BAB 9

243 29 0
                                        

Wonyoung p.o.v

   Dengan perlahan-lahan wonyoung membuka matanya. Dia masih berada atas katil. Dah pukul berapa ni? Matanya mengerling pada jam di dinding. Eung? Pukul 3.00? Pagi ke petang? Tapi, nampak macam pagi je.. Wonyoung bangun dari katil dan keluar dari bilik. Mana dia nak pergi eh? HA! Perpustakaan.. Idea baik punya..

   " Eh? I.n? Awak tak tidur ke?" Tanya wonyoung pelik melihat l.n masih di perpustakaan membaca buku. I.n mengangkat kepala dan tersenyum melihat wonyoung.

  " Awak bukan tidur ke tadi?" I.n mengangkat muka dari buku di tangannya. Wonyoung duduk di sebelah i.n. Dia tersenyum.

   " Memanglah tidur. Tapi, saya baru jaga. Takde rasa nak tidur lagi.." Balas wonyoung sambil masih mengukir senyuman. I.n menggeleng sebelum sambung membaca buku di tangannya. Wonyoung memandang tajuk buku i.n.. Tak bestnya..

  " I.n, tolong saya cari buku yang seronok.. Saya tak tau lah..." Kata wonyoung sayu. I.n tersenyum sebelum mengambil sebuah buku di atas meja. Dia menghulurkan buku itu pada wonyoung.

  " Buku ni mugkin boleh.. Saya tak tau taste manusia. Cuma tau taste vampire je.. Cuba baca. Mungkin best.." Wonyoung menyambut buku itu dan melihat tajuk buku itu. Vampire vs werewolf? Ngeh.. Takde buku manusia ke kat sini?

  " I.n, boleh saya tau sesuatu tak?" Tanya wonyoung. I.n hanya mengangkat kening tapi matanya masih lagi melekat pada bukunya.

  " Kenapa awak dengan vampire lain culik saya dengan ahli izone?" Tanya wonyoung. I.n terus menutup bukunya. Dah agak dah.. Lama tak lama, memang wonyoung akan tanya soalan tu punyalah.. Buku yang sudah ditutup diletakkan di tepi.

   " Awak memng nak tau, wonyoung? Takkan menyesal kan.." Tanya I.n balik. Wonyoung berasa pelik dengan soalan i.n. Namun, dia hanya mengangguk. I.n meghadap wonyoung di sebelahnya dan mencapai tangan wonyoung.

  " Apa awak nak buat i.n?" Tanya wonyoung blur. Sel-sel otaknya masih tak berhubung. Mungkin kena tunggu 1 jam lepas bangun baru boleh berhubung semula. Lengan baju wonyoung diangkat ke atas.

   " Awak nak saya tunjukkan kenapa kan?  Saya akn tunjukkan bukti, cuma kena tahan sakit.." Balas i.n. Wonyoung mengangguj tanpa mengetahui nasibnya. Dia terkejut melihat i.n memasukkan gigi taring ke dalam kulitnya. Barulah wonyoung boleh berfikir. Dia cuba menarik tangannya namun genggaman i.n terlampau kuat. Selepas beberapa saat, barulah tangannya dilepaskan.

   " Awak takkan bertukar jadi vampire walau banyak mana pun saya gigit awak. Lagi, darah awak da ahli izone yang lain special seba keturunan korang.. Pasal keturunan tu saya takkan cerita direct untuk awak. nanti-nanti saya cerita." Kata i.n panjang lebar. Wonyoung memegang lengannya dan berlari masuk ke bilik tidurnya. Dia terus melulu masuk ke bilik air dan membersihkan lukanya. Macam mana kalau dia tukar jadi vampire? Tapi, i.n kata dia takkan.. Betul ke? Luka gigitan i.n dipandang semula. Lengan baju diturunkan untuk menutup luka itu sebelum dia duduk di katinlya dan berfikir.

   

WHO ARE YOU (SKZONE)Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang