Tuturan Ringkas 21 : Beza Ilmu Uṣūl Al-Fiqh Dan Ilmu Al-Qowā*id Al-Fiqhiyyah

17 0 0
                                    

Kadangkala penggunaan istilah uṣūl fiqh dan kaedah fiqh saling bercampur antara satu sama lain seolah-olah kedua-duanya merujuk kepada yang sama. Contohnya, disebutkan sebab penerimaan sesuatu pendapat adalah kerana ia maklum dalam usul fiqh bagi yang cakna dalam ilmu ini. Walhal yang dimaksudkan adalah kaedah fiqh dalam pembelajaran ilmu al-Qowā*id al-Fiqhiyyah. Namun, saya kira tidak ada pertikaian dalam pencampuran penggunaan kedua-dua istilah ini kepada satu makna. Mereka yang biasa dengan perbahasan dalil mungkin akan cakna apa yang ditujukan dari penyebutan tersebut.

Apapun, jika ingin melihat dari sudut perkongsian kefahaman daripada kedua-dua istilah ini, ia berbeza dari segi keseluruhan topik, tetapi ia memiliki keserupaan dalam beberapa perkara. Ilmu uṣūl fiqh lebih memfokuskan sumber pengambilan hukum, manakala ilmu al-Qowā*id al-Fiqhiyyah adalah formulasi atau dasar penerapan sumber pengambilan hukum tersebut.

Persamaan tersebut boleh dilihat jelas melalui kitab Min Uṣūl al-Fiqh *Alā Manhaj Ahl al-Ḥadīṯ karya Zakariyyā Ġulām Qōdir al-Bākistāniyy. Bandingkan karya ini dengan karya uṣūl fiqh yang lain. Pasti akan nyata beberapa persamaan daripadanya. Kitab ini sebenarnya berorientasikan ilmu al-Qowā*id al-Fiqhiyyah, tetapi susunan silibus hampir menyamai dengan karya-karya uṣūl fiqh. Misalnya, dalam membahaskan sumber pengambilan hukum ijmak, di dalamnya membentangkan formula yang memandu tentang bagaimana bentuk ijmak dan ijmak yang bagaimana diterima. Setiap formula akan dibentangkan penjelasan secara ringkas sama ada dengan menukilkan pandangan ahli ilmu atau dia sendiri menjelaskannya dengan tintanya. 

Melalui ini, dapat kita tahu bahawa kandungan dalam ilmu al-Qowā*id al-Fiqhiyyah terkandung beberapa perkara dalam perbahasan ilmu uṣūl fiqh. Bezanya ilmu al-Qowā*id al-Fiqhiyyah meringkaskan dan memadatkan isinya dalam satu formula supaya ia boleh menjadi panduan dalam penerapan sumber pengambilan hukum yang kita ambil sebagai hujah.

Untuk perbezaan, ini mungkin sudah maklum bagi yang telah berkecimpung meski untuk tempoh sederhana. Bagi yang belum maklum, perhatikan al-Ašbāh Wa an-Naẓō^ir karya Jalāluddīn as-Suyūṭiyy dan bandingkan pula dengan karya uṣūl fiqh yang lain. Pasti akan nyata perbezaan cangkupan perbahasan.

Pun begitu, masing-masing saling menyokong antara satu sama lain. Ilmu uṣūl fiqh menjelaskan kesabitan dan memberi gambaran tentang sumber pengambilan hukum. Manakala, al-Qowā*id al-Fiqhiyyah adalah panduan yang khusus untuk mereka yang ingin berhujah dalam sesuatu isu dengan sesuatu sumber pengambilan hukum. Misalnya, apabila seseorang menemukan lafaz perintah dalam sesuatu naṣ, maka kaedah fiqh akan membantu bagaimana untuk mencerna dan menerapkan lafaz itu supaya sesuai dengan manhaj ilmu yang sebetulnya. Sama ada lafaz perintah itu menunjukkan tuntutan atau harus, kaedah fiqh akan menunjukakn jalannya.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/633787238364463104/tuturan-fiqh-dan-u%E1%B9%A3%C5%ABl-fiqh-21-beza-ilmu-u%E1%B9%A3%C5%ABl

com/post/633787238364463104/tuturan-fiqh-dan-u%E1%B9%A3%C5%ABl-fiqh-21-beza-ilmu-u%E1%B9%A3%C5%ABl

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Al-H̱iṭōb Al-Wajīz : Isu Fiqh Dan Uṣūl FiqhWhere stories live. Discover now