Tuturan Ringkas 3 : Cara Mengenal Sesuatu Itu Bidaah Ataupun Tidak

60 0 0
                                    

Sebahagian orang ada yang sukar memahami atau bercampur baur dalam memahami definisi bidaah dan cara untuk menyingkapinya. Tidak kira apapun definisinya, ini cara mudah untuk mengenal sesuatu itu bidaah ataupun tidak. Pertama, kita perlu tahu bahawa apa sahaja yang kita buat adalah harus berdasarkan kaedah fiqh ini :

الْأَصْلُ فِي الْأَشْيَاءِ الْإِبَاحَةُ

"Asal bagi setiap sesuatu itu adalah harus".

Kemudian, jika sesuatu amalan itu atau kepercayaan itu ingin kita katakan bahawa ia adalah daripada Allah dan Rasul-Nya atau sebahagian daripada intipati atau teras kepada agama itu sendiri, maka ini perlu didatangkan dalil sama ada melalui al-Qur^ān dan hadis yang zahir atau melalui kaedah penggalian hukum melalui kedua-duanya. Ini kerana apabila kita mendakwa ia adalah daripada wahyu yang ghaib atau daripada baginda atau ia adalah sebahagian daripada agama ini, maka perlu didatangkan bukti atau ia sekadar kata-kata kosong.Ini berdasarkan salah satu penyebutan kaedah fiqh :

الْأَصْلُ فِي الْعِبَادَاتِ الْبَطْلَانُ حَتَّى يَقُومَ الدَّلِيلُ

"Asal bagi penghambaan adalah terbatal melainkan tertegaknya dalil".

Jadi, tidak perlu pening lagi dengan definisi. Memadai untuk tahu prinsip ini. Maka, fahamlah bagaimana untuk menyingkapi sama ada hal itu adalah bidaah ataupun tidak. Buatlah apa sahaja selagimana tidak termasuk kepada pengharaman yang jelas. Namun, jika ingin mendakwa sesuatu itu amalan atau kepercayaan daripada Allah atau Rasul-Nya, maka penegakan hujah akan menentukan sama ada hal itu bidaah ataupun tidak.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/622395590362431488/tuturan-fiqh-dan-u%E1%B9%A3%C5%ABl-fiqh-3-cara-mengenal

com/post/622395590362431488/tuturan-fiqh-dan-u%E1%B9%A3%C5%ABl-fiqh-3-cara-mengenal

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Al-H̱iṭōb Al-Wajīz : Isu Fiqh Dan Uṣūl FiqhWhere stories live. Discover now