Tuturan Ringkas 26

22 0 0
                                    

Analisis Pada Pengharaman Menyerupai Berlainan Jantina Asalnya

Ibn *Abbās -roḍiyallahu *anh- berkata :

لَعَنَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمُخَنَّثِينَ مِنَ الرِّجَالِ ، وَالْمُتَرَجِّلَاتِ مِنَ النِّسَاءِ ، وَقَالَ : أَخْرِجُوهُمْ مِنْ بُيُوتِكُمْ ، وَأَخْرَجَ فُلَانًا ، وَأَخْرَجَ عُمَرُ ، فُلَانًا "

Nabi -ṣollallahu *alayhi wasallam- melaknat pondan dari kalangan lelaki dan tomboi dari kalangan wanita. Baginda berkata: "Keluarkanlah mereka dari rumah-rumah kalian". Baginda mengeluarkan fulan dan *Umar mengeluarkan fulan". [Ṣoḥīḥ al-Buẖōriyy, no. 6359].

Al-Qōḍī al-Bayḍōwiyy berkata :

المراد بـ"المترجلات": المتشبهات بالرجال.

"Maksud pada tomboi adalah wanita yang menyerupai lelaki". [Tuḥfah al-Abrōr Šarḥ Maṣōbīḥ as-Sunnah, jilid 3, m/s 156, keluaran Wizāroh al-Awqōf Wa aš-Šu^ūn al-Islāmiyyah].

Badruddīn ad-Dimyāṭiyy berkata :

المخنثين: جمعُ مُخَنَّث، وتقدم أنه بكسر النون وفتحها، وهم المتشبهون بالنساء في التكسير والانعطاف وغيرهما ممّا يختصُّ بهنَّ، والمترجِّلاتُ: هُنَّ المتَشَبَّهات بالرجال في كلامهم، وهيئتهم، وما يختصُّ بهم

"Al-Muẖonnaṯīn, jamak kepada Muẖonnaṯ. Telah disebut terdahulu bahawa ia boleh dengan mengkasrahkan huruf nun atau memfathahkannya. Mereka adalah orang yang menyerupai wanita pada kelembutannya dan selainnya yang berciri khas untuk mereka. Al-Mutarojjilāt adalah mereka yang menyerupai lelaki pada kata-kata mereka, rupa mereka dan apa yang berciri khas untuk mereka". [Maṣōbīḥ al-Jāmi*, jilid 9, m/s 540, keluaran Dār an-Nawādir, Syria, tahqiq Nūruddīn Ṭōlib].

Ini berdasarkan kata Ibn *Abbās -roḍiyallahu *anh- :

لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمُتَشَبِّهِينَ مِنَ الرِّجَالِ بِالنِّسَاءِ ، وَالْمُتَشَبِّهَاتِ مِنَ النِّسَاءِ بِالرِّجَالِ

Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- melaknat para lelaki yang menyerupai wanita dan para wanita menyerupai lelaki. [Ṣoḥīḥ al-Buẖōriyy, no. 5462].

Untuk menilai sama ada sesuatu personaliti, identiti, ciri atau karakteristik itu adalah lelaki atau wanita, kita perlu melihat kepada budaya dan adat setempat atau konteks semasa dari sudut zaman. Kaedah fiqh menyebutkan :

الْعَادَةُ مُحَكَّمَةٌ

"Adat diangkat sebagai hakim".

Ini kerana bukan semua budaya atau uruf masyarakat menanggapi sama dalam mengklasifikasikan sesuatu ciri itu adalah lelaki atau wanita. Boleh jadi di suatu negara, pemakaian tersebut dianggap sebagai pemakaian wanita, tetapi ia adalah dipakai tanpa mengira jantina. Begitu juga setiap zaman juga tidak akan menanggapi yang sama. Dahulu wujudnya tanggapan bahawa pemakain baju kemeja untuk pekerjaan di pejabat adalah pakaian khas untuk lelaki, sekarang ini kedua-dua jantina boleh memakai yang sama. Al-Ḥusayn bin Muḥammad bin Sa*īd al-Lā*iyy berkata :

وأما هيئة اللباس فهو يختلف باختلاف عادات الناس؛ فإن كان من عادة أهل بلدة الاستواء في اللباس فلا محذور في ذلك، وهذا الذم في حق من تعمد ذلك باختياره

Al-H̱iṭōb Al-Wajīz : Isu Fiqh Dan Uṣūl FiqhWhere stories live. Discover now