BAB 25

74 9 0
                                    

Changbin p.o.v

     " Binnie? Awak dengar tak apa saya cakap ni?" Suara Yena yang betul-betul kedengaran di sebelah telinga Changbin mengejutkan lelaki itu dari termenungnya. Dia melihat ke arah isterinya yang baru siap memasak sarapan untuk mereka.

    " Sorry. Saya tak fokus tadi. Awak cakap apa?" Soal Changbin kembali. Yena hanya menggelengkan kepala perlahan.

     " Nevermind. Awak tak kisah pun kan? Nah. Pinggan. Awak makan dulu. Saya nak basuh periuk kat dapur..." Balas Yena. Tahulah Changbin yang isterinya merajuk dengannya. Pantas dia mendekati Yena dan memeluk Yena dari belakang.

     " Saya minta maaf saya tak fokus dengan apa yang awak cakap sayang... Saya minta maaf sangat-sangat. Saya sibuk fikirkan kerja saya. I'm sorry okay?" Kata Changbin perlahan. Yena meleraikan pelukan mereka berdua sebelum tersenyum manis.

     " Saya tak merajuklah. Awak pergi makan. Kejap lagi saya makan sekali. Saya nak basuh periuk ni dulu..." Arah yena dan disambung dengan anggukan Changbin. Ketika makan, Changbin masih lagi seperti memikirkan sesuatu sehingga menimbulkan kecurigaan terhadap Yena. Sebenarnya, apa jadi kat istana vampire sampai suaminya tak berhenti memikirkan sesuatu itu?

--------

Di Sekolah,

Waktu rehat,

Izone p.o.v

     " Kata nak rehat dengan Hyunjin hari ni, tak jadi ke?" Soal Yujin perlahan melihat Yuri mendekati meja group izone. Yuri menggeleng perlahan sebelum meletakkan sandwhiches dan susu kotak yang diberi Hyunjin tadi di atas meja.

     " Dia kata dia ada kerja nak disiapkan. Tak naklah kacau dia..." Jawab Yuri perlahan sebelum membuka plastik yang membalut makanan waktu rehatnya. Suasana di meja Izone itu senyap sebelum mereka terdengar suara televisyen. Ada satu berita tentang serangan makhluk yang tidak diketahui semalam.

     " Makhluk ini dikatakan telah menghilang pada beberapa tahun yang lalu. Dan kini, ianya kembali muncul dan menyerang sekumpulan pelajar yang terdiri dari 6 orang gadis dan 2 lelaki malam semalam dalam anggaran pukul 9.15 malam. Dilaporkan 3 dari gadis itu berada dalam keadaan kritikal, 2 lelaki itu mengalami kecederaan ringan dan 3 lagi gadis maut di kawasan berkenaan. Pihak Kerajaan menasihatkan supaya semua rakyat tidak berkeliaran keluar pada waktu malam sehingga makhluk ini dikenalpasti semula." Kata pembaca berita wanita itu. Kelapan-lapan perempuan di meja itu memerhati dengan tekun rakaman cctv yang ditunjukkan di skrin televisyen.

      " Sayap tu macam sayap suami aku dengan suami Yujin." Kata Minju tiba-tiba menunjukkan pada skrin televisyen itu. Sayap khas milik kaum Demon. Yujin mengangguk setuju manakala yang lain cuba membandingkan beza sayap Demon dengan sayap vampire.

     " Macam mana korang bezakan? Aku nampak macam sama je sayap diaorang dengan saya vampire... Takde beza." Soal Chaewon perlahan. Minju tersenyum kecil sebelum meneguk susu di dalam kotak sehingga habis.

    " Bila suami kau demon, kau akan tahu apa bezanya. Tapi suami kau bukan demon kan? Jadi, kau tak tahulah...." Balas Minju selamba sebelum berjalan ke tong sampah untuk membuang kotak susunya yang kosong bersama dengan plastik yang membalut sandwhiches tadi. Selesai membuang plastik itu, dia memandang ke arah hutan di belakang kantin. Matanya menangkap satu mata merah merenung ke arahnya. Hampir dia berjalan ke sana sebelum ditahan oleh Minho.

