Minju p.o.v
" ARGH!!" Minju duduk di katil. Peluhnya mengalir laju di dahi sehingga ke pipi. Sehinggakan minho yang tidur atas sofa terkejut dan mendapatkan soulmatenya itu.
" Kenapa minju? Nightmare?" Tanya minho. Terangguk-angguk minju. Dia masih tak cakap sebab masih trauma dengan mimpinya. Minho duduk di sebelahnya.
" Okey tak? Nak saya ambilkan air?" Tanya minho. Minju mengangguk. Minho keluar dari bilik itu dan mencari air di dapur. Minju memegang rantainya. Dia mimpi ibunya dan ayahnya tadi.
" Omma, betul ke apa yang omma cakap? Minju tak layak lahir kat dunia ni?" Minju bersuara sendiri. Air matanya pantas diseka apabila mendengar pintu biliknya dibuka dan ditutup semula. Minho datang membawa segelas air. Dia menghulurkan gelas itu pada minju. Minju meneguk perlahan.Matanya memandang minho.
" Mind to share apa yang awak mimpi?" Tanya minho perlahan. Minju teragak-agak sebelum menggeleng-gelengkan kepalanya. Minho tersenyum pahit.
" Takpelah. Awak rehat balik. Esok kita nak keliling kota vampire." Kata minho. Minju berbaring semula di katil minho. Dia di bilik minho di istana tapi si minho ni tidur kat sofa sebab tak nak tidur sekatil dengan minju. Takut apa-apa jadi je...
" Minho, thank you..." Kata minju sebelum minho balik semula ke sofa. Senyumannya bertukar manis. Dia berbaring semula ke sofa sambil masih tersenyum-senyum sementara minju memegang rantainya lagi. Asal lah kau lahirkan aku kalau tahu aku tak layak lahir kat dunia ni, omma?
-------
Yena p.o.v
" Changbin..." Suara yena memanggil changbin di balkoni perlahan menyedarkan lelaki tu dari termenung. Dia membawa dulang yang diisi dengan satu mug kopi dan kek pelangi.
" Takpe ke kita tak balik istana malam ni? Nanti orang cari macam mana?" Tanya yena sambil duduk di sebelah changbin. Cawan kopi diletakkan di atas meja sebelah changbin. Changbin tersenyum kecil sebelum mengambil cawan kopi itu. Kopi dihirup perlahan. Matanya mengerling ke arah yena yang sedang memandang keluar juga. Cantik betul dia ni..
" Takpe. Saya dah bagitahu chan hyung. Nanti dia bagitau hyunjin." Kata changbin. Cawan kopi dipegang diluar mugnya. Masih panas. Melecur pula lidahnya nanti kalau minum sekarang.
" Hyunjin? Kenapa tak bagitau raja Hwang?" Tanya yena lagi. Changbin hanya mengerling pada yena tanpa rasa dia wajib jawab soalan yena. Yena yang mengerti maksud senyap changbin pun turut senyap.
" Ni rumah siapa changbin? Kenapa kita kena bermalam kat sini?" Baru yena teringat soalan itu. Masa mereka sampai pagi tadi, rumah ni sunyi je. Takde sesiapa sambut mereka.
" Rumah arwah omma dengan arwah appa saya. Mereka kena bunuh sebab tak nak serahkan saya kat Raja Hwang masa tu.." Kata changbin perlahan. teringat kenangan dia waktu kecil dulu.
Changbin p.o.v
Flashback,
" Serahkan seo changbin atau nyawa kamu berdua akan melayang." Arah Raja hwang sambil berdiri tegak di situ. Dia memandang ke arah changbin yang dipeluk oleh Puan Seo. Changbin ketika itu baru berumur 5 tahun.
" Jangan ambil dia. Nyawa dia bukan dipetaruhkan untuk duduk di istana tu. Tempat dia di sini." Kata puan seo tegas. Raja hwang tergelak sinis.
" Nyawa dia di istana tu sebab dia dilahirkan sebagai kacukan adikku. Kalau dia dilahirkan sebagai vampire penuh, nyawa dia memang kat sini." Balas raja hwang.Puan seo yang merupakan adik kepada raja hwang itu mengetapbibirnya perlahan. Matanya memandang muka changbin yang dah hampir nangis.
" Kill we first before you want to get changbin." Kata Tuan seo. Raja hwang tersenyum sinis. Tuan seo adalah manusia yang berkahwin dengan puan seo yang merupakan vampire.
" Fine." Dia menggunakan kuasanya untuk membunuh kedua-dua orang yang disayangi changbin itu. Sekelip mata sahaja mereka berdua mati. Changbin diangkat oleh orang suruhan raja sebelum dibaling ke dalam kereta kuda ke istana. Dia hanya menangis dengan senyap. Dah tak boleh buat apa walaupun dia boleh bunuh raja tu.
Flashback end.
" Helo? Changbin?" Yena melambaikan tangannya di depan muka changbin dan menyedarkan changbin dari termenung mengenangkan kisah lama. Changbin memandang muka yena yang kelihatan blur.
" Awak ni, saya cakap seorang diri je rupa-rupanya. Awak berangan je kat sini.." Kata yena sambil memuncungkan bibirnya. Changbin tergelak kecil. Kopi dah kurang panasnya.
" Awak pergilah tidur. Esok nak bangun awal. Awak tidur dalam bilik saya. Saya nak tidur dalam bilik parents saya." Yena mengangguk. Dia mengemas dapur dahulu sebelum naik ke bilik. Sempat dia mengerling ke changbin yang masih di balkoni sebelum pintu bilik changbin ditutup.
YOU ARE READING
WHO ARE YOU (SKZONE)
РазноеKISAH SEKUMPULAN GADIS YANG DIPANGGIL IZONE YANG TIDAK TAHU ASAL USUL MEREKA DICULIK OLEH VAMPIRE KETIKA RED MOON MUNCUL. DAPATKAH IZONE MELEPASKAN DIRI DARI DUNIA VAMPIRE SEKALIGUS MENGETAHUI KISAH SILAM MEREKA? STRAY KIDS AND IZONE FANFIC