Tuturan Ringkas 18 : Pemerintahan Mesti Bebas Daripada Ikatan Satu Mazhab

14 0 0
                                    

Pemerintahan pada bahagian pentadbiran dan kehakiman seharusnya bebas daripada ikatan satu mazhab kerana hala tuju pemerintahan berdasarkan pada kemaslahatan yang dapat diwujudkan dan hala tuju kehakiman berdasarkan pada keadilan yang ditegakkan. Manakala, satu mazhab sahaja tidak menekankan aspek kemaslahatan yang diberikan, sebaliknya pengamalan hanya pada yang dinyatakan oleh qaul yang muktamad atau qaul yang dhaif pada mazhab. Sebab itulah kewajaran untuk talfiq dan ijtihad untuk urusan pemerintahan.

Amat menghairankan sekali adanya orang yang cuba mendesak supaya pemerintahan dan kehakiman atau pentadbiran perlu mendahulukan satu mazhab meskipun qaul yang dhaif semata-mata tidak mahu dilihat terkeluar mazhab. Ini adalah kenyataan dari orang yang tidak terlepas dari belenggu ketaksuban mazhab. Seolah-olah kepentingan mazhab lebih diutamakan berbanding keadilan dan maslahat untuk semua orang.

Perlu diingatkan bahawa talfiq bukan mencari-cari keringanan semata-mata sepertimana yang didakwa oleh tuduhan dusta sebahagian pihak, tetapi ia mencari dan mengikuti pendapat yang terkuat selari al-Qur^āndan as-Sunnah. Al-Qur^ān dan as-Sunnah akan sentiasa mengiringi kemaslahatan kepada rakyat dan keadilan kepada umat. Jika ada pencapaian maslahah yang bertentangan dengan teks al-Qur^ān dan hadis, hakikatnya ia tidak bertentangan dengan kedua-duanya, tetapi ia menepati kehendak dua sumber itu untuk kebaikan kepada umat.

Ijtihad juga bukan semestinya secara sepenuhnya dalam semua aspek, tetapi memadai dengan masalah yang penting berkaitan dengan urusan pemerintahan. Ijtihad boleh dilakukan oleh pemerintah yang secara sendiri atau secara berjemaah yang ditubuhkan. Tidak semestinya seseorang mujtahid itu perlu menguasai semua bidang. Memadai jika masing-masing bergabung antara kepakaran masing-masing. Misalnya, pakar kewangan boleh bergabung pakar ketenteraan. Begitu juga yang seterusnya.

Apapun, yang penting melepaskan diri dari kebelengguan ketaksuban mazhab begitu penting supaya realisasi kemaslahatan dapat dijayakan. Kita berusaha untuk menyelamatkan keadaan umat, bukan mazhab yang kita sepitkan diri.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/633349480212774912/tuturan-fiqh-dan-u%E1%B9%A3%C5%ABl-fiqh-18-pemerintahan-mesti

com/post/633349480212774912/tuturan-fiqh-dan-u%E1%B9%A3%C5%ABl-fiqh-18-pemerintahan-mesti

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Al-H̱iṭōb Al-Wajīz : Isu Fiqh Dan Uṣūl FiqhWhere stories live. Discover now