Yena p.o.v
" Kau buatlah apa kau nak buat.. malas aku nak layan.." Changbin meninggalkan yena setelah dia menyeret yena jauh dari ruang tamu. Yena tersenyum nakal apabila nampak pintu masuk di depan matanya. Dia menuju ke pintu itu dan membukanya.
" Woi! Kau nak pergi mana?" Changbin yang terdengar pintu utama dibuka terus menutup kembali. Yena mengeluh.
" Dah kau kata buat apa aku suka kan.. aku nak balik lah.." Jawab yena selamba. Dia cuba membuka balik pintu utama namun dihalang oleh changbin sekali lagi.
" kau boleh buat apa-apa budak selain keluar dari rumah ni.. Lagi senang, pergi masuk ke bilik kau sekarang!" Arah changbin. Matanya bertukar merah. Yena menggeleng. Alah.. setakat mata merah, aku pernah tengok mata hijau lagi tau... lagi best..
" Kalau aku tak nak?" Tanya yena lagi. Nasib changbin lah kena jaga budak tak cukup umur seperti choi yena ni..
" Kalau macam tu, hari ni jugalah kau mati takde darah.. Jangan pernah lupa siapa aku, choi yena.." Ugut changbin. Yena menelan ir liur sebelum mengikut arahan changbin. Dia masih nak hidup. Tapi, geram jugalah asyik masuk bilik je.. Nasib bilik cantik, kalau tak dia masuk bilik changbin.
Yena duduk di katilnya sambil mengeluh kecil. Nak balik... Tapi, macam mana? Agak-agak ada telefon tak kat rumah ni? Yena bangun dari katilnya dan memandang keluar. Hm.. Bosannya hidup..
Minju p.o.v
Langkah kaki minju hendak melarikan diri dari minho ke biliknya terhenti sebaik sahaja mendengar suara kucing mengiau. Di kakinya ada seekor kucing hitam yang comel. Tapi, gaya kucing ni macam tak nak dia tinggalkan bilik ni je..
Minju mengambil kucing itu dan mencium pipinya. Comel sangat. Tapi, masih kecik lagi.. Minho memandangnya dan kucingnya itu.
" Itu dori. My youngest child.." Kata minho dengan bangga. Minju memandangnya sambil tereglak kecil.
" Youngest child? Sejak bila anak manusia ialah seekor kucing?" Tergelak kecil minju mendengar kata-kata minho. Dia duduk bersila semula di sebelah minho. Seekor kucing oren pula diambil selepas minho mengambil dori dari tangannya.
" Soonie. Nama dia soonie. Yang tu nama pula nama dia doongi." Seekor kucing oren ditunjuk diatas sebuah tilam kecil. Tengah sedap tidur.
" Aigoo, kyeopta.." Minju memeluk soonie. Minho tersenyum melihat kelakuan minju sebelum suara chan memanggil mereka makan kedengaran.
" Minju, jom.. Chan hyung dah panggil makan tu.." Ajak minho. Minju mengangguk dan meletakkan soonie di bawah. Mereka berdua menuju ke dapur untuk makan tengah hari. Sarapan tadi tak makan sebab semua ahli izone bangun lebih pukul 12.00 tengah hari.
YOU ARE READING
WHO ARE YOU (SKZONE)
RandomKISAH SEKUMPULAN GADIS YANG DIPANGGIL IZONE YANG TIDAK TAHU ASAL USUL MEREKA DICULIK OLEH VAMPIRE KETIKA RED MOON MUNCUL. DAPATKAH IZONE MELEPASKAN DIRI DARI DUNIA VAMPIRE SEKALIGUS MENGETAHUI KISAH SILAM MEREKA? STRAY KIDS AND IZONE FANFIC