Datang persoalan: "Bagaimana interaksi dengan pemuda amrad?". Saya katakan, sama sahaja seperti lelaki. Meskipun paras rupanya seumpama wanita, dia tetap lelaki pada asalnya. Noktah!
Entah mengapa ada yang cuba membuatnya seolah-olah golongan amrad ini perlu dilayan seperti wanita hanya kerana dia memiliki paras rupa seumpama wanita sehinggakan dilarang untuk bersalaman atau duduk berduaan bersama atau memandangnya dan sebagainya. Kalau hanya kerana orang itu seumpama wanita, maka adakah wanita yang mempunyai paras rupa seperti lelaki boleh kita berinteraksi sama seperti lelaki? Sekarang, nyatalah kerancuan penghukuman fiqh sebegini.
Jika masih ada yang berdegil juga, ini persoalan saya. Di manakah saf untuk pemuda amrad dalam solat? Adakah di barisan lelaki atau perempuan? Kalaulah kita mahu hukumkannya sama seperti perempuan, maka mereka diletakkan bersama wanita! Tidakkah sebegitu? Sekarang, nyatalah bahawa mereka dilayan sama seperti jantina yang asal.
Saya faham tujuannya adalah mengelakkan fitnah, tetapi kita perlu adil dalam meletakkan hukum. Malah, penggunaan Sadd aḏ-Ḏarō^i* yang tidak terkawal boleh membawa kepada perbuatan berlebih-lebihan yang merupakan jenayah kepada ilmu. Berjaga-jagalah. Janganlah mencegah fitnah dengan suatu fitnah yang lain.
Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/624025796961566720/tuturan-fiqh-dan-u%E1%B9%A3%C5%ABl-fiqh-14-cara-interaksi
YOU ARE READING
Al-H̱iṭōb Al-Wajīz : Isu Fiqh Dan Uṣūl Fiqh
Non-FictionPecahan daripada penulisan "Al-H̱iṭōb Al-Wajīz" yang khas untuk membincangkan isu fiqh dan ilmu uṣūl fiqh. Tidak terhad hanya pada isu hukum-hakam syariat sahaja, tetapi juga menyentuh isu kemasyarakatan, sejarah, falsafah, idea dan lain-lain yang b...