Tuturan Ringkas 24

20 0 0
                                    

Min Uṣūl Al-Fiqh *Alā Manhaj Ahl Al-Ḥadīṯ Karya Zakariyyā Ġulām Qōdir Al-Bākistāniyy : Karya Bertemakan Uṣūl Fiqh Yang Berkonsepkan al-Qowā*id al-Fiqhiyyah

Pada hemat saya, kitab Min Uṣūl al-Fiqh *Alā Manhaj Ahl al-Ḥadīṯ karya Zakariyyā Ġulām Qōdir al-Bākistāniyy adalah sebuah karya bertemakan ilmu uṣūl fiqh yang unik kerana ia membahaskan setiap bab dengan cara memberikan kaedah fiqh atau formula yang ringkas lagi padat, lalu diberikan penerangan dengan mengutip nukilan atau dengan kalam peribadinya. 

Kebiasaan bagi karya uṣūl fiqh adalah setiap kali membuka satu topik baru, ia terus dileretkan dengan perbahasan sama ada ringkas atau panjang untuk menyatakan poinnya. Namun, apa yang dibuat oleh penulis ini berbeza daripada yang lain. Ia menjadikan poin sebagai suatu formula, kemudian disyarah dengan mengutip nukilan atau dengan kalam peribadinya. Misalnya adalah dalam bab qiyas, dia mencipta formula atau kaedah fiqh seperti berikut :

لَا قِيَاسَ فِي مُقَابِلِ النَّصِّ

"Tidak ada qiyas pada pertentangan terhadap naṣ".

الْقِيَاسُ لَا يُصَارُ إِلَيْهِ إِلَّا عِنْدَ الضَّرُورُةِ

"Qiyas tidak dikembalikan kepadanya kecuali ketika terdesak".

Dalam bab perintah, dia mencipta kaedah seperti berikut :

الْأَمْرُ يَدُلُّ عَلَى الْوُجُوبِ

"Perintah menunjukkan kewajipan".

الْأَمْرُ الْمَصْرُوفُ يُحْمَلُ عَلَى الْإِسْتِحْبَابِ

"Perintah yang dipalingkan ditanggung atas makna sunat".

Dan lain-lain lagi. Lalu, setiap formula atau kaedah fiqh ini, penulis akan membawa nukilan atau menerangkannya dengan kalamnya untuk memahami topik yang ingin dibahaskan.

Pada saya ini pendekatan yang bagus kerana ia memberikan satu poin yang yang penting dalam memberikan gambaran aliran perbahasan melalui pembentukan formula atau kaedah yang diringkaskan lagi dipadatkan supaya mudah untuk para pembaca, khususnya pemula memahami pengisian dalam ilmu ini. Melalui poin seperti ini, para pembaca akan cakna apa yang ingin dibahaskan dan mudah untuk mengingati isi yang terkandung di dalamnya kerana ia telah dikumpulkan secara ringkas dan padat dalam satu formula.

Cuma, yang berbeza buku ini dengna buku uṣūl fiqh yang arus pedana adalah hampir tiga per empat sahaja tema yang disentuh yang persis dengan buku ilmu uṣūl fiqh yang arus perdana, selebihnya ia memiliki manhaj dan cangkupan tersendiri seperti cara pengambilan dalil, cara penilaian hadis, cara berinteraksi dengan bidaah, cara pengamalan beberapa kaedah fiqh dan lain-lain.

Setakat ini, sekadar pengetahuan saya, karya yang dihasilkan persis dengan pendekatan seperti ini adalah al-Qowā*id al-Uṣūliyyah Allatī Tubnā *Alayhā Ṯamaroh *Amaliyyah karya Aḥmad bin Muḥammad bin aṣ-Ṣōdiq an-Najjār. Karya ini pula menumpukan kepada penghasilan kaedah fiqh yang membantu untuk menerapkan pemahaman ilmu uṣūl secara praktikal. Karya yang lain yang seumpama ini adalah Qowā*id Uṣūl al-Fiqh Wa Taṭbīqōtuhā karya Ṣofwān bin *Adnān Dāwūdiyy. Ini adalah karya yang komprehensif yang memaparkan perbahasan mengikut tema uṣūl fiqh dan dikupas melalui formulasi. 

Mudah-mudahan karya ini memberikan inspirasi dan cetusan kepada ahli ilmu yang lain yang memberikan pendekatan yang mesra difahami oleh setiap lapisan masyarakat. Semoga Allah memberikan manfaat yang agung buat karya ini dan menjadikan ia sebagai saham yang untung di hari akhirat.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/634481809270439936/tuturan-fiqh-dan-u%E1%B9%A3%C5%ABl-fiqh-24-min-u%E1%B9%A3%C5%ABl-al-fiqh

com/post/634481809270439936/tuturan-fiqh-dan-u%E1%B9%A3%C5%ABl-fiqh-24-min-u%E1%B9%A3%C5%ABl-al-fiqh

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Al-H̱iṭōb Al-Wajīz : Isu Fiqh Dan Uṣūl FiqhWhere stories live. Discover now