Ajaran zikir yang dipromosikan dan diberi kebenaran untuk beramal hanya untuk mereka yang menyertai tarekat tertentu bukanlah sunnah. Juga zikir yang disembunyikan daripada pengetahuan orang ramai. Zikir yang diajarkan oleh insan yang paling terbaik, Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- tidak pernah dikhususkan hanya untuk sahabatnya -roḍiyallahu *anhum- yang tertentu yang mana hanya menyertai kumpulan mereka sahaja boleh mengambil faedah daripadanya atau hanya orang tertentu sahaja yang boleh mengetahui hal itu. Ia terbuka untuk semua orang yang mengharapkan keredhaan Yang Memiliki Limpahan Agung dan ingin meneladani kekasih-Nya yang mulia. Perbuatan mereka tersebut bukanlah bahagian daripada sunnah.
Dakwaan mereka bahawa itulah yang diajarkan oleh baginda, maka itu adalah batil selagimana mereka tidak mendatangkan dalil. Adapun, sanad tarekat yang selalu dipromosikan oleh pesertanya, ini tidak membuktikan apa-apa. Pastinya mereka sendiri tidak mampu mengatakan bahawa mereka tidak dapat berkata zikir yang mereka lazimi itu adalah benar-benar daripada Rasulullah. Sekaligus, bagaimana mereka boleh berkata zikir itu adalah sunnah untuk disembunyikan atau hanya orang bertarekat tertentu sahaja boleh mengamalkannya? Malah, apabila zikir rekaan itu ditambah perencah bahawa ada unsur-unsur ghaib yang bakal menyapa apabila diamalkan seperti mendatangkan kekayaan, membuka hijab mata dan lain-lain, maka ini adalah bidaah yang diada-adakan.
Jika ia adalah disiplin yang perlu diamalkan bagi yang menyertai tarekat, maka ia tidak ada masalah. Namun, untuk mendakwa bahawa ia adalah khusus untuk tarekat tertentu dan mempunyai unsur ghaib, maka ini bukanlah manhaj yang sebenar. Apapun, lebih baik jika diutamakan apa yang diajarkan oleh baginda. Contohnya, zikir sebelum dan selepas tidur, zikir pagi dan petang serta zikir selepas solat. Ambillah ia daripada Ḥiṣn al-Muslim atau kitab yang mengumpulkan zikir yang warid daripada baginda.
Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/622937456981016576/tuturan-fiqh-dan-u%E1%B9%A3%C5%ABl-fiqh-11-zikir-yang-hanya
YOU ARE READING
Al-H̱iṭōb Al-Wajīz : Isu Fiqh Dan Uṣūl Fiqh
Non-FictionPecahan daripada penulisan "Al-H̱iṭōb Al-Wajīz" yang khas untuk membincangkan isu fiqh dan ilmu uṣūl fiqh. Tidak terhad hanya pada isu hukum-hakam syariat sahaja, tetapi juga menyentuh isu kemasyarakatan, sejarah, falsafah, idea dan lain-lain yang b...