Tuturan Ringkas 16

12 0 0
                                    

Kebodohan Perbahasan Hukum Talfiq Dan Iltizam Dengan Mazhab Tertentu

Kalaulah saya ada kemampuan yang besar, sudah tentu saya akan padam perbahasan hukum talfiq dan iltizam dengan satu mazhab atau mengambil pendapat selain daripada mazhab yang empat dalam kitab uṣūl fiqh di seluruh muka bumi. Ini adalah perbahasan yang bodoh sekalipun tampak sarat dengan ilmiah.

Tidak pernah pula timbul bahawa hukum fiqh hanya boleh diambil daripada empat *Abdullah sahaja, tiba-tiba datang zaman kemudian membuat bidaah yang bangsat yang menyatakan bahawa hanya empat mazhab sahaja yang diterima dan boleh diambil pendapatnya. Tidak pernah pula timbul seseorang perlu menguasai fiqh Ibn *Abbās secara keseluruhannya sebelum mengambil pandangan Ibn *Umar, tiba-tiba datang zaman kemudian mengada-adakan kalam yang bodoh bahawa seseorang perlu menguasai keseluruhan mazhab Šāfi*iyy sebelum mengambil mazhab Ḥanbaliyy. Begitu juga seterusnya.

Perbahasan-perbahasan itu adalah berasaskan ketaksuban kepada mazhab. Yang anehnya orang ini dalam masa yang sama berslogan bahawa "Perselisihan ulama adalah rahmat" dan menyatakan bahawa boleh mengambil mana-mana pendapat ahli ilmu yang muktabar. Namun, apabila seseorang mengambil pendapat yang bukan dari mazhab yang empat atau atau pendapat yang bukan dari mazhab setempatnya atau pendapat yang lemah dalam mazhab atau pendapat yang ringan daripada mazhab, tiba-tiba perselisihan ulama itu menjadi azab pula. Seolah-olah orang tersebut mengambil pendapat daripada syaitan dan hawa nafsu. Ahli ilmu itu seolah-olah mengeluarkan pandangan daripada hawa nafsunya sehinggakan orang yang mengikutinya dianggap pengikut hawa nafsu.

Inilah kesan kebobrokan yang ditanggung dalam perbahasan uṣūl fiqh. Diberat-beratkan sesuatu yang tidak penting, malah tidak ada manfaat dalam pengetahuan Islam. Kesan ketaksuban mazhab ini telah membawa kepada kesesatan yang jauh.

Sepatutnya adalah ikutan Islam adalah apa yang benar, bukan pendapat yang berat. Yang wajib ditinggalkan adalah kebatilan bukan pendapat yang ringan. Jika mahu memilih pendapat pun, perlu iltizam pendapat yang diyakini kebenarannya, bukan hanya mengikut sahaja.

Jika seseorang itu berslogan "perselisihan ulama adalah rahmat", maka ini bermaksud dia mengakui bahawa mana-mana pendapat ahli ilmu boleh diikuti meskipun dia tidak menyukai pada hal tersebut. Jika seseorang ingin bertegas bahawa pendapat tersebut tidak berhak diambil, maka dia perlu menjadi independen atau semi-independen, kemudian bentangkan dalil dan hujah ilmiah bahawa pendapat tersebut tidak ada ruang untuk diambil. Jika tidak, maka dia telah melanggar prinsip dan slogannya hanya berdasarkan hawa nafsunya, bukan ilmu. Maksudnya, mereka hanya menyalahkan orang tersebut hanya kerana mengambil pendapat daripada seorang ahli ilmu, tetapi dia sendiri tidak dapat menegakkan hujah bagaimana yang dikatakan salah. Maka penyalahan dia adalah tidak berdasarkan ilmu. Hanya mengikut citarasanya sahaja. Ini sememangnya melanggar prinsip yang mengakui bahawa setiap ahli ilmu berhak diikuti pandangannya oleh sesiapa pun.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/624026837224505344/tuturan-fiqh-dan-u%E1%B9%A3%C5%ABl-fiqh-16-kebodohan

com/post/624026837224505344/tuturan-fiqh-dan-u%E1%B9%A3%C5%ABl-fiqh-16-kebodohan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Al-H̱iṭōb Al-Wajīz : Isu Fiqh Dan Uṣūl FiqhWhere stories live. Discover now