Tuturan Ringkas 29

12 0 0
                                    

Dalil Utuh Untuk Menetapkan Bahawa Syariat Sebelum Kita Bukan Hujah Dalam Syariat Kita

Pengamalan syariat sebelum kerasulan Muḥammad -ṣollallahu *alayhi wasallam- bukanlah sumber hujah dalam syariat. Dalil pertama adalah firman Allah Tabāroka Wa Ta*ālā :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَلَا تُبْطِلُوا أَعْمَالَكُمْ

"Wahai orang yang beriman! Taatlah kepada Allah dan taatlah kepada rasul. Janganlah kalian membatalkan amalan kalian". [Surah Muḥammad ayat 33].

Firman Allah Ta*ālā :

تِلْكَ حُدُودُ اللَّهِ ۚ وَمَن يُطِعِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ يُدْخِلْهُ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا ۚ وَذَٰلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ

"Itulah batasan-batasan Allah. Sesiapa yang mentaati Allah dan rasul-Nya, pasti Dia memasukkannya ke dalam syurga yang mengalir sungar dari bawahnya dalam keadaan dia kekal di dalamnya. Itulah kejayaan yang agung". [Surah an-Nisā^ ayat 13].

Penggunaan ayat taat kepada rasul kesemuanya menggunakan al-Ma*rifah dan tunggal, bermaksud ia tertentu hanya kepada Muḥammad -ṣollallahu *alayhi wasallam-. Ini bermakna ketaatan mutlak hanya pada baginda sahaja. Kalau ditakdirkan ada nabi dan rasul masih hidup ketika baginda diangkat menjadi rasul atau sememangnya benar pendapat Khidir -*alayhissalām- adalah nabi dan masih hidup, maka ketaatan adalah kepada baginda semata-mata. Oleh itu, sama sekali kita tidak mengambil apa yang dibawa rasul terdahulu sebelum terdapat pengesahan dalam syariat baginda.

Kalaulah penggunaannya adalah an-Nakiroh pada perkataan "Rosūl" (رَسُول), maka sahlah ia untuk mengambil mana-mana apa yang diperintahkan oleh para nabi dan para rasul yang lain. Begitu juga jika penggunaannya adalah jamak, iaitu "Rusul" (رُسُل), maka hal tersebut adalah sah. Akan tetapi, penggunaannya tidak sedemikian. Maka, jelas bahawa ketaatan yang wajib diutamakan adalah pada Muḥammad -ṣollallahu *alayhi wasallam-.

Dalil kedua adalah firman Allah Subḥānahu Wa Ta*ālā tentang doa :

رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِنَا

"Wahai tuhan kami! Janganlah engkau bebankan kesukaran ke atas kami sepertimana engkau bebankannya ke atas orang yang sebelum kami". [Surah al-Baqoroh ayat 286].

Sudut pendalilannya adalah pada perkataan "Iṣr" (إِصْر). Ibn Manẓūr dalam Lisān al-*Arob, jilid 4, m/s 22, keluaran Dār Ṣōdir, Beirut menyatakan bahawa asal maknanya adalah beban, kesukaran, penyempitan dan pengurungan atau perjanjian. Kemudian, ia mengalami perkembangan makna seperti perjanjian yang membebankan, perjanjian yang tidak boleh ditolak dan diazab apabila meninggalkannya menurut Ibn *Abbās, perintah yang membebankankan menurut az-Zajjāj, hukuman dosa yang memyukarkannya menurut Abū Manṣūr dan lain-lain

Al-Baġowiyy berkata dalam membawakan beberapa makna ayat ini :

وَقِيلَ مَعْنَاهُ: لَا تُشَدِّدْ وَلَا تُغْلِظِ الْأَمْرَ عَلَيْنَا كَمَا شَدَدْتَ عَلَى مَنْ قَبِلْنَا مِنَ الْيَهُودِ، وَذَلِكَ: أَنَّ اللَّهَ فَرَضَ عَلَيْهِمْ خَمْسِينَ صَلَاةً وَأَمَرَهُمْ بِأَدَاءِ رُبْعِ أَمْوَالِهِمْ فِي الزَّكَاةِ وَمَنْ أَصَابَ ثَوْبَهُ نَجَاسَةٌ قَطَعَهَا، وَمَنْ أَصَابَ ذنبا أصبح ذنبه مكتوبا عَلَى بَابِهِ، وَنَحْوَهَا مِنَ الْأَثْقَالِ وَالْأَغْلَالِ، وَهَذَا مَعْنَى قَوْلِ عُثْمَانَ وَعَطَاءٍ وَمَالِكِ بْنِ أَنَسٍ وَأَبِي عُبَيْدَةَ وَجَمَاعَةٍ، يَدُلُّ عَلَيْهِ قَوْلُهُ تَعَالَى: وَيَضَعُ عَنْهُمْ إِصْرَهُمْ وَالْأَغْلالَ الَّتِي كانَتْ عَلَيْهِمْ [الْأَعْرَافِ: 157]

Dikatakan maknanya adalah: "Janganlah Engkau menyukarkan dan janganlah Engkau menyulitkan ke atas kami sepertimana Engkau menyukarkan ke atas orang sebelum kami dari kalangan Yahudi". Itu kerana Alah memfardukan mereka untuk bersolat lima puluh waktu, mengeluarkan seperempat harta mereka dalam zakat, sesiapa yang pakaiannya terkena najis, maka dia mengoyakkannya, sesiapa yang tertimpa dosa, terjadilah dosanya tertulis di hadapan pintunya dan seumpamanya yang berupa beban dan belenggu. Ini adalah makna pendapat *Uṯṃan, *Aṭō^, Mālik bin Anas, Abū *Ubaydah dan para sekelompok. Firman-Nya Ta*ālā menunjukkannya: {Dia melepaskan beban dan belenggu daripada mereka yang dahulu ada pada mereka}. [Surah al-A*rōf ayat 157]. [Ma*ālim at-Tanzīl Fī Tafsīr al-Qur^ān, jilid 1, m/s 404, keluaran Dār Iḥyā^ at-Turōṯ al-*Arobiyy, Beirut, tahqiq *Abdul Rozzāq al-Mahdiyy].

Yang jelas adalah penggunaan "Iṣr" adalah an-Nakiroh yang menunjukkan keumuman jenis makna asalnya, iaitu kesukaran dan bebanan atau perjanjian. Maksudnya, ia tidak terhad pada syariat kepada Yahudi semata-mata, tetapi merujuk kepada mana-mana kaum yang telah diutuskan rasul. Begitu juga mana-mana bebanan sama ada pensyariatan yang ditaklifkan atau hukuman yang bakal dilaksanakan. Ia tidak tertentu pada mana-mana bahagian.

Oleh itu, doa ini kita berharap agar Allah sama sekali tidak membebankan apa jua jenis kesukaran sama ada pensyariatan atau hukuman atau apa jua jenis kesukaran yang telah pun dibebankan kepada kaum yang terdahulu. Dengan ini, ia adalah hujah yang jelas bahawa pensyariatan sebelum kita tidak terpakai memandangkan kita berdoa untuk tidak dibebankan sepertimana yang terdahulu dibebankan. Kemudian, diperkenankan dan diterima pensyariatan itu mengikut apa yang telah dibawa oleh junjungan kita, Muḥammad -ṣollallahu *alayhi wasallam-.

Justeru, kita berpada dengan apa yang telah dibawakan dan diakui oleh rasul yang diutuskan kepada kita. Tidak boleh pada yang lain.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/649429003681382400/tuturan-fiqh-dan-u%E1%B9%A3%C5%ABl-fiqh-29-dalil-utuh-untuk

com/post/649429003681382400/tuturan-fiqh-dan-u%E1%B9%A3%C5%ABl-fiqh-29-dalil-utuh-untuk

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Al-H̱iṭōb Al-Wajīz : Isu Fiqh Dan Uṣūl FiqhWhere stories live. Discover now