     " Pergi mana?" Minju terkejut melihat Minho. Dari mana lelaki ni muncul? Jangan kata dia guna kuasa teleport dekat sekolah ni sudahlah. Kang huru hara sekolah ada vampire jadi salah satu cikgu dalam sekolah ni. Minju memandang ke arah dia nampak mata merah tadi. Takde apa-apa di situ. Dia berjalusinasi ke?

     " Mana ada pergi mana-mana. Nak buang sampah je... Macam mana abang kat sini? Guna kuasa teleport ke?" Soal Minju perlahan. Minho memandang ke tempat yang Minju pandang tadi dengan perasaan risau sebelum menggelengkan kepalanya perlahan.

     " Taklah... Abang berjalan laju je tadi. Tiba-tiba rasa tak sedap hati." Balas Minho perlahan. Minju mengangguk faham. Dia kembali berjalan ke arah izone semula. Sebaik sahaja melihat Minju pergi, Minho masuk ke dalam hutan itu tanpa memandang belakang.

Minho p.o.v

     " Aku tahu kau ada kat sini. Keluar. Tak guna bersembunyi. Target kau, isteri aku kan?" Jerit Minho di dalam hutan tebal itu. Dia tahu walaupun hanya ada sepasang mata yang memandang, banyak lagi sebenarnya yang bersembunyi di dalam hutan itu. Seorang lelaki berjubah hitam keluar dari belakang pokok dan tersenyum sinis di depan Minho.

      "  Oh, Kim Minju tu? Hahaha... Anak Angel tu masih hidup rupanya. Kami fikir kami dah bunuh dia rupanya kami bunuh adiknya... Hahaha... Adakah isteri kamu tahu dia satu-satunya harapan untuk hancurkan kami Minho?" Soal Demon itu. Minho terdiam. Dia mengenggam tangannya erat. Menahan diri dari membunuh Demon di depannya itu. Minju masih tak tahu tentang identitinya yang bukan manusia sebenarnya.

      " Hahaha... Jaga isteri kamu baik-baik Minho. Kami dapat dia, kami takkan menunggu masa yang lama untuk hantar dia jumpa ibu bapanya kat atas sana..." Sosok Demon itu menghilang serentak dengan bunyi loceng dari sekolah tanda waktu rehat dah habis. Minho masih menunggu di situ sehingga telefonnya berbunyi. Mesej dari Minju tanya kenapa dia tak masuk kelas lagi. Pantas dia beredar namun ayat Demon itu tergiang-giang dalam telinganya. Dia perlu sentiasa lindungi isterinya.

----------

Waktu balik,

Wonyoung p.o.v

      " Mana Innie ni? Orang dah penat tunggu dia..." Soal Wonyoung sendirian sebelum melihat ke jam tangannya. Dah dekat 2 jam dia tunggu kat sini. Mesej semua, takde yang Jeongin balas. Call pun tak angkat. Mesyuarat ke apa?

      " SAYANG!! Sorry saya lambat! Seungmin Hyung punya pasal. Dia punya borak dari 10 minit jadi 2 jam... Sorry sayang..." Wonyoung memandang toya ke Jeongin. Kalau macam ni, tak lama lagi ramailah orang tahu hubungan Wonyung dengan Jeongin. Dia punya jerit tu macam nak satu dunia ni dengar. Nasib baik kawasan sekolah dah kosong. Semua orang dah lama balik tinggalkan Wonyoung yang masih menunggu suaminya.

     " Ingat saya rupanya? Ingatkan dah lupa tadi. Maklumlah... Banyak lagi manusia yang cantik dari isterinya dia ni kan?" Perli Wonyoung selamba. Macam dia tak nampak macam mana rancaknya suaminya berbual dengan beberapa pelajar perempuan kat bilik guru tadi. Hampir ada orang mati dalam bilik guru tu kalau Wonyoung tak kawal marahnya.

     " Mana saya boleh lupa insan yang palng saya sayang ni? Jom balik eh... Tak elok duduk luar senja macam ni. Takut kumpulan dalam berita nanti serang kita. Jom balik... Jangan merajuk lagi sayang..." Wonyoung mengikut arahan Jeongin masuk ke dalam kereta namun dia berjanji yang dia akan merajuk dengan suaminya hari ni. Padan muka Jeongin nanti kena buat semua benda sendiri sebab isterinya merajuk. 

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.


WHO ARE YOU (SKZONE)Where stories live. Discover now