Tuturan Ringkas 6

15 0 0
                                    

Dialog Dalam Menjustifikaskan Pengamalan Selain Pendapat Muktamad Dalam Mazhab

Permulaan

Fulan : "Pendapat aṣḥāb aš-Šāfi*iyy ini tidak boleh dipakai kerana bertentangan dengan an-Nawawiyy".

Saya : Adakah menyalahi an-Nawawiyy itu berdosa dalam agama? Adakah aṣḥāb aš-Šāfi*iyy itu berfatwa sebegitu atas dasar hawa nafsu sehingga haram untuk diikuti? Sehingga berdosa jika diikuti?

Fulan : "Mana-mana pendapat yang menyalahi an-Nawawiyy tidak boleh dinisbahkan kepada mazhab aš-Šāfi*iyy"

Saya : Ya. Itu tidak dinafikan. Namun, permasalahan sekarang bukan untuk menyandarkan kepada mazhab aš-Šāfi*iyy ataupun tidak, tetapi ia berkenaan dengan boleh atau tidak untuk diikuti selain daripada mana-mana aṣḥāb aš-Šāfi*iyy selain an-Nawawiyy?

Fulan : "Pendapat an-Nawawiyy adalah muktamad dan lebih rajih daripada aṣḥāb yang lain".

Saya : Daripada mana kamu mengetahui akan hal itu? Adakah kamu sendiri memahami penghujahan an-Nawawiyy dan aṣḥāb aš-Šāfi*iyy sehingga kamu yakin bahawa pendapatnya lebih unggul daripada yang lain dan jika diminta untuk menulis semula intipati hujah itu, kamu boleh melakukannya atau itu sekadar bergantung kepada orang yang menyebutkannya dan kamu tidak dapat memahami penghujahan an-Nawawiyy?

Jika fulan berkata: "Ini telah ditetapkan oleh ahli tahqiq mazhab aš-Šāfi*iyy bahawa an-Nawawi lebih diutamakan"

Saya katakan : Kembali pada soalan yang awal. Adakah dengan menyalahi an-Nawawiyy itu berdosa? Adakah aṣḥāb aš-Šāfi*iyy itu tidak tahqiq dalam fatwanya apabila ia tidak menyamai an-Nawawiyy? Jika anda hanya mampu memberikan jawapan bahawa ahli tahqiq berkata sedemikian, tetapi tidak mampu bangkit mempertahankan pendapat an-Nawawiyy, maka kamu hanya ikut-ikutan. Bagaimana mungkin sang buta mampu menilai antara dua lampu; yang mana satukah yang lebih terang?

Jika fulan berkata : "Ya, saya memahami penghujahan mereka".

Saya katakan : Baiklah. Mari kita berbincang secara ilmiah dan objektif. Kita sama-sama melihat sama ada benar atau tidak pendapat an-Nawawiyy itu yang lebih unggul.

Jika dia berada di pihak yang benar, maka celakalah diri saya jika saya sengaja berpaling daripada kebenaran.

Jika saya di pihak benar, maka saya katakan : Sekarang telah jelas bahawa pendapat muktamad bukan semestinya yang paling benar. Ia sekadar pendapat yang layak diwakili kepada mazhab apabila dibuat perbandingan, bukan mewakiliki kebenaran.

Jika kedua-duanya tidak mencapai kata sepakat kerana kekuatan hujah yang sama. Maka saya katakan : Sekarang telah jelas bahawa pendapat yang tidak muktamad bukan semestinya tiada hujah yang kukuh. Ia mungkin tidak layak diwakili untuk pendapat mazhab, tetapi bukan bermakna ia tidak boleh di barisan kebenaran.

Situasi Kedua

Jika fulan berkata : "Adakah kamu setara dengan an-Nawawiyy atau lebih faham daripadanya sehingga sanggup menyalahinya?"

Saya : Lantas, adakah dengan kamu mampu memahami penghujahan an-Nawawiyy dan penghujahan ashab aš-Šāfi*iyy, lalu kamu yakin kebenaran di pihak an-Nawawiyy itu menunjukkan kamu sebenarnya setara dengan an-Nawawiyy bagi hal itu?

Jika fulan menjawab tidak. Saya katakan: Lihat apa yang aḏ-Ḏahabiyy katakan :

الجَاهِلُ لاَ يَعلَمُ رُتْبَةَ نَفْسِهِ، فَكَيْفَ يَعْرِفُ رُتْبَةَ غَيْرِهِ

"Orang jahil tidak mengetahui kedudukan dirinya, lantas bagaimana dia mengenali kedudukan orang lain?". [Siyar A*lām an-Nubalā^, jilid 11, m/s 321, keluaran Mu^assasah ar-Risālah, Beirut].

Al-H̱iṭōb Al-Wajīz : Isu Fiqh Dan Uṣūl FiqhWhere stories live. Discover now