Tuturan Ringkas 1

212 0 0
                                    

Hujah Ampuh Dalam Menolak Pendapat Bahawa Aurat Wanita Adalah Keseluruhan Jasadnya

Saya lihat pelbagai kitab yang ditulis dalam mempertahankan pendapat bahawa aurat wanita adalah keseluruhan jasadnya. Ada di antaranya mencecah 700 muka surat. Selalunya penulisan ini berorientasikan dalam membantah pendapat yang menyatakan aurat wanita adalah seluruh anggotanya kecuali wajah dan kedua-dua pergelangan tangannya. Namun, untuk meragukan, bahkan menolaknya, cukup dengan hadis berikut :

أَخْبَرَنَا نُوحُ بْنُ حَبِيبٍ الْقُومَسِيُّ بَذَشِيٌّ قَالَ : حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّزَّاقِ ، قَالَ : حَدَّثَنَا مَعْمَرٌ ، عَنْ أَيُّوبَ ، عَنْ نَافِعٍ ، عَنِ ابْنِ عُمَرَ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : مَنْ جَرَّ ثَوْبَهُ مِنَ الْخُيَلَاءِ لَمْ يَنْظُرِ اللَّهُ إِلَيْهِ ، قَالَتْ أُمُّ سَلَمَةَ : فَكَيْفَ يَصْنَعُ النِّسَاءُ بِذُيُولِهِنَّ ؟ قَالَ : يُرْخِينَهُ شِبْرًا ، قُلْتُ : إِذَا تَنْكَشِفُ أَقْدَامُهُنَّ ؟ قَالَ : فَيُرْخِينَهُ ذِرَاعًا لَا يَزِدْنَ عَلَيْهِ

Nūḥ bin Ḥabīb al-Qūmasiyy Baḏašiyy telah merawi khabar kepada kami, dia berkata; *Abdul Rozzāq telah merawi hadis kepada kami, dia berkata; Ma*mar telah merawi hadis kepada kami, daripada Ayyūb, daripada Nāfi*, daripada Ibn *Umar, dia berkata; Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- bersabda: "Barangsiapa yang melabuhkan pakaian kerana bongkak, nescaya Allah tidak melihatnya". Berkata Ummu Salamah: "Apa yang para wanita boleh lakukan dalam melabuhkannya?". Baginda berkata: "Hendaklah dia panjangkan sejengkal". Dia berkata: "Kalau begitu, ternampak bawah kakinya". Baginda berkata: "Panjangkan sehasta dan jangan dia menambahkannya". [An-Nasā^iyy dalam as-Sunan al-Kubrō, no. 8481].

Kalaulah aurat itu telah maklum pada wanita bahawa ia adalah seluruh anggota tubuhnya, untuk apa ditanyakan sedemikian? Malahan, baginda pun tidak pernah memberikan jawapan sepertimana yang mereka berpegang teguh dengannya, iaitu menyuruh sahaja untuk menutup seluruh anggota tanpa berkecuali. Ini jelas bahawa pendapat mereka tidak ada asas. Apa sahaja takwilan mereka seperti ayat tentang jilbab belum diturunkan dan sebagainya, ia masih andaian yang tidak ada sokongan padanya. Malah, ia adalah perbuatan takalluf yang berasaskan ketaksuban. Maka, benarlah ketidaksabitan pendapat tersebut.

Bawalah ayat al-Qur^ān atau hadis kononnya mensabitkan pemahaman bahawa wanita wajib menutup seluruh anggota tubuhnya. Jika itu yang sepatutnya difahami, nescaya Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam-, isterinya dan para sahabatnya -roḍiyallahu *anhum- akan faham sepertimana mereka faham. Akan tetapi, bukan sedemikian realitinya.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/621458388716519424/tuturan-fiqh-dan-u%E1%B9%A3%C5%ABl-fiqh-1-hujah-ampuh-dalam

com/post/621458388716519424/tuturan-fiqh-dan-u%E1%B9%A3%C5%ABl-fiqh-1-hujah-ampuh-dalam

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Al-H̱iṭōb Al-Wajīz : Isu Fiqh Dan Uṣūl FiqhWhere stories live. Discover now