Chaeyeon p.o.v
" Haih.. Dah lama kena tinggal pun masih cantik lagi.." Puji Chaeyeon melihar rumah lama izone di depan matanya. Dahi Han berkerut mendengar pujian chaeyeon. Cantik? Aduhai.. Tak sihat ke apa isterinya lepas majlis kahwin tadi?
" Dan saya sihat han. Saya tak baca minda awak, cuma muka awak sangat menunjukkan kepelikan awak.." Gelak chaeyeon pada ayatnya sebelum dia masuk ke dalam ke dalam rumah lama mereka. Rasanya semua orang dah ambil barang-barang mereka. Hanya dia dan Han yang lambat sebab mereka singgah jumpa Ibu Han terlebih dahulu. Han minta ibu dia mengikut mereka tapi ibu dia tak sanggup nak tinggalkan rumah yang penuh kenangan dengan mendiang ayah han jadi dia tak mengikut mereka.
" Jadi inilah bilik isteri saya eh? Bilik kongsi dengan siapa?" Soal Han melihat chaeyeon berbaring di katilnya. Bilik yang sedikit berhabuk kerana dah ditinggalkan agak lama sebelum mereka membuat keputusan untuk tinggal kat dunia manusia.
" Yuri, Eun unnie dengan yena. Rindu gila nak duduk sini balik. Jadi macam dulu. Sebelum kitaorang tahu kitaorang mate kapad vampire kacukan." Ucap chaeyeon sayu. Han berbaring di tepinya sebelum memeluk isterinya itu.
" Takdir kan.. kena terima je lah.. Kejap. Korang semua kacukan kan? Maksudnya hyunjin pun bukan full vampire lah kan? Tapi, ratu dengan raja kan vampire full blood? Macam mana Hyunjin boleh jadi half blood pula?" Soal Chaeyeon tiba-tiba. Tiba-tiba je soalan tu tergiang kat kepala dia.
" Oh pasal tu. Ratu sekarang istrei kedua raja. Maksdunya, ibu tiri hyunjin. Ibu kandung hyunjin manusia dan tinggal kat dunia manusia dengan adik dia. Ibu dia hanya bawa adik dia sebab adik dia tak mewarisi langsung vampire blood dari ayah mereka berdua. Sedangkan hyunjin mewarisi kedua-duanya." Balas Han. Chaeyeon mengangguk faham.
" Jom tolong yeon kemas barang. Tak sabar nak pergi rumah baru.." Ajak Chaeyeon menyeret tangan Han. Chaeyeon mengemas baju-bajunya manakala Han menolong mengemas segala peralatan dan buku sekolah.
-----
Yuri p.o.v
" Yeji? Jinja? Hwang yeji nama adik awak kan?!" Hyunjin memberhentikan kereta yang dipandunya apabila mendengar suara yuri yang sangat kuat. Aduhai.. kalau tak berhenti, mahu accident dia hari ni seba isterinya ini.
" Ya sayangku Hwang Yuri. Nama adik saya Hwang yeji. Kenapa? Awak kenal ke?" Soal Hyunjin semula. Yuri bersemangat mengangguk.
" Terlebih kenal. Itzy dengan izone kawan baik kot. Geng dia nama itzy. Dia leader itzy. Ada ryujin, yuna, lia unnie dengan chaery dalam group tu juga. Awak nak pergi tengok adik awak? Saya boleh tunjukkan jalan ke rumah dia.." Balas yuri.
" Okey tuan puteri. Jadi tunjukkanlah jalan..." Balas hyunjin. Keretanya bergerak semula mengikut arahan yuri menuju ke rumah ibunya dan adiknya.
" Ini rumah ibu saya yul?" Soal Hyunjin lembut. Yuri mengangguk perlahan sebelum menekan loceng rumah itu. Hati Hyunjin menggelabah apabila pintu dibuka oleh seorang perempuan yang betul-betul mempunyai muka yang sama dengannya.
YOU ARE READING
WHO ARE YOU (SKZONE)
RandomKISAH SEKUMPULAN GADIS YANG DIPANGGIL IZONE YANG TIDAK TAHU ASAL USUL MEREKA DICULIK OLEH VAMPIRE KETIKA RED MOON MUNCUL. DAPATKAH IZONE MELEPASKAN DIRI DARI DUNIA VAMPIRE SEKALIGUS MENGETAHUI KISAH SILAM MEREKA? STRAY KIDS AND IZONE FANFIC