BAB 19

165 20 0
                                    

Changbin p.o.v

     " Yena, dah pagi ni.. Bangunlah.." Changbin memasuki bilik yena sebelum membuka langsir bilik yena. Jam sebenarnya dah nak beranjak ke pukul 1.00 petang, tapi masih lagi dia cakap pagi. Yena ni apalah dia buat semalam sampai lambat bangun.

    " Saya ngantuklah changbin.. Tutuplah langsir tu balik!" Arah yena malangnya changbin buat tak dengar. Dia duduk di sebelah yena yang menutup muka dengan tangannya sebelum menarik tangan yena menjauhi mukanya.

    " Bangunlah! Anak dara apa bangun dah petang ni.. Semua dah bangun. Awak tu je belum bangun." Changbin masih cuba mengejutkan yena. Yena mengeluh sebelum membuka matanya perlahan-lahan. Terkejut dia melihat muka changbin betul-betul di hadapannya. Changbin menahan gelak melihat muka cuak yena.

    " Bangun pun. Kalau awak tak bangun lagi dua minit, memang saya cium awak kat sini!" Gurau changbin. Yena memuncungkan bibirnya seperti seekor itik sebelum membaling bantal ke arah changbin.

    " GATAL BETUL! Dahlah keluar. Yena nak mandi." Marah yena sebelum bangun dari katilnya apabila changbin sudah keluar dari biliknya. Dia menuju ke almari dan mengambil sehelai seluar hitam bersama tshirt bewarna putih. Pakaian untuk hari ni. Dia sempat mencapai tuala sebelum masuk ke bilik air. Selesai mandi, dia mengelap rambut dan berdiri di cermin sambil menyikat rambut. Tiba-tiba matanya memandang rantai yang dipakainya bersama loket bewarna peridot.

     " Kenapa kau terang masa full moon bila changbin dekat dengan aku? Kenapa kau tak terang sekarang?" Soalnya sendiri memegang loket bewarna itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

     " Kenapa kau terang masa full moon bila changbin dekat dengan aku? Kenapa kau tak terang sekarang?" Soalnya sendiri memegang loket bewarna itu. Hampir meloncat dia kerena tiba-tiba saja ada tangan memeluknya dari belakang. Tak payah cakap banyak lagi. Tak lain dan tak bukan mesti encik seo changbin.

    " Eoh? Pasal rantai tu, dia hanya akan bercahaya kalau kitaorang dekat dengan korang dalam form vampire. Sekarang ni kitaorang dalam bentuk manusia. Mestilah tak bercahaya.." Terang changbin. Yena mengangguk faham sebelum dia meleraikan pelukan. Dia lapar. Nak makan. Tangan changbin ditarik ke dapur. Macam yang dia jangka. Takde makanan. Kena masak sendirilah jawabnya.

    " Awak duduk sana. Chan oppa tak bagi awak dekat dengan dapur. Nanti dapur meletup." Arah yena. Changbin duduk di kaunter memerhati yena. Yena memeriksa peti sejuk sebelum mengeluarkan bahan makanan. Dia mencapai sebuah pinggan sebelum meletakkan nasi di dalamnya. Entah kat mana silapnya, pinggan itu tiba-tiba meluncur jatuh dari tangannya. Pecah berderai kaca di lantai. Changbin yang masih memerhati terkejut dan segera menolong yena mengutip kaca. Yena menepuk dahinya. Aduh, cuai betullah.. Sedang dia mengutip kaca, tiba-tiba,

    " Auch!" Salah satu kaca tajam terkena tangannya dan tangannya berdarah. Yena merenung changbin yang sekuat mungkin menahan perasaan. Changbin berdiri dan membelakangi yena. Dia menggelengkan kepalanya.

    " Bin, gwenchana?" Tanya yena lembut sambil menyentuh bahu changbin lembut namun dia ditolak changbin sebelum changbin mengisyaratkan dia pergi.

    " You really want my blood? Take it. I'm yours changbin." Kata yena dengan senyuman walaupun tangannya pedih kerana kaca itu. Changbin merenung yena dengan mata merahnya tanda tak percaya. Yena hanya mengangguk sambil masih lagi tersenyum manis.

    " Genggam tangan saya kalau sakit." Kata changbin menolak rambut yena ke belakang. Dia memasukkan gigi taringnya ke dalam leher yena. Yena mengerang kesakitan. Tangannya menggenggam tangan kanan changbin sekuat hati sehingga akhirnya visinya gelap. Changbin melepaskan gigitannya dan memeluk yena.

    " Maaf yena." Gadis itu kelihatan pucat di dalam pelukannya. Dia mengangkat yena ke biliknya dan menidurkan di atas katilnya. Sebelum itu, dia membalut dulu luka di tangan yena. Sebaik sahaja dia keluar dari bilik yena, dia ke bawah semula untuk mengemas kaca namun terkejut kerana kaca itu semuanya sudah dikemas. Dia memandang ke tangga dan melihat ayen sedang ketawa jahat. Tahulah dia bahawa budak tu sabotaj yena tadi.

-------

Malam itu,

Chaeyeon p.o.v

     " HANNIE!" Chaeyeon menjerit nama han dengan kuat sehingga han di bilik sebelah terjaga dari tidur dan segera masuk ke bilik chaeyeon untuk melihat chaeyeon. Gadis itu duduk di katilnya ketakutan. Dahinya berpeluh.

    " Hmm... Nightmare yeonnie?" Tanya han lembut. Chaeyeon mengangguk sebelum air matanya mengalir. Han dah terkejut melihat air mata yang mengalir di pipi chaeyeon. Dia naik ke atas katil chaeyeon dan duduk di depannya sebelum mengelap air mata chaeyeon.

  " Hei.. Yeonnie.. Jangan nangis. Kenapa ni? Mimpi apa? Bagitahu hannie.. " Kata han menenangkan chaeyeon. Chaeyeon masih menangis teresak-esak.

    " Yeon... Mim.. Hiks.. Pi.. Hiks... Orang...Hiks..Bunuh...Hiks.. yeon.. Hiks.. Diaorang...Hiks.. ambil.. Darah.. Yeon... Hiks.. Lepas tu, hiks... Diaorang.. Bunuh.. Hiks.. Han... Hiks.." Kata chaeyeon diselangi dengan esakannya. Han mengelap air mata chaeyeon menggunkan lengan baju tidurnya.

    " Yeon, han ada kat sini okey. Selagi han hidup, han takkan biarkan sesiapa sentuh chaeyeon termasuk stray kids. Yeon jangan nangis lagi eh.. Nanti karang han nangis sekali." Pujuk han sambil memuncungkan bibirnya. Chaeyeon akhirnya berhenti menangis. Namun, mata dia sembap akibat menangis tadi. Mata sembap itu merenung han lembut.

    " Han, boleh tunaikan satu permintaan yeon? Malam ni juga han kena buat!" Tanya chaeyeon dengan tegas. Han hanya mengangkat kening bertanya apa yang perlu dibuatnya.

    " Ambil darah yeon. Jadikan yeon milik han je." Arah gadis itu tegas. Han terpaku mendengar kata-kata chaeyeon. Takkanlah budak ni main-main? Muka dia serius betul.. Chaeyeon mengangguk menyakinkan han.

    " Betul ni? Kalau sakit, tumbuk han okey?" Kata han takut-takut. Dia takut dia akan membunuh mate nya yang seorang ni je. Chaeyeon mengangguk. Han memasukkan gigi taringnya ke dalam kulit tangan chaeyeon. Chaeyeon megerang kesakitan. Tangannya menggenggam cadar katilnya dengan kuat.

     " Jangan tinggalkan yeon..." Katanya perlahan sebelum visinya gelap. Han berhenti meminum darah chaeyeon. Dia memeluk gadis itu dan berbaring di katil chaeyeon. Tangannya bermain dengan rambut coklat milik chaeyeon sebelum akhirnya dia terlelap sambil masih lagi tangannya memeluk chaeyeon di bilik chaeyeon.

Eunbi p.o.v

    " Hmm.. Comel je diaorang berdua." Jeritan chaeyeon tadi turut mengejutkan eunbi. Dia takut kalau ada vampire pecah masuk bilik chaeyeon je. Alih-alih han gigit chaeyeon dan akhirnya mereka tertidur bersama. Dia berjalan ke biliknya semula sebelum mengunci pintu dan hanyut ke alam mimpi semula.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
WHO ARE YOU (SKZONE)Where stories live. Discover now