Yujin p.o.v
" Ei... Sakitlah. Tendang karang baru tau langit tinggi ke rendah.." Gumam yujin sebaik sahaja seungmin melepaskan tangannya. Geram! Suka hati nenek datuk dia bila tarik tangan anak dara orang.. Seungmin yang hilang dalam bilik dan meninggalkan dia di luar seorang diri. Dia membuka bilik itu dan terpegun melihat dekorasi bilik itu.
" Wah!! Cantiknya.. Tapi, ni semua barang perempuan. Seungmin tu perempuan ke lelaki sebenarnya?" Yujin bersuara sendirian. Kasut dan kot di dalam bilik itu dipandang. Mesti mahal...
" aku lelaki lah.. " Seungmin muncul dari salah satu bilik di dalam bilik baju itu sambil membawa sepasang baju. Yujin dengan selambanya duduk di satu kerusi di dalam bilik itu.
" Manalah tau.. Kalau kau lelaki, macam mana bilik ni boleh ada?" Tanya yujin lagi. Baju yang dipegang seungmin dipandang. Mak ngai.. gelapnya.. Ni warna guna cat air hitam kot..
" Adalah.. Nah." Seungmin menghulurkan baju itu kepada yujin yang tengah duduk. Yujin terpinga-pinga sebelum mengambil baju itu. Dia mengangkat kening.
" Pakai baju ni. Aku tunggu kat bilik sebelah. 10 minit kau masih tak muncul, siap kau.." Seungmin terus keluar dari bilik itu. Yujin mencebik.
" Woi! Kalau tak muat macam mana?" Laung yujin namun takde sahutan kerana seungmin telah pun pergi ke bilik sebelah. Dia mengeluh sebelum menukar baju.
Seungmin p.o.v
7 minit.... 8 minit.. Mana perempuan ni? Tukar baju ke jahit baju? Seungmin menggelengkan kepala sebelum melihat kepada kamera di tangannya semula. Takpe.. 10 minit tak muncul siap dia.. Ngomel seungmin dalam hati.
" Seungmin..." Suara yujin kedengaran dari belakangnya. Dia pantas memandang belakang. Yujin berdiri di situ sambil memakai baju yang diberi seungmin padanya. Seungmin terpegun sebelum yujin berdehem.
" Kan cantik ni.. diri kat sini.. Diri betul-betul..." Kata seungmin menunjuk sebuah skrin bewarna biru gelap. Sebaik sahaja yujin dah bersedia, beberapa keping gambar yujin ditangkap.
" Dah ke? Aku penat ni.." Keluh yujin. Seungmin mencebik. Baru sikit dah penat. Dia duduk di sebuah meja di tepi tingkap. Yujin hanya memandang.
" Duduk sini. Kau kena tengok gambar diri sendiri.." Arah seungmin. Yujin terus pergi ke kerusi di depan seungmin. Dia tersenyum memandang gambar yang ditangkap seungmin. Tak pernah dia rasa dirinya dihargai. Selalu kat sekolah, asyik kena marah, kena buli dan kena ejek sebab dia tak ada keluarga. Seungmin tersenyum melihat yujin tersenyum.
Yuri p.o.v
" Mamat tinggi.. Buat apa kau nak bawa aku ke sini? Aku nak rehatlah.. Penat tau tak.." Yuri mengeluh. Hyunjin memandang toya. Ada aku kisah kau penat? Aku lagi penat culik kau semalam.
" Kenapa kau bawa aku ke sini?" Tanya yuri apabila hyunjin buat tak kisah dengan soalannya tadi. Tanya lagi sampai dapat jawapan. Itulah perangai yuri.
" Suka hati akulah.." Jawab hyunjin selamba. Dia memasang sebuah lagu dan mengarahkan yuri supaya duduk di tepi. Kalau kena langgar, tak tau..
Yuri memerhati dari awal lagu psycho ( red velvet) dipasang sehingga hyunjin berhenti menari. Mulanya memang dia tak tertarik untuk hyunjin menari, tapi lepas dia tau yang hyunjin nyanyi lagu perempuan, terus dia memandang satu persatu gerakan.
" Wah... Hebat lah juga.." Gumam yuri perlahan. Hyunjin tersenyum sambil meneguk air di dalam botol air. Dia dengar walaupun budak tu cakap perlahan je.
" Dah habis kan? Saya nak pergi dulu. Bye bye..." Yuri melambai hyunjin selamba sebelum masuk ke bilik tidurnya. Dia tak salah bilik sebab depan biliknya ada tulis nama.
Cantik kan bilik yuri? Semua ni dihiasi oleh hyunjin sebelum yuri diculik. Yuri berbaring di katilnya sebelum melelapkan mata. Nanti dia terjaga, barulah dia fikir macam mana nak lepaskan diri dari rumah ni.
YOU ARE READING
WHO ARE YOU (SKZONE)
RandomKISAH SEKUMPULAN GADIS YANG DIPANGGIL IZONE YANG TIDAK TAHU ASAL USUL MEREKA DICULIK OLEH VAMPIRE KETIKA RED MOON MUNCUL. DAPATKAH IZONE MELEPASKAN DIRI DARI DUNIA VAMPIRE SEKALIGUS MENGETAHUI KISAH SILAM MEREKA? STRAY KIDS AND IZONE FANFIC