak nampak kelibat minju. Dia memandang minho dengan sedikit terkejut. Minho menunjukkan ke arah biliknya sebelum berkata,
" Dia na rehat. Dia kata nanti dia makan." Kata minho. Hyunjin meletakkan pinggan yang berisi makanan tengah hari mereka di depan minho.
" Hyung, kot ye pun. Lap lah darah minju kat bibir hyung tu. Betul-betul macam vampire." Bisik hyunjin. Baru minho tahu kenapa yuri terkejut memandangnya. Dia tersengih nipis sebelum melap darah di tepi bibirnya.
--------
Chaewon p.o.v" Lix, awak tak nak makan ke? Awak tak sarapan dari pagi tadi lagi.. Awak tak lapar ke? " Tanya chaewon memasuki bilik serba hitam milik felix itu. Gelap ya lah hai.. Dasar vampire betul. Tak reti nak buka langsir. Matanya memandang felix yang terbaring di atas katilnya sebelum dia membuka langsir bilik itu. Ha. Baru terang sikit.
" Felix? Awak okey?" Tanya chaewon perlahan. Dia duduk di bahagian kiri katil felix sebelum meletakkan tangannya di dahi felix. Panas. Felix membuka matanya apabila terasa ada yang meletakkan tangan di dahinya. Matanya berubah warna memandang chaewon. Dia menarik chaewon kuat. Gadis itu terbaring di atas katilnya dan dia berada di atas chaewon.
" Maaf chae. Saya tak boleh kawal diri lagi.." Rambut chaewon ditolak ke tepi dan dia terus memasukkan taringnya ke dalam leher chaewon. Chaewon yang kesakitan menggenggam erat cadar felix sebelum dia menolak felix sekuat tenaga untuk ke tepi. Hasilnya menjadi apabila felix melepaskan nya. Felix tak berapa kuat sebab badannya sedang sakit sekarang ni.
" Awak tunggu kejap kat sini. Saya nak ambil ubat demam. Jangan pergi mana-mana." Kata chaewon. Suara felix menghentikan langkah kakinya.
" Chaewon, plaster ada kat dalam laci meja saya. Laci pertama. Awak letak plaster tu kat luka saya gigit awak." Kata felix. Chaewon terus menuju ke meja felix. Dia menarik laci pertama dan menjumpai plaster. Pantas plaster itu dilekatkan di luka akibat gigitan felix tadi. Dia mengeluh perlahan. Nasib tak pengsan tadi.
" Unnie kenapa? Okey tak? " Tanya yujin. Dia terserempak dengan chaewon ketiak dalam perjalanan ke studio gambar seungmin. Studio itu terletak berdekatan dengan dapur.
" Okey. Cuma pening sikit." Balas chaewon. Yujin tak soal banyak sebab nampak plaster di leher chaewon. Dia faham. Chaewon terus menuju ke dapur dan membuma kabinet dapur itu. Nampak dah. Ubat. Dia mencapai bekas ubat itu dan mencapai bekas ubat yang tertulis 'ubat demam'. Chaewon juga membuat bubur untuk felix. Dia tahu orang demam susah nak makan benda keras. Bubur je lah. Vampire pun sama kot..
Selesai masak, dia membawa bubur itu dan ubat ke bilik felix semula. Felix dah pun sambung tidur di atas katilnya.
" Felix, bangun. Awak kena makan bubur dulu. Lepas tu makan ubat ni. 2 biji tau. Jangan lebih. Saya nak pergi berehat. Kepala saya pening lepas awak ambil darah saya." Kata chaewon pantas sebelum berlalu keluar. Dia terus menuju ke biliknya. Kepalanya betul-betul berat sekarang ni.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
YOU ARE READING
WHO ARE YOU (SKZONE)
RandomKISAH SEKUMPULAN GADIS YANG DIPANGGIL IZONE YANG TIDAK TAHU ASAL USUL MEREKA DICULIK OLEH VAMPIRE KETIKA RED MOON MUNCUL. DAPATKAH IZONE MELEPASKAN DIRI DARI DUNIA VAMPIRE SEKALIGUS MENGETAHUI KISAH SILAM MEREKA? STRAY KIDS AND IZONE FANFIC