BAB 3

283 35 1
                                    

Malam,

Eunbi p.o.v

   " Yena, kau teman aku ke malam ni?" Tanya Eunbi sambil bermain telefonnya. Yena hanya mengangguk tanpa memandang eunbi. Matanya melekat pada buku novel di tangan. Yang lain dah tidur. Sekejap lagi red moon akan keluar. Dijangkakan pukul 9.30 malam. 

   " Yena, ingat pesan omma.. Jangan tenung red moon. Sebab nanti ia boleh bawa kita halusinasi. Ingat tu.." Pesan eunbi. Yena mengangguk lagi sambil meneruskan bacaannya. Sedang mereka leka membuat kerja masing-masing. Tiba-tiba,

   " Apahal lah elektrik nak hilang waktu red moon juga?" Gumam eunbi. Yena mengeluh kerana pembacaannya terganggu. Eunbi meninggalkan yena dan menuju ke bilik chaewon, minju, yujin dan wonyoung. Kesemua mereka masih nyenyak tidur. Belum sempat dia beralih ke bilik sebelah, Kedengaran bunyi kaca pecah di dapur.

   " Yena, kenapa tu?" Laung eunbi dari tingkat dua. Puas menunggu reaksi namun tiada reaksi langsung dari yena. Hatinya mula resah. Dahlah malam ni vampire keluar, kalau vampire culik yena macam mana? Dikerling pada jam, nice.. 9.40 malam dah...

   " Yena?" Dengan perlahan-lahan dia menuruni tangga ke dapur. Tiada kelibat yena langsung. Tingkap pecah. Sama ada terpecah atau sengaja dipecahkan dia tak pasti. Tapi, kalau nak ikut logik, takkanlah yena nak pecahkan tingkap pula? 

   " Eunbi.. Hai.." Dia terdengar seseorang memanggil namanya dari belakang. Dia menoleh namun tiada sesiapa di belakangnya. Takkanlah vampire? Suara lelaki doh.. Rasanya baik aku duduk dalam bilik. Namun, malang tidak berbau, eunbi terpijak kaca dari tingkap yang pecah itu. Dia terduduk dan menahan sakit. Kaca itu perlahan-lahan dikeluarkan dari kakinya.

   " Auch..." Keluh eunbi. Dia kena larikan diri dari sini. Tempat ni menakutkan. Walaupun hanya dapurnya. Belum sempat eunbi bangun, sehelai kain terlebih dahulu menekup mukanya dan mebuatkan dia pengsan. 

Yujin p.o.v

   " Aduh, panasnya.. Kenapa tiba-tiba takde elektrik ni?" Yujin bangun dan mencari telefonnya. Lampu flashlight dibuka untuk mencerahkan bilik itu. Nampaknya yag lain masih lena terutamanya si minju. Budak tu kalau bom meletup pun dia tak tau. Sebab dah mati dah.. Dia turun dari katilnya. Katilnya berada di atas katil wonyoung. Malas nak kacau yang lain, dia nak cari eunbi. Dia keluar dari biliknya dan..

   " Argh!! OMMA!" Jerit yujin kuat apabila seseorang ada di depannya. Dahla dengan rambut panjang lagi. Namun, bila dia sedar orang yang di depannya itu ialah yuri, terus tangannya memukul kuat bahu yuri.

   " YAH! JO YURI.. Kau nak aku mati ke?" Terkekeh-kekeh yuri ketawa. Suka kacau yujin. Mreka berdua turun untuk mencari eunbi. Yujin terus ke ruang tamu namun yuri terhenti di tengah jalan.

   " Yuri, kau rasa mana eunbi eh?" Yujin bertanya kepada yuri namun yuri tiada di belakangnya. Dia yang pelik kerana tiada jawapan segera memandang belakang.. Hampir menangis apabila yuri tiada di belakangnya.

   " Yuri yah!! Mana kau? Tak lawak lah wei.." Jeritnya namun perlahan. Air matanya hampir menitis sebelum dia dikejutkan dengan satu suara.

   " Yujin, sorry.. aku pergi dapur. Lepas tu nampak telefon eunbi kat lantai.. Kau rasa dia kena culik ke?" Tanya yuri sambil menunjukkan telefon eunbi di tangannya. Yujin mengambil telefon tu dan memeriksa. Betullah telefon eunbi.. Ada nama dia sebesar alam kat telefon ni. Siap gambar dia dengan yena selfie lagi.

 Siap gambar dia dengan yena selfie lagi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

     " Wei, yujin.. Aku nampak bayang hitam kat stor tadi.." Tunjuk yuri pada bilik yang dipanggil stor. Walaupun takut, tapi mereka tetap melangkah ke stor. Bukan apa.. takut eunbi ialah bayang hitam yang yuri nampak tu..

   " Mana ad apa-apa, yujin.. Halusinasi aku kot.." Kata yuri. Dia siap menyuluh segala barang di dalam bilik itu. Yujin mengeluh nafas lega. Namun, mukanya bertukar sebaik sahaja nampak lembaga tinggi di belakang yuri. 

    " Yuri.. Belakang kau.." Kata yujin sepatah demi sepatah kerana takut. Yuri memusingkan kepala dan terus ditarik oleh lambaga itu. Yujin yang ketakutan terus melarikan diri untuk ke bilik. Namun, tak sempat sebab dia terlanggar seorang lelaki yang tinggi. Lelaki itu sempat tersenyum sinis sebelum pandangan yujin kabur dan akhirnya gelap. Belum sempat lelaki itu mengangkat yujin, kedengaran bunyi bising dari tangga. Dia meninggalkan yujin di situ.

Chaewon p.o.v

    " Minju... Bangunlah. Please, aku haus. Lagipun panas ni. Kau ni kan bestfriend aku.." Rengek chaewon yang duduk di katil minju. Gadis yang dikatakan takkan bangun selepas tidur tu mendengus kemarahan sebelum mengikat rambutnya. Telefon dicapai. Mereka turun ke bawah. Chaewon ke dapur manakala minju ke ruang tamu.

   " WARGH!!" Sedang leka chaewon minum air, kdengaran suara minju menjerit di belakang. Dia terus meninggalkan cawan air di situ dan pergi melihat minju. Dia terkejut apabila kelibat minju tiada di ruang tamu.

   " kim minju.. Mana kau? Kau nak main nyorok-nyorok ke dalam gelap wei.. Aku takut ni.." Kata Chaewon perlahan. Kalau boleh, nak je dia ketuk kepala dia bagi terus pengsan. Senang cerita. Rasa menyesal sebab bangun tadi.

   " Pandang atas.." Arah seseorang. Chaewon mengikut arahan itu dan memandang atas. Takde apa-apa pun.. Belum sempat dia menoleh ke depan semula, mukanya ditekup dengan sehelai kain. Dia meronta-ronta namun akhirnya dia pengsan.

Chaeyeon p.o.v

    " Panasnya.. Pukul berapa ni?" Chaeyeon mencapai telefon bimbitnya untuk melihat jam. Baru pukul 10.00 malam. Dia memandang ke tingkap dan menjenguk keluar rumah. Rumah lain ada je elektrik. Kenapa rumah ni juga takde? Nak periksa lah..

   " Na na na na..." Dia mengikat rambut panjangnya dan mencapai telefon bimbitnya sebelum dimasukkan ke dalam poket baju tidurnya. Siap ada gambar teady bear lagi.

    " Eoh? Wonyoung? Kau buat apa kat sini?" Tanya chaeyeon sebaik sahaja nampak kelibat seorang manusia yang sedang duduk dengan tenang di sofa. 'Wonyoung 'hanya tersenyum manis. Chayeon menuju ke bilik wonyoung untuk melihat ahli yang lain. Namun, kosong. Dan wonyoung ada tengah tidur kat katil dia. Sekejap.. kalu wonyoung tengah tidur, siapa kat sofa tadi?

   " OMMA!!" 'wonyoung' tadi terus bertukar menjadi seorang lelaki. Mata chaeyeon terbeliak sebelum jatuh pengsan sebab terkejut sangat.

Wonyoung p.o.v

    " Kau siapa? Apa kau nak?" Wonyoung terkejut melihat seoang lelaki di tepi katilnya. Lelaki tu tersenyum manis. Namun, wonyoung lagi pantas. Dia terus melompat turun dari katil. Berlari keluar dari rumah sampai dia lupa malam ni red moon.

    " Ommo! Macam mana aku boleh lupa malam ni ada red moon?" Wonyoung memandang atas kemudian memandang ke belakangnya. Lelaki itu sedang berdiri tegak. Matanya bertentang dengan mata lelaki itu dan apabila lelaki itu memetik jari, sekelip mata wonyoung jatuh. Nasib lelaki itu sempat tahan. Dia kemudiannya membawa wonyoung ke suatu tempat tak diketahui.

WHO ARE YOU (SKZONE)Where stories live. Discover now