Tuturan Ringkas 13 : Tatabbu* Ar-Ruẖōṣ Adalah Tercela?

17 0 0
                                    

Sesuatu yang menghairankan adalah golongan yang berslogan "Perselisihan *ulamā^ adalah rahmat" dan membenarkan mana-mana orang mengikut pandangan mana-mana daripada ahli ilmu yang dirasakan diipercayai dan muktabar, namun dalam masa yang sama melarang seseorang mengambil pendapat yang mudah atau ringan untuk diamalkan walaupun pendapat itu adalah daripada ahli ilmu yang berwibawa.

Di fikiran mereka adalah mereka yang melakukan tatabbu* ar-Ruẖōṣ atau mencari-mencari pendapat yang ringan untuk diikuti adalah orang yang menuruti hawa nafsu dan orang yang merobekkan sikap takwa dalam jiwa, manakala orang yang semakin berat pengamalan agama, semakin itulah yang mendekati keberagamaan yang kuat. Ini adalah tanggapan yang salah. Hawa nafsu bukan sahaja akan menuju dan bersedap-sedapan pada hal yang ringan, tetapi ia juga pada yang berat. Semak firman Allah *Azza Wajalla seperti berikut :

أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تُحَرِّمُوا طَيِّبَاتِ مَا أَحَلَّ اللَّهُ لَكُمْ وَلَا تَعْتَدُوا إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْمُعْتَدِينَ

"Wahai orang yang beriman! Janganlah kalian mengharamkan kebaikan-kebaikan yang Allah halalkan untuk kalian dan jangan kalian melampaui batas. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang melampaui batas". [Surah al-Mā^idah ayat 87].

Az-Zamaẖšariyy berkata :

معنى لا تُحَرِّمُوا لا تمنعوها أنفسكم كمنع التحريم. أو لا تقولوا حرّمناها على أنفسنا مبالغة منكم في العزم على تركها تزهداً منكم وتقشفاً

Makna "Janganlah kalian mengharamkan" adalah janganlah kalian menegah diri kalian terhadapnya sepertimana tegahan keharaman atau kalian mengatakan: "Kami mengharamkannya untuk diri kami" secara berlebihan dengan sepenuh hati dalam meninggalkannya kerana ingin berzuhud dan hidup serba kekurangan. [Al-Kaššāf *An Ḥaqō^iq Ġowāmiḍ at-Tanzīl, jilid 1, m/s 670, keluaran Dār al-Kitāb al-*Arobiyy].

Nah! Sekarang telah jelas bahawa sengaja memberat-beratkan diri dalam pengamalan agama juga tercela dan ia adalah ikutan hawa nafsu. Mana-mana jalan yang menyeleweng daripada kebenaran dan landasan ilmu adalah haluan hawa nafsu. Prinsip agama adalah mengikut apa yang benar, bukan apa yang berat. Prinsip agama juga adalah meninggalkan apa yang batil, bukan apa yang ringan. Fahamkanlah!

Jika merasakan apa yang diutarakan oleh ahli fiqh adalah benar meskipun ia kelihatan ringan, maka ia berhak untuk diambilnya dan tiada siapa boleh mengingkarinya kecuali jika mereka berpegang pada slogan itu. Adalah adakah ahli fiqh mengeluarkan pandangan mengikut hawa nafsunya sehingga mereka yang mengikutinya adalah pengikut hawa nafsu? Jadi, mereka yang berslogan sebegitu, patutkah tiba-tiba menggadaikan dan mencabuli prinsip yang dipegang hanya kerana seseorang itu mengambil pendapat yang tidak menepati citarasanya? Cara untuk tidak bersikap jahat sebegini adalah mereka perlu menjadi independen atau semi-independen dalam penilaian ilmu, kemudian buktikan bahawa pendapat ahli fiqh itu adalah salah sehingga ia tidak berhak diikuti oleh sesiapapun. Hanya cara ini mereka tidak sewenang-sewenangnya menukarkan slogan "perselisihan adalah rahmat" berubah menjadi azab hanya kerana mengikut apa yang dia rasa, bukan di atas landasan ilmu.

Malah, dalam satu aliran mazhab pun, bukan semua pendapat yang berat. Ada bahagian yang longgar, ada bahagian yang keras dan ada bahagian yang sederhana. Sekarang, apa ukuran untuk mengatakan seseorang itu mencari-cari pendapat yang ringan sehingga dia mengikuti hawa nafsunya? Mengambil sepuluh pendapat? Dua puluh pendapat? Mengambil pendapat selain daripada mazhab yang empat. Ingatlah firman Allah Subḥānahu Wa Ta*ālā ini :

قُلْ أَرَأَيْتُم مَّا أَنزَلَ اللَّـهُ لَكُم مِّن رِّزْقٍ فَجَعَلْتُم مِّنْهُ حَرَامًا وَحَلَالًا قُلْ آللَّـهُ أَذِنَ لَكُمْ ۖ أَمْ عَلَى اللَّـهِ تَفْتَرُونَ ﴿

Katakanlah: "Apa pendapat kalian terhadap apa yang Allah turunkan kepada kalian berupa rezeki, lalu kalian menjadikannya ini halal dan ini haram?". Katakanlah: "Adakah Allah memberi izin kepada kalian? Ataukah kalian mengada-adakan terhadap Allah". [Surah Yūnus ayat 59].

Maksudnya, berhati-hati dalam menuduh sesuatu itu haram tanpa bersebab. Untuk mengatakan bahawa mengambil pendapat selain daripada mazhab yang empat adalah berdosa, maka bertanyalah sama ada Allah perkenankan pengharaman itu atau tidak.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/623731756537888770/tuturan-fiqh-dan-u%E1%B9%A3%C5%ABl-fiqh-13-tatabbu-ar-ru%E1%BA%96%C5%8D%E1%B9%A3

com/post/623731756537888770/tuturan-fiqh-dan-u%E1%B9%A3%C5%ABl-fiqh-13-tatabbu-ar-ru%E1%BA%96%C5%8D%E1%B9%A3

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Al-H̱iṭōb Al-Wajīz : Isu Fiqh Dan Uṣūl FiqhWhere stories live. Discover now