Beberapa minggu yang lalu..
"Kita lucutkan jawatan mereka" jawapan ringkas yang keluar dari mulut seorang penasihat utama, mendatangkan kerutan di dahi mereka yang berada di balai menghadap itu.
"Semudah itu?" soal Arata. Kurang yakin dengan cadangannya.
"Cuba kamu terangkan dengan lebih terperinci. Takkan semudah itu kita lucutkan jawatan mereka, hal tersebut perlu disusuli dengan bukti yang kukuh. Semestinya para pembesar takkan berdiam diri." nyata permaisuri Virago pula. Memandangkan dia berpengetahuan tinggi dalam undang undang pandora.
Laila mengangguk, setuju dengan kata kata pemerintah euthoria itu.
Sawyer diam seketika sebelum tersenyum sendiri. Otaknya ligat menyusun strategi.
"Aku berencana untuk menggunakan kad kekalahan"
Jelas mereka semua tidak dapat tangkap maksud penasihat utama itu. Arata memandang luna. Gadis itu mengangkat bahu, menandakan dia juga tidak mengerti.
"Baiklah lihat, para pembesar sudah semestinya takkan berdiam diri. Mereka akan merancang sebuah rancangan untuk menjatuhkan permaisuri Laila. Sama ada di dalam istana atau luar istana. Dan sudah tentu rancangan mereka takkan menampakkan mereka sebagai dalangnya, mereka akan mencari kambing hitam untuk meletakkan segala kesalahan ke atasnya"
"Masalahnya bagaimana kita nak tahu bentuk rancangan mereka?" Luna bersuara.
"Mudah. Kita ikut rentak mereka, dalam masa yang sama kita juga beraksi dalam diam"
Masing masing mengerutkan dahi.
"Maksud penasihat Sawyer, kita ikut pola rancangan mereka? Buatkan musuh fikir yang rancangan mereka berjalan dengan lancar, dalam masa yang sama, kita mengikut pola rancangan sendiri tanpa disedari oleh para pembesar. Begitu?" Pemerintah Euthoria menetapkan kesimpulan.
Sawyer mengangguk.
"Tepat sekali permaisuri Virago"
"Oleh sebab itu.. namanya ialah kad kekalahan. Membuatkan musuh terlalu yakin bahawa mereka akan memenangkan permainan ini, sedangkan seteru mereka ternyata merancang rancangan yang jauh lebih hebat" permaisuri Laila bersuara.
Penasihat utama tersenyum lebar.
Luna dan Arata mengangguk serentak. Mulai faham dengan corak permainan penasihat utama itu.
"Tinggal kita perlu melacak musuh dalam selimut"
"Ada musuh dalam selimut?" Luna sedikit terkejut.
"Sudah tentu ada. Pembesar-pembesar takkan mampu bergerak tanpa adanya bantuan dari dalam"
"Siapa yang engkau syak wahai penasihat utama?" tanya permaisuri virago.
Sawyer tersenyum.
"Jeneral baharu, kita mula dari dia"
__
"Mengapa jeneral baharu?"
Laila memaku soalan dalam perjalanan mereka ke khemah utama. Kehadiran permaisuri Pandora di kem tentera, menarik perhatian para pejuang di sini. Ada yang menunduk hormat ketika berselisih dengan pemerintah pandora itu.
Laila memaniskan roman muka sebelum kembali fokus pada penasihat utama.
"Engkau lupa gerangan siapa yang memudahkan kerja raja Kieran ketika perampasan kuasa berlaku?"
"Engkau..? Mantan jeneral" teka Laila, teragak-agak.
Sawyer tersenyum, lalu mengangguk.
"Bagi siapa yang menggalas jawatan jeneral diraja, mereka serta merta akan mendapat pelbagai maklumat tentang hal luar istana serta rahsia istana dalam. Oleh kerana itu kita harus memastikan kesetiaan jeneral baharu ini" nyata Sawyer, walaupun hubungannya dengan jeneral baharu tersebut rapat, namun itu bukan alasan untuk dia tidak mengesyaki jeneral tersebut.
YOU ARE READING
Pandora (Ongoing)
Fantasy-Sebuah karya yang dicipta oleh seorang dean. Berilah ia peluang untuk membuatkan dirimu ketagih dengan karyanya- Start-[24.5.2021] End -[SOON. ]