Di rumah izone,
" Eunbi.. Kenapa tak masak? Chaewon lapar..." Rengek chaewon sebaik sahaja dia ternampak eunbi relak duduk di sofa ruang tamu. Dari tadi dia ingat eunbi masak, rupa-rupanya santai tengok tv je..
" Malas la.. Lagipun diaorang semua dah kenyang.. Kenapa chaewon je lapar?" Tanya eunbi pula. Matanya melekat pada tv.
" Sebab ada orang tu keluar makan tak ajak chaewon. Dia ingat chaewon yang tak makan dari pagi ni kenyang ke?" Chaewon berkata sambil menjeling Chaeyeon di hujung mata. Ada ke dia keluar makan selamba badak dengan tinggalkan chaewon kat rumah hanay kerana chaewon terlelap. Eunbi memandang ke chaewon.
" Chaewon boleh kelaur makan kat 7eleven tak? Eunbi penatlah masak. Ssaem sunny tadi denda lari keliling padang kot..." Balas eunbi. Chaewon mengalihkan pandangannya dari chaeyeon ke eunbi. Memang wajah eunbi nampak penat.
" yela.. Nak suruh chaewon pergi seorang diri ke?" Tanya chaewon kembali. Eunbi menggeleng perlahan. Dipandangnya minju yang sedang leka membaca novel.
" Kim minju, pergi teman kembar kim awak tu.." Arah Eunbi. Minju mengangguk lalu meninggalkan novel di atas meja kopi. Dia ke bilik untuk menukar baju. Chaewon pun menukar baju sebab dia pakai baju tidur corak hello kitty. Dia tak segila mana keluar rumah pakai baju hello kitty. Bukan segila wonyoung lagi. Budak tu relak je keluar pergi funfair dengan yuna pakai baju tidur.
" jom, Chaewon.." Akhirnya chaewon dan minju kelaur dari rumah. Nasib baik kedai 7 eleven tak jauh. Sebab sekarang ni dah pukul 10.00 malam. Orang gila berlegar je waktu ni. Vampire je tak. Dah lama dah vampire tak berkeliaran kat kawasan ni, sebab perjanjian mereka hanya sampai red moon sahaja.
Setiba mereka di 7eleven, terus mereka menuju ke kawasan maing-masing. Chaewon pergi cari ramen yang hendak dimakan. Minju? Pergi cari nescafe sebab dia nak berjaga malam semata-mata demi nak baca novel. Sedang leka chaewon memerhati satu persatu ramen, telefon di dalam koceknya berbunyi. Oh.. Ada mesej.. Dari cik Choi yena.
CHOI YENA
Chaewon, beli nescafe. Latte dengan mocha.
kenapa chaewon pula? Tak telefon minju?
Minju tingalkan phone dia ni. Tolong eh.. Sayang awak.
plese lah.. Chaewon boleh belikan. Tapi, jangan buat chaewon nak muntah.
Yeah! Chaewon baik..
Telefon terus disimpan semual di dalam kocek jaketnya. Sebungkus ramen diambil sebelum mencari minju. Minju masih leka memandang kesemua jenis air di dalma peti ais itu. Dia tak perasan chaewon kat belakangnya.
" Pandang apa tu, mak cik.. Lama betul hanya setakat nescafe je.." Minju mengurut dadanya apabila chaewon menyergahnya. Tergelak chaewon sebelum membuka peti sejuk itu dan mencapai nescafe mocha dan latte yang dipesan yena.
" Chaewon, minju tak suka perisa dua-dua tu lah.." Kata minju lembut. Chaewon mencebik. Ngeh.. Satu rumah tau minju tak suka nescafe mocha dengan latte.
" Taulah.. Ni untuk yena. Dia kirim tadi. Minju, cepatlah.. Chaewon dah lapar gila ni.. Kalau lambat, bayar sendiri.." Chaewon menuju ke kaunter. Minju terus mencapai nescafe original sebelum mengikut chaewon dari belakang. Nasib duit yang dibawa chaewon cukup-cukup untuk bayar barangnya dan barang minju. Kalau tak, mungkin barang yena terpaksa diletak di tepi.
" Minju, kau tau lah bila red moon muncul?" Tanya chaewon secara tiba-tiba ketika mereka dalam perjalanan balik ke rumah. Minju memandang chaewon pelik.
" kenapa kau tiba-tiba tanya?" Tanya minju balik. Chaewon memandang ke taman. Penuh dengan pasangan bercinta. Diaorang ni tak habis-habis bercinta. Tengok macam izone. Relak je takde boyfriend.
" takdelah.. aku tiba-tiba rasa nak tau bila vampire akan berkeliaran semula kat dunia manusia.." Kata chaewon. Minju mengangguk faham.
" Tak silap aku esok. Eunbi kata. Bila red moon muncul, pertahanan selama ni kat dunia manusia terhapus. Sebab tu vampire bebas masuk ke dunia kita.." Panjang lebar minju menerangkan. Chaewon mengangguk faham.
Tanpa mereka sedari, sejak mereka keluar rumah tadi, ada dua orang lelaki leka memerhatikan mereka dengan senyuman sinis. Sampailah mereka berbincang tentang red moon ni.
" Diaorang tak tau apa nasib diaorang.." Kata salah seorang lelaki itu. Lelaki berambut merah disebelahnya menganggukkan kepala. Mereka kemudiannya menghilang dalam kegelapan malam.
![](https://img.wattpad.com/cover/232291042-288-k21709.jpg)
YOU ARE READING
WHO ARE YOU (SKZONE)
RandomKISAH SEKUMPULAN GADIS YANG DIPANGGIL IZONE YANG TIDAK TAHU ASAL USUL MEREKA DICULIK OLEH VAMPIRE KETIKA RED MOON MUNCUL. DAPATKAH IZONE MELEPASKAN DIRI DARI DUNIA VAMPIRE SEKALIGUS MENGETAHUI KISAH SILAM MEREKA? STRAY KIDS AND IZONE FANFIC