Sebahagian orang mempertikai keharusan untuk menyambut hari kelahiran insan yang mulia, Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- atau maulidurrsaul kerana ulama sejarah tidak sepakat mengenai tarikh sebenar kelahiran baginda. Pada saya, ia tidak penting sama sekali. Sambutan maulidurrsaul boleh sahaja diadakan pada selain 12 Rabiulawal. Terpulang pada komuniti ingin mengadakan pada 24 Zulhijjah, 2 Syaaban, 15 Safar atau selainnya. Yang penting matlamat sambutan tercapai. Adapun pemilihan 12 Rabiulawal, ia kerana kebanyakan komuniti sama-sama memilih hari ini sebagai keseragaman untuk disambut bersama, tidak ada apa-apa yang lebih dari itu.
Kemudian, mengenai pengisian hari maulidurrasul, tidak ada apa-apa masalah yang serius kecuali yang melampau. Sekadar ceramah yang mengingatkan peristiwa hari kelahiran baginda serta menyampaikan pengajaran dan teladan daripadanya atau mengingatkan tentang kelebihan baginda berbanding seluruh manusia dan lain-lain yang berkaitan dengan memuliakan baginda, ia tidak ada masalah apa-apa. Tidak ada yang dapat dikatakan unsur bidaah padanya.
Sememangnya sambutan sebegini tidak dilakukan para salaf, tetapi tidak ada masalah untuk menetapkan hari yang tertentu supaya kebanyakan komuniti ada pengisian slot khas berkenaan topik kelahiran baginda. Sama sahaja Jika seseorang mahu menetapkan hari tertentu untuk mengingatkan dan bercerita tentang perang Tabuk, ia sama-sama tidak masalah. Begitu juga jika seseorang menetapkan hari tertentu untuk membahaskan sifat haji Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- pada musim haji.
Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/633351026719719424/tuturan-fiqh-dan-u%E1%B9%A3%C5%ABl-fiqh-20-seputar-kesabitan
YOU ARE READING
Al-H̱iṭōb Al-Wajīz : Isu Fiqh Dan Uṣūl Fiqh
Non-FictionPecahan daripada penulisan "Al-H̱iṭōb Al-Wajīz" yang khas untuk membincangkan isu fiqh dan ilmu uṣūl fiqh. Tidak terhad hanya pada isu hukum-hakam syariat sahaja, tetapi juga menyentuh isu kemasyarakatan, sejarah, falsafah, idea dan lain-lain yang b...