Author p.o.v
Suasana di meja makan sunyi sepi. Hanya kedengaran bunyi garfu dan sudu bertemu pinggan. Ahli stray kids semua ada kat meja. Ahli izone tak semua.Eunbi, minju dan chaeyeon saja ada. Wonyoung katanya masih pening kepala. Chaewon sambung tidur yang terganggu. Yena kena kurung dalam bilik oleh changbin. Yuri malas melayan hyunjin sebab tu berkurung dalam bilik. Yujin terlelap lepas sesi bergambar tadi.
" Aku dah sudah..." Suara i.n mencecah kesunyian itu. Dia membawa pinggan dan cawannya ke singki sebelum dibasuh. Yang lain masih makan dengan senyap. Stray kids memang dah diajar makan tak boleh beracakap. Cuma izone yang tak diajar, tapi sebab semua sunyi mereka pun sunyi juga.
Selesai mereka makan, han ditugaskan untuk mengemas. Disebabkan han adalah orang yang menjaga chaeyeon, maka chaeyeon tanpa rela ditarik sekali untuk megemas. Habis muncung budak tu sebab tak puas hati.
" Kau ni. Cubalah senyum sikit.. Ni tak.. Asyik masam je muka tu.. Mengemas ni bagus lah.. Mampu menyihatkan badan tau..." Bebel han perlahan. Chaeyeon buat pekak je.. Ingatkan kat sini tak deorang bebel lagi. Rupanya lagi teruk. Bukan setakat bebel je. Siap perli lagi..
" Kau dengar tak ni?" Suara han yang sedikit kuat menyedarkan chaeyeon. Dia mengangguk malas sambil mengelap semua pinggan yang siap dibasuh oleh han. Biarkan lelaki tu membebel seorang diri. Selesai mengelap semuanya, tanpa mempedulikan han, dia terus masuk ke biliknya. Nak rehat.
" YAH! Lee chaeyeon!" Jeritan han tidak dipedulikan. Malas nak layan kuasa 100. Baik dia tidur lagi bagus. Dia masuk ke bilik dan menghempas pintu. Isyarat supaya han berhenti membebel mengalahkan mak nenek.
bilik chaeyeon
Felix p.o.v
" Chaewon, kau tak nak makan ke?" Tanya felix sambil membuka pintu bilik chaewon. Chaewon masih lagi tidur.
" Tak nak. Saya nak rehat je.." Balas chaewon dengan mata tertutup. Felix tak puas hati dan mendekati chaewon yang masih terlelap.
" Awak nak tau tak kenapa saya dengan stray kids tangkap awak dengan ahli izone lain?" Felix bertanya. Dia tau chaewon nak tau tentang soalan tu sebab tu dia tanya. Chaewon pantas membuka mata.
" Ha?? Nak tau!!" Balas chaewon sambil duduk di atas katilnya. Felix menahan gelak melihat chaewon. Umpan mengena. Tepat sekali.
" Kalau awak nak tau, awak kena makan dulu. Baru saya cerita.. Kalau tak.. tak nak cerita.." Balas felix. Chaewon mencebik sebelum bangun dari katilya. Dia terus keluar bilik meninggalkan felix yang masih tersenyum seorang diri.
" Yah! Lee felix.. mana dapur ni? Macam mana saya nak makan?" Suara chaewon kedengaran dari luar bilik. Felix pantas keluar dari bilik chaewon dan menunjukkan dapur.
YOU ARE READING
WHO ARE YOU (SKZONE)
RandomKISAH SEKUMPULAN GADIS YANG DIPANGGIL IZONE YANG TIDAK TAHU ASAL USUL MEREKA DICULIK OLEH VAMPIRE KETIKA RED MOON MUNCUL. DAPATKAH IZONE MELEPASKAN DIRI DARI DUNIA VAMPIRE SEKALIGUS MENGETAHUI KISAH SILAM MEREKA? STRAY KIDS AND IZONE FANFIC