Yujin p.o.v
Kaki Yujin yang sedang melangkah keriangan balik ke rumahnya semula selepas membeli barang yang diperlukan di kedai serbaneka terhenti secara tiba-tiba. Dia memandang ke belakangnya. Kosong. Pelik.... Dia rasa macam ada sesuatu yang ikut dirinya. Ke, yang ikut dia bukan manusia tapi hantu? Ish... Dia melajukan langkah kakinya sebelum mengeluarkan telefon dalam koceknya. Kerana takut, tangannya menggigil nak menekan nombor Seungmin. Tapi belum sempat nombor Seungmin ditekan. Tubuhnya ditarik dengan kuat dari belakang sebelum dibaling ke arah sebuah tembok. Yujin memegang belakangnya yang kesakitan dan mencari siapakah dalang yang membuatnya kesakitan seperti itu. Matanya terbeliak melihat sebuah sosok berpakaian hitam yang memiliki mata merah merenungnya dengan senyuman sinis.
" Cantik juga isteri separuh demon separuh vampire ni... Siapa nama kamu si cantik? Kim Yujin?" Yujin terkedu dan nak menangis. Badannya sakit sangat akibat serangan tiba-tiba dan sosok di depannya yang sedang mengusap pipinya sekarang ini sangat menakutkan. Seungmin... Tolonglah....
" Oh, cari Seungmin? Dia takkan datang. Dia tengah sibuk dekat rumah sekarang ni... Mana dia nak pedulikan kamu kan?" Kata sosok itu membaca fkiran Yujin. Tangan Yujin menggigil apabila sosok itu semakin mendekatinya. Seungmin! Tiba-tiba,
" YUJIN! Jauhkan diri kau dari isteri aku!" Sosok penyelamat Yujin sudah tiba menyelamatkan isterinya. Seungmin menendang belakang lelaki itu dengan kuat sebelum memeriksa keadaan isterinya. Darah di celah bibir Yujin dilap dengan perlahan. Dia rasa tak sedap hati tadi terus cepat mencari isterinya. Nasib dia cepat.
" Heh.... Cepat juga kau datang. Kamu selamat hari ni Kim Yujin. Tapi, kamu takkan selamat sampai bila-bila. Sampai bila agaknya suami kamu tu akan datang dan selamatkan kamu..." Kata lelaki itu sebelum dengan sekelip mata dia hilang dalam kegelapan. Seungmin yang mulanya nak mengejar terhenti apabila mendengar Yujin mengaduh kesakitan sambil memegang bahagian belakang badannya.
" Sayang okey? Jom kita ke hospital jom.. Tengok kalau ada kecederaan serius." Ajak Seungmin. Tak menunggu Yujin, dia terus mendukung isterinya dan berlari mencari teksi utuk ke hospital. Apa-apapun kesihatan dan keadaan isterinya lagi penting dari dia musnahkan Demon itu.
-----------
Rumah Chaelix,
Chaewon p.o.v
" Okey. Kalau ada apa-apa nanti bagitahu. Thanks. Bye...." Chaewon menamatkan panggilannya bersama Minju sebaik sahaja melihat Felix yang baru selesai mandi keluar dari bilik air. Tuala diletakkan di rambut untuk dia mengeringkan rambut basahnya sebelum dia bersuara,
" Siapa Call tu? Dengar macam serius je..." Soalnya perlahan. Chaewon meletakkan telefon di sebelahnya sebelum menolong suaminya mengeringkan rambutnya.
" Minju. Dia kata Seungmin bagitahu Yujin kena serang dengan sesuatu dalam perjalanan balik ke rumah dari kedai serbaneka. Yujin kena tahan kat wad sebab kecederaan yang agak serius... Sekarang ni, do you have anything to tell me Lee Felix?" Felix menelan air liur perlahan mendengar suara Chaewon berubah datar. Dia mengeluh perlahan sebelum memusingkan badan menghadap isterinya.
" Abang bagitahu. Tapi tolong sangat-sangat jangan marah sebab Abang ingat Abang boleh sorokkan ni sampai bila-bila dari awak... Dengar sampai habis dan jangan berani nak menyampuk. " Kata Felix perlahan. Chaewon menatapnya datar sebelum mengangguk setuju. Felix mengeluh lagi dan membetulkan kedudukannya di atas katil berhadapan dengan Chaewon.
" Dulu, sebelum kami semua dilahirkan, dunia terbahagi kepada lima bahagian. Dunia Manusia, Dunia Vampire, Dunia Werewolf , Dunia Angel dan Dunia yang dah lama mendiam, Dunia Demon. Dunia Demon mempunyai seorang Puteri yang sangat cantik. Namanya ialah Myoui Mina. Satu hari, Puteri Mina ini terjumpa dengan seorang rakyat Vampire bernama Lee Wonwoo dan jatuh cinta kepada Wonwoo. Mereka berkahwin secara senyap-senyap dan seterusnya Mina melahirkan seorang bayi lelaki yang mempunyai darah campuran. Raja Vampire dan Raja Demon tahu tentang ini dan berebut untuk mengambil bayi lelaki itu. Tapi di akhirnya, Mina berjaya menyembunyikan bayi dia dan hidup bersama Wonwoo sehinggalah bayi itu mencapai usia 5 tahun. Ketika itu, Rakyat Demon mengharap Tuan Puteri mereka kembali ke Kerajaan Demon kerana Raja Demon telah meninggal ketika itu. Puteri Mina berbincang dengan suaminya dan suaminya mengizinkan dia membawa anak mereka bersamanya ke Kerajaan Demon." Felix berhenti sejenak dari ceritanya. Mata Chaewon memandangnya mengharap dia meneruskan ceritanya.
YOU ARE READING
WHO ARE YOU (SKZONE)
De TodoKISAH SEKUMPULAN GADIS YANG DIPANGGIL IZONE YANG TIDAK TAHU ASAL USUL MEREKA DICULIK OLEH VAMPIRE KETIKA RED MOON MUNCUL. DAPATKAH IZONE MELEPASKAN DIRI DARI DUNIA VAMPIRE SEKALIGUS MENGETAHUI KISAH SILAM MEREKA? STRAY KIDS AND IZONE FANFIC