Wonyoung p.o.v
" Iyen, kenapa dengan awak? Kenapa nak melekat dgn saya 24 jam ni?" Soal Wonyoung perlahan sambil tangannya mencubit pipi Jeongin yang lebih tinggi darinya.
" Tak tahu... Saya cuma nak peluk awak sayang... Awak tak nak peluk saya ke? Tak cintakan saya lagi ke?" Akibat kata katanya itu, bahu dia menerima pukulan perlahan dari wonyoung.
" Bukan tak sayang awak, Iyen. Awak baru balik dari sekolah. Badan melekit. Pergi mandi dulu... Saya nak sediakan makan malam. Macam mana saya nak sediakan makan malam kalau awak melekat dengan saya?" Balas Wonyoung lagi. Barulah akhirnya Jeongin melepaskan isterinya." Mandikan saya please... Saya malaslah..." Wonyoung menepuk bahu suaminya lembut. Terlampau mengada-ngada. Jeongin hanya tersengih apabila mendapat pukulan manja dari sang isteri. Wonyoung meninggalkan Jeongin seorang diri di dalam bilik sebelum menuju ke dapur untuk masak makan malam untuk mereka berdua sementara Jeongin masih lagi berbaring dan mengelamun di atas katil.
" Nak masak apa ni? Huh... Takde idealah..." Keluh Wonyoung perlahan sambil melihat makanan basah di dalam peti ais. Akhirnya, dia memutuskan untuk memanaskan lauk semalam yang tak habis serta membuat sup sayur sebagai makanan malam hari ni. Sedang dia leka memotong sayur satu persatu, tiba-tiba kedengaran bunyi loceng tanda ada orang di depan rumahnya. Wonyoung memandang ke jam di dinding. Pukul 11.00 malam. Baik dia biarkan pintu tu tertutup je.
" Sayang? Kenapa tak buka pintu? Siapa kat depan?" Soal Jeongin yang baru turun setelah selesai mandi. Mungkin dia tak tahan dengar bunyi loceng bertalu-talu.
" Unnie kata lepas pukul 10 malam, kalau ada yang ketuk pintu jangan buka. Jadi biar je lah pintu tu tutup." Jawab Wonyoung senang. Jeongin mengintai dari tingkap yang berada di sebelah pintu. Tak nampak sesiapa. Hanya ada bayang hitam sahaja. Mungkin demon cari dia. Biarlah... Selagi pintu tu tak buka selagi tu mereka berdua selamat sebab Minho dan gunakan sihir untuk mengelakkan mana-mana demon memasuki kawasan rumah rakan-rakan vampire nya.
" Saya dah siap masak. Jom makan." Ajak Wonyoung menyedarkan Jeongin yang masih mengintai di luar. Jeongin menutup kembali langsir sebelum menuju ke meja makan. Tersenyum dia melihat lauk semalam yang dipanaskan oleh Wonyoung bersama sup sayur dan dua mangkuk yang dah berisi nasi putih.
" Sayang? Kita berdua tak pernah honeymoon lagi kan?" Wonyoung memandang Jeongin sebelum mengangguk. Dia tak menjawab sebab mulutnya penuh dengan makanan.
" Kenapa? Awak nak pergi honeymoon ke? Dengan keadaan sekarang ni, baik tak payahlah... Biar semua ni reda dulu eh... Yujin Unnie pun masih kat hospital lagi. Saya janji. Lepas semua ni settle, awak ambik cuti lepas tu kita jalan-jalan eh?" Balas Wonyoung dengan senyuman manis. Jeongin mengangguk bersetuju dengan cadangan sang isteri. Ada sebab dia nak bawa Wonyoung jalan-jalan sebenarnya. Dia nak Wonyoung tenangkan fikiran. Tak nak isterinya itu asyik fikir tentang masalah yang mereka hadapi sekarang.
" Yelah... Nanti ye. Kita pergi sama-sama..." Kalau saya masih hidup, Wony.... Ayat terakhir itu diucap di dalam hatinya lembut. Kurang yakin kalau nyawanya takkan melayang. Dia akan berlawan dengan askar terkuat di antara semua Kerajaan. Askar diraja Kerajaan Demon.
------------
Sementara itu,
Di Rumah Changyen,
Yena p.o.v
" Yang last. Janji! Bagi saya letak yang last, Bin!" Changbin hanya mengangguk membenarkan Yena membuat satu lagi ikatan di rambutnya. Rambutnya kini penuh dengan ikatan rambut dari Yena. Suka dia bermain dengan rambut suaminya. Lagi-lagi bila sang suami hanya reda je dengan apa yang dibuat oleh isterinya.

YOU ARE READING
WHO ARE YOU (SKZONE)
De TodoKISAH SEKUMPULAN GADIS YANG DIPANGGIL IZONE YANG TIDAK TAHU ASAL USUL MEREKA DICULIK OLEH VAMPIRE KETIKA RED MOON MUNCUL. DAPATKAH IZONE MELEPASKAN DIRI DARI DUNIA VAMPIRE SEKALIGUS MENGETAHUI KISAH SILAM MEREKA? STRAY KIDS AND IZONE FANFIC