Strayzone p.o.v
" Apa sebab kitaorang kena panggil berkumpul kat sini?" Tanya yuri sambil menongkat dagunya di meja makan rumah mereka. Hari ni mereka balik semula ke rumah mereka yang terdapat di dalam hutan berdekatan dunia manusia dan jauh dari istana vampire. Balik-balik je, chan dah ajak berbincang sesuatu kat meja makan sebab mereka takde bilik mesyuarat.
" Kitaorang dah berbincang semalam. Masa korang semua tidur dan dah capai kata sepakat." Kata lee know memulakan perbualan. Semua mata memandangnya sebelum ke chan semula.
" Sepakat apa?" Tanya minju dalam hati. Lee know hanya suruh dia tunggu chan memberitahu tentang itu.
" Disebabkan korang masih sekolah lagi dan masih dalam fasa budak baru nak up, kitaorang izinkan korang balik semula ke rumah korang kat bumi.. eh, kita kat bumilah.. Salah, dunia manusia." Chan membetulkan ayatnya. Ahli izone memandang sesama sendiri sebelum bersorak.
" Betullah? Maksudnya korang tinggal kat sini, kitaorang balik rumah kat sana! Yes! Tak payah aku menghadap muka changbin 24 jam!" Sorak yena kegembiraan. Tapi tak lama apabila changbin memberikan dia death glare. Sorakan terhenti dan dia berdehem sebelum duduk di kerusinya semula. Takutlah tu..
" Betul ke korang tinggal kat sini dan kitaorang balik semula ke sana? Korang tak risau ke?" Tanya chaewon pula. Dia tak bersorak pun tadi dengan alasan malas. Dia semua malas, makan je rajin..
" Sebab bahayalah kitaorang ikut sekali. Korang tak balik rumah lama tapi akan ada rumah baru macam ni juga kat dunia manusia nanti.." Jawab hyunjin. Pasal rumah ni dia yang uruskan sebab appa dia suruh. Kalau tak, dia pun tak kisah.
" Rumah? Wae? Nak balik rumah lama..." Rengek wonyoung di sebelah ayen. Sejak sambutan hari jadi dia kat istana lepas, makin rapat dia dengan ayen. Entah apa sebabnya pun tak tahu.
" Bayangkan rumah korang yang dah 5 bulan ditinggalkan tu. Lagipun rumah korang dekat dengan kawasan yang dekat dengan sempadan antara dunia manusia dengan dunia vampire. Agak bahaya.." Jelas chan kenapa mereka perlu berpindah.
" Tapi kita akan pergi rumah korang dulu untuk ambil segala baju dan barang pelajaran korang.. Tak payah beli baru. Menyusahkan kitaorang je..." Sambung han pulak. Chaeyeon di sebelahnya mencebik.
" Eleh, dengan soulmate sendiri pun nak kedekut.." Kata yujin. Seungmin membuat muka masam sebelum berbisik seuatu di telinga yujin.
" Siap awak yujin. Jangan marah saya kalau darah awak habis malam ni.." Yujin menelan air liur susah payah mendengar suara seungmin. Dengan menggunakan kukunya yang panjang, paha seungmin dicubit kuat sehingga hampir lelaki itu terjerit. Dia menahan jeritannya sambil meletakkan tangan menutup mulut.
" Kalau nak bermesra bukan di sini ye.. Pergi cari tempat yang ada korang berdua je.. Okey. Beralih semula ke tadi.. Rumah bukan macam rumah yang sekarang kongsi, kongsi. Tapi rumah individu. Hyunji dah uruskan semuanya jadi ada satu benda je yang kita risau.." Lee know memandang muka izone yang blur. Minju bertanya kenapa.
" Ahli yang belum digigit soulmate mereka. Eunbi, minju, chaewon, yena dengan chaeyeon. Yang lagi tiga tu dah selamat. Walaupun korang ada rantai tu, tapi tetap tak selamat sebab kalau sekarang ni dunia manusia dah kembali dijajah vampire. Rantai tu takde kuasa. Hanya ada satu pilihan iaitu..." Belum sempat lee know habis berkata, chaewon mencelah.
" Minum darah soulmate korang.." Katanya sambil memandang ke arah felix. Felix juga memandangnya. Dia nampak mata felix bertukar menjadi lebih gelap apabila dia berkata macam tu. Berapa lama dia tahan agaknya untuk minum darah aku?
YOU ARE READING
WHO ARE YOU (SKZONE)
RandomKISAH SEKUMPULAN GADIS YANG DIPANGGIL IZONE YANG TIDAK TAHU ASAL USUL MEREKA DICULIK OLEH VAMPIRE KETIKA RED MOON MUNCUL. DAPATKAH IZONE MELEPASKAN DIRI DARI DUNIA VAMPIRE SEKALIGUS MENGETAHUI KISAH SILAM MEREKA? STRAY KIDS AND IZONE FANFIC