Eunbi p.o.v
" Sekarang ni eunbi nak ikut chan pergi dapur atau rehat dalam bilik?" Tanya chan. Dia masih mendukung eunbi. Takde lah berat sangat.. Chan kan kuat.
" Dapur!" Jawab Eunbi riang. Chan tersenyum nipis dan membawa eunbi ke dapur. Dia maletakkan eunbi di kerusi di kaunter dapur sebelum masuk ke dapur. Eunbi terpegun melihat dekorasi dapur itu.
" Woah.. Cantiknya.. Chan, eunbi nak tanya satu soalan boleh?" Tanya eunbi. Chan mengangkat kening sambil memandang eunbi.
" Vampire makan apa? Ke dia tak makan, tapi minum darah je?" Eunbi menyentuh pokok yang dijadikan hiasan itu. Chan tersenyum mendengar soalan eunbi.
" Taklah.. Vampire makan makanan manusia juga. Kalau minum darah je nanti tak cukup tenaga. Tak boleh buat kerja..." Terang chan. Eunbi mengangguk. Dia melihat chan mengeluarkan bawang dan sayur sawi dari peti sejuk.
" Tolong potong boleh? Chan nak goreng ayam ni.." Kata chan. Eunbi mengangguk dan mengambil bawang, sawi dan pisau yang dihulurkan kepadanya. Dia memotong kesemuanya perlahan-lahan sambil chan memotong ayam dan memasukkan rencah. Tiba-tiba,
" Chan, mata eunbi pedih..." Rengek eunbi perlahan. Dia mengosok matanya perlahan namun semakin pedih. Kelam kabut chan mengambil air dan mencuci mata eunbi. Apalah eunbi ni, potong bawang pun mata boleh pedih ke? Sebaik sahaja mata eunbi dicuci, eunbi dan chan mula kaku. Sebab jarak antara mereka berdua sangat dekat. Eunbi berdehem tanpa memandang mata chan dan mereka membuat kerja masing-masing semula. Muka kedua-duanya sudah semerah tomato.
Wonyoung p.o.v
" Woah!! Besarnya! Ni libary ke syurga buku?" Terlopong wonyoung melihat dekorasi perpustakaan itu. Cantik dan besar. I.n menahan gelak melihat reaksi wonyoung. Macam tak pernah tengok libary je..
" Berapa banyak buku kat sini, I.n?" Tanya wonyoung sambil membelek-belek rak buku pertama. Pasal vampire je banyak. Pasal manusia tak de ke?
" Entah. Tapi, chan hyung kata ada lebih 1000 buah. Aku tak pernah kira. Kau nak kira ke?" Tanya i.n dan sepantas kilat wonyoung menggelengkan kepala. Gila nak kira. Tak terkira nanti. Dia menuju ke rak buku kedua sambil diperhati oleh i.n.
" Kau kena kawal diri, i.n. Ingat pesan hyung.. Jangan gigit dia..." Bisik i.n dalam hati. Langkah wonyoung diperhatikan lagi.
" I.n, saya nak ke bilik saya boleh? Kepala saya tiba-tiba pening.." Tanya wonyoung. I.n mengangguk perlahan. Wonyoug keluar dari perpustakaan itu dan segera ke biliknya.
Dia terus berbaring kerana kepalanya berdenyut-denyut tanpa menghiraukan apa-apa yang terjadi, dia terus melelapkan mata.
YOU ARE READING
WHO ARE YOU (SKZONE)
RandomKISAH SEKUMPULAN GADIS YANG DIPANGGIL IZONE YANG TIDAK TAHU ASAL USUL MEREKA DICULIK OLEH VAMPIRE KETIKA RED MOON MUNCUL. DAPATKAH IZONE MELEPASKAN DIRI DARI DUNIA VAMPIRE SEKALIGUS MENGETAHUI KISAH SILAM MEREKA? STRAY KIDS AND IZONE FANFIC