Bab10:Jejaka Misteri

101 34 16
                                    

Terang mulai merajai alam, cahaya matahari tidak begitu panas, ditambah lagi dengan tiupan angin sepoi sepoi bahasa. Burung-burung yang bertenggek di dahan pokok, bernyanyi menceriakan suasana. Tatkala keadaan ini mampu menimbulkan rasa tenang pada diri seseorang, namun tidak bagi Kastur.

Dengan wajah mencuka, dia berjalan dengan pantas keluar dari perkarangan istana. Para pembesar yang lain termasuk Lestari membuntuti ketua mereka.

Sampai sahaja di depan kereta kuda milik Kastur, mereka semua berhenti.

Kastur menoleh, kemarahan pada wajah lelaki berusia itu masih tersisa. Bebola matanya seakan terbakar.

Semua ini disebabkan adegan di dewan mensyuarat seketika tadi. Masih terngiang-ngiang wajah permaisuri pandora mengacukan pedang ke wajahnya.

"Manusia celaka!" tempik Kastur. Habis kereta kuda menjadi habuan penumbuknya.

"Lestari, uruskan perjumpaan kita dengan lelaki misteri yang engkau beritahu semalam. Kita kesuntukan masa, sebelum manusia jahanam tu bertindak lebih jauh, kita perlu tamatkan dia, arang yang dia conteng pada wajah aku! perlu dipadam dengan segera." ujar Kastur, tangannya digenggam kuat. Wajahnya yang tegang perlahan-lahan bertukar sinis.

"Engkau bermain dengan api manusia jahanam. Aku akan pastikan engkau hangus terbakar dek api!"

__

Usai mesyuarat bersama para pembesar, pemerintah pandora beransur pula ke kem tentera kerajaan pandora yang terletak tidak jauh dari istana. Pelantikan jeneral baharu yang menggantikan Sawyer telah pun sampai ke telinga permaisuri itu, oleh kerana itu Laila dikehendaki untuk datang dan melihat sendiri bagaimana rupa dan personalitinya.

"Apa engkau rindu hendak menjadi jeneral? Wahai mantan jeneral Pandora." Laila memecahkan kesunyian yang melanda ruang kereta kuda diraja itu. Wajah Sawyer ditatapnya. Penasihat utama itu mengambil tempat di kerusi hadapan, menghadap permaisurinya, manakala laila pula sebaliknya.

Sawyer tersenyum.

"Sudah semