Bab12:Kebangkitan Semula

82 27 16
                                    

Angin menderu menyapa dua tubuh pahlawan dari dua kerajaan yang berbeza. Namun tujuan mereka ternyata sama, menghapuskan pemerintah Pandora, sekaligus mematahkan ramalan vates diraja yang dianggap karut bagi mereka.

"Sayang sekali, aku benar benar mahu menamatkan riwayat manusia jahanam itu dengan tanganku sendiri" Elyun bersuara seraya berjalan mengampiri jejaka misteri yang masih memerhati hamparan kabus di bawah.

"Apa yang engkau fikirkan wahai jeneral pandora. Ketinggian 500 meter sudah cukup untuk mencabut nyawa sesiapa saja. Tak perlulah engkau melayan perasaan risau yang bertandang di hati" nyata Elyun lagi. Bahu Ryuken ditepuk beberapa kali membuatkan jejaka itu menoleh ke arah marshal parados yang bermandikan darah.

Tajam dan menyeramkan.

Ryuken tidak bersuara, malah tangan Elyun ditepis kasar.

Marshal parados itu terpempan buat seketika.

"Jangan sentuh aku. Mulai saat ini kita bukan lagi rakan sepasukan. Rancangan telah berjaya dan sasaran telah dihapuskan. Cukup setakat ini sahaja kesepakatan antara parados dan pandora" nyata Ryuken sebelum mengakhiri bicaranya dengan sebuah renungan tajam. Kemudian jeneral itu berlalu pergi meninggalkan marshal parados keseorangan di situ.

Elyun mengetap geraham. Geram dan marah bersadur di jiwa. Matanya masih tidak lepas dari tubuh jeneral Ryuken yang masih kelihatan, sebelum jejaka itu perlahan-lahan hilang ditelan belantara alam.

Jika bukan kerana dia sedar bahawa kekuatannya dengan jeneral pandora itu ternyata jauh sekali, sudah lama jantung jejaka itu dirobek-robek keluar dari tubuh.

"Celaka punya Ryuken"

__

Sekujur tubuh terduduk di singgahsana, lidahnya kelu. Jantung berdegup kencang disusuli jari jemarinya bergetar hebat. Tubir mata mulai diisi dengan cecair jernih. Perkara yang ditakutinya mulai menyerang jiwa.

Semua itu terjadi serentak apabila seorang pengawal terkocoh-kocoh berlari ke balai menghadap, menyampaikan khabar buruk tentang rombongan permaisuri Laila ke parados tidak berjalan seperti yang dirancangkan.

"Salah seorang tentera daripada rombongan tersebut berjaya menyelamatkan diri. Berlari seharian sehingga ke sempadan pandora. Dia sempat khabarkan bahawa mereka diserang sekumpulan penyangak berbaju hitam." ujar pengawal tersebut.

Penasihat Utama itu kekal membisu. Liur ditelan walaupun terasa kelat di tekak.

"Bagaimana keadaan permaisuri..?" lambat lambat Sawyer melontarkan persoalan itu.

Pengawal berkenaan tidak terus menjawab. Riak wajahnya jelas menjawab segalanya. Tidak lama, pengawal tersebut menggeleng lemah seraya kepalanya tertunduk manatap lantai marmar.

Mata Sawyer terpejam, mengalirkan air mata yang selama ini bertakung.

Penasihat utama itu mengetap geraham seraya menggepal kedua belah tapak tangannya. Jiwa jejaka itu seperti ditusuk dengan beribu jarum, pedih dan sakit menyelimuti jiwa penasihat utama tersebut.

"Siapkan pasukan tentera untuk mencari keberadaan permaisuri Laila. Selagi belum jumpa sebarang mayat, jangan berani berani mengatakan bahawa permaisuri Laila telah mengkat. Lekas bergerak!"

Terhinjut kedua bahu pengawal tersebut. Dia kemudian menjunjung perintah sebelum beransur dari Balai menghadap. Meninggalkan penasihat utama yang kini menggantikan permaisuri Laila, sebagai pemerintah sementara.

Sisa air mata diseka, digantikan dengan air mata baharu yang mengalir pada pipi jejaka itu. Sekuat-kuat mantan jeneral pandora sekalipun, hatinya tetap akan luluh apabila mendapat khabar mengatakan bahawa insan tersayang terbunuh di tangan musuh.

Pandora (Ongoing)Where stories live. Discover now