prolog

500 117 36
                                    

Langkah kaki dibuka seluas-luasnya, dia memaksa diri berlari walaupun betisnya sudah cedera parah dipanah musuh.

"Permaisuri ilya! Berhenti!" jerit salah seorang tentera di dunia itu.

Dia tidak menoleh, malah diperah segala kudrat yang ada untuk terus berlari. Berlari ke arah jambatan hudud yang menghubungkan dunia mereka dan dunia manusia.

Ya. Jambatan itu menjadi arah tujuannya. Permaisuri Ilya tiada pilihan lain, batu amethyst harus diselamatkan daripada tentera raja kieran yang sedang mengejarnya. Jika batu ini jatuh pada tangan yang salah, malapetaka akan menimpa dunia pandora.

Batu amethyst yang tergantung kemas di leher permaisuri Ilya sekejap sekejap bersinar. Menandakan bahawa penjaga batu itu dalam bahaya.

Zup!

Anak panah musuh terbenam di batang pokok yang berdekatan dengan posisi permaisuri Ilya.

Dia mengetap geraham.

"Flora" desis permaisuri itu.

Tangannya menghala ke tanah sebelum dihalakan ke arah tentera musuh.

Tanah mula bergegar, larian para tentera terhenti disebabkan gegaran itu. Masing masing memerhati tanah yang mula merekah, akar akar pokok mula menjalar keluar sebelum melilit kaki para tentera tersebut. Kedengaran suara jeritan mereka bergema di hutan pandora.

Permaisuri ilya tidak berhenti berlari, dia tahu bahaya masih mengejar dirinya dan batu amethyst.

Dia melihat sekilas batu tersebut sebelum menggengamnya.

Beta takkan biarkan mereka memiliki mu, kau jiwa kepada dunia pandora. Jika engkau musnah, maka musnahlah pandora. Musnahlah hidupan di dunia pandora. Desis hatinya.

Langkahnya mula perlahan, dada berombak kencang dek kelelahan berlari. Dia memegang lutut sebelum jatuh terduduk di atas tanah.

Dihadapannya, terdapat sebuah jambatan kayu yang berbentuk separa bulat. Permaisuri ilya mengumpul segala tenaga yang masih ada untuk menuju ke jambatan tersebut.

Perlahan kaki putih yang dicemari darah kering itu melintasi jambatan. Sampai saja di tengah, kelihatan seperti ada dinding halimunan yang menghalang laluannya untuk ke seberang. Kini dia tahu, dunia seberang adalah dunia manusia. Waktunya sudah tiba, permaisuri ilya merentap batu Yang tergantung di lehernya. Digenggam kuat batu tersebut.

Pilihlah permaisuri baharu wahai batu permata. Bawalah dia ke dunia pandora. Desis hati permaisuri ilya. Bibirnya mengukir sebuah senyuman. Air matanya jatuh menimpa batu tersebut. Lalu dia melontarkan batu amethyst sekuat hati ke dinding halimunan Yang menjadi sempadan antara dunia manusia Dan dunia Pandora.

'suatu hari nanti, batu amethyst akan membawa pulang seorang permaisuri, permaisuri yang akan memerintah dunia Pandora'

Tubuh permaisuri ilya perlahan-lahan berkecai, bertebaran ditiup angin sebelum berubah menjadi rama rama putih. Makhota yang dipakainya jatuh tergolek di atas jambatan.

__

Pandora (Ongoing)Where stories live. Discover now