Hyunjin p.o.v
" Awak nak pergi mana malam macam ni?" Suara Yuri bertanya membuatkan kaki Hyunjin yang baru nak melangkah keluar terhenti. Dia memandang isterinya yang bangun dari baringannya dan menggosok matanya.
" Saya nak keluar kejap. Awak duduk kat rumah eh... Sekejap je. Saya nak pergi istana sekejap. Kejap lagi saya balik." Balas Hyunjin sebelum dia mencium dahi Yuri. Dia membaringkan gadis itu semula sebelum meninggalkan rumahnya itu. Dalam sekelip mata, dia tiba di istana vampire.
" Oh My God." Melihat istana yang hancur sepenuhnya itu membuatkan Hyunjin rasa takut. Apa jadi sebenarnya? Kenapa takde sesiapa pun bagitahu dia yang Istana Vampire diserang? Kalau bukan sebab dia rasa tak sedap hati, memang dia takkan tahu apa-apa pasal kejadian ni.
" Diaorang kata Raja dengan Ratu hilang. Mungkin lari sebab takut kot..." Kata Changbin perlahan melihat Hyunjin yang baru tiba. Changbin langsung tak segan menunjukkan yang dia betul-betul membencikan Raja dan Ratu Vampire. Hyunjin tak kisah sebab dia memang tahu rakannya tak suka ahli keluarganya itu.
" Apa jadi ni? Kenapa sampai macam ni sekali? Mana pernah selama ni Istana Vampire ni hancur sampai macam ni sekali..." Soal Hyunjin perlahan. Mereka memandangnya dan mengangkat bahu tanda tak tahu. Semua mayat dah dikeluarkan dari runtuhan sebahagian dari Istana itu. Banyak juga yang terkorban. Runtuhannya melibatkan Bilik Tidur Raja dan Ratu. Tapi Raja dan Ratu tak dijumpai. Pelik juga. Malam macam ni, mereka ke mana pulak...
" Mungkin Kerajaan tu dah bangkit semula." Seungmin bersuara perlahan. Mereka semua memandang sesama sendiri sebelum memandang ke seungmin.
" Bukan Kerajaan tu dah lenyap buat selama-lamanya ke? Macam mana mereka boleh bangkit semula?" Soal Chan pelik. Minho dan Seungmin menggelengkan kepala serentak. Kerajaan tu bukan lenyap buat selama-lamanya.
" Dia bukan lenyap. Dia hanya masih bersedih kerana kematian Puteri Tunggal mereka. Dia akan bangkit semula selepas habis kesedihannya. Dan sekarang, dia mungkin dah habis bersedih." Kata Minho pulak.
" Maksudnya, Kerajaan Demon dah kembali untuk membalas dendam mereka?" Minho dan Seungmin mengangguk. Puteri Demon yang dimaksudkan oleh Minho ialah ibunya sendiri yang dibunuh oleh Raja Vampire untuk dirinya. Ibunya adalah pewaris terakhir yang mempunyai Darah Demon. Kemudian, Kerajaan Demon tidak lagi mempunyai pewaris berdarah penuh kerana ibunya berkahwin dengan Vampire dan melahirkan Minho yang mempunyai darah bercampur.
" Dan kalau dia kembali maksudnya, kita juga mungkin akan menjadi mangsa pembunuhan mereka." Sampuk Felix pula. Ya. Mereka mungkin akan menjadi mangsa sebab mereka yang menjadi punca ibu bapa mereka dibunuh kecuali Hyunjin. Hyunjin juga menjadi punca kerana mereka tak nak Kerajaan Vampire mempunyai pewaris tahkta.
" Kalau kita je okey lagi. Macam mana kalau diaorang apa-apakan isteri kita?" Soal Han perlahan. Ketika itu, mereka semua risau akan isteri mereka. Semua meninggalkan istana vampire dan balik semula ke rumah. Hanya Seungmin yang tinggal di Istana itu. Dia memandang ke sebuah pohon yang tak jauh dari tempat dia duduk.
Seungmin p.o.v
" Dapat apa-apa info yang kau nak Demon tak guna?" Betul sangkaannya, memang ada Demon yang bersembunyi di sebalik pohon itu. Demon itu keluar memandang seungmin dalam bentuk manusianya.
" Hahahaha.... Tak dinafikan lagi kau memang antara yang terpandai dalam kumpulan kau ni. Kumpulan kacukan." Ucap Demon itu perlahan. Dia hanya membuat Seungmin lebih sakit hati. Seungmin memandangnya dengan pandangan menyampah.
" Korang memang akan bunuh kitaorang kan? Walaupun Minho Hyung adalah korang punya Putera Demon?" Soal Seungmin dengan suara sinis. Demon itu marah dan mencengkan kolar baju seungmin.
" Dia adalah penyebab kenapa Puteri kitaorang dibunuh. Dia tak layak hidup!" Balas Demon itu geram. Sesiapa sahaja berada berdekatan mereka boleh dibunuh oleh aura Demon itu. Seungmin tidak kerana dia juga mempunyai Darah demon.
" Kau tahukan dia dah kahwin dengan seseorang yang boleh kalahkan korang dalam masa yang singkat sahaja? Kau tak takut?" Demon itu melepaskan kolar baju Seungmin dengan muka pelik sebelum dia baru ingat siapa yang dimaksudkan oleh Demon itu.
" Tak mungkin pewaris dia masih hidup. Kitaorang dah bunuh dia sebelum pewaris dia lahir." Balas Demon itu dengan muka pelik. Seungmin tergelak sinis.
" Bodoh. Itu puteri kedua dia. Puteri Sulung dia dah lahir ketika itu." Balas Seungmin tenang. Demon itu mendengus dan kemudian menghilang dengan masa yang singkat. Dia dah dedahkan apa yang Minho arahkan dia supaya nyorokkan. Sorry Minho Hyung. Aku tak boleh kawal mulut aku.
---------
Sementara itu,
Rumah Minho dan Minju,
Minho p.o.v
Melihat isterinya masih nyenyak di atas katil membuatkan Minho lega. Dia risau kalau Demon tahu tentang isterinya dan mengapa-apakan isterinya. Dia berbaring di sebelah Minju dan memeluk isterinya erat. Minju yang sebenarnya terjaga ketika Minho baru tiba dari rumah pelik dengan suaminya. Apahal pulak suami aku ni? Demam?
" Minju, saya nak awak tahu sesuatu. Kalau saya ditakdirkan mati sebelum awak, tolong jaga diri awak baik-baik. Tolong jangan cintakan orang lain. Tolong tutup hati tu dan jangan cuba bukakan hati awak untuk sesiapa. Saya minta sangat awak tetap cintakan saya walaupun saya akan tinggalkan awak..." Ucap Minho lembut. Minju memusingkan badannya. Barulah Minho tahu bahawa isterinya tidak tidur.
" Awak mengarut apa? Ada apa-apa jadi ke kat istana?" Soal Minju perlahan. Minho menggelengkan kepala dan mengelus rambut isterinya lembut.
" Takde apa-apa... Saya cuma rasa tak sedap hati. Saya sayang awak sangat-sangat.... Jom sambung tidur balik." Minju pelik namun dia tak bertanya apa-apa lagi. Mungkin hanya perasaan Minho je. Dia cuba tak mempedulikan apa yang Minho ucapkan tadi dan menyambung tidurnya semula. Sebaik sahaja minju sudahpun tertidur, Minho membuka matanya kembali. Wajah tenang isterinya dipandang sebelum dia tersenyum pahit.
" Maaf sayang..."
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
YOU ARE READING
WHO ARE YOU (SKZONE)
De TodoKISAH SEKUMPULAN GADIS YANG DIPANGGIL IZONE YANG TIDAK TAHU ASAL USUL MEREKA DICULIK OLEH VAMPIRE KETIKA RED MOON MUNCUL. DAPATKAH IZONE MELEPASKAN DIRI DARI DUNIA VAMPIRE SEKALIGUS MENGETAHUI KISAH SILAM MEREKA? STRAY KIDS AND IZONE FANFIC