BAB 23

135 22 5
                                        

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Chaewon p

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Chaewon p.o.v

    " Ini kali pertama kita dating kat dunia manusia lepas kahwin kan? Sebelum ni kita dating kat dunia vampire je..." Kata Felix perlahan. Tangannya menggenggam tangan chaewon lembut. Chaewon tersenyum perlahan.

    " Mana adalah.. Ni kali pertama kita dating lepas kahwin. Dating sebelum ni sebelum kahwin lagi.." Balas Chaewon. Biarlah mereka berdua menikmati masa berdua tanpa ada pengganggu buat masa sekarang.

    " Sekejap je kan masa berlalu? Sedar je kita dah kahwin. Dulu, masa first time jumpa, abang rasa macam nampak cermin depan mata je. Cuma berbeza sebab cermin ni rambut dia panjang. Warna coklat rambut dia. Bukan warna blonde." Gurau Felix pula. Chaewon tergelak kecil sebelum meletakkan kepalanya di bahu felix. Dia tersenyum sebelum mengangkat tangannya yang dipegang erat oleh tangan felix. Macam tak nak lepas.

    " Lix.. Chae nak aiskrim boleh tolong belikan tak?" Soal Chaewon perlahan. Felix mengangguk dan melepaskan genggaman tangan isterinya. Dia menuju ke kedai aiskrim meninggalkan chaewon yang masih duduk di bangku seorang diri. Chaewon memerhati Felix dari luar sehingga seorang lelaki yang sedang berjalan dengan seorang perempuan menarik perhatiannya.

    " Oh, Shit." Pantas tangannya menarik topi supaya menutupi mukanya. Itu Ryujin dan Beomgyu! Pasangan yang sangat terkenal di kelasnya. Mereka berkawan baik sejak kecil dan bila dah remaja, menjadi pasangan kekasih. Dia tak kisah mereka berdua. Masalahnya, akan jadi masalah kalau dia nampak Chaewon dan Felix berdating kat sini. Masalah besar lagi apabila Felix muncul semula bersama dua bekas aiskrim.

    " Nah Chae... Eih? Kenapa tutup muka ni?" Soal Felix kepelikan. Chaewon masih terdiam dan menundukkan kepala ke bawah. Takut dikesan oleh ryujin dan beomgyu. Dia berharap supaya kedua-duanya tak nampak felix ke sini.

    " Eh, Hai Sir Felix.. Dating dengan isteri ke?" Dan sepertinya doanya tidak dikabulkan. Suara Ryujin masuk ke dalam telinganya. Felix tersenyum kecil. Barulah dia tahu kenapa chaewon menutup mukanya.

    " Hai Ryujin, Beomgyu. Berdating nampaknya kamu berdua juga ye? Maaflah.. Isteri saya ni pemalu sikit. Tak biasa jumpa orang luar. Saya rasa baik kamu berdua dating jauh-jauh eh.. Jangan ganggu saya. Pastikan kerja rumah saya bagi siap. Kalau tak, saya denda duduk luar.." Halau Felix selamba. Ryujin dan Beomgyu tergelak serentak.

WHO ARE YOU (SKZONE)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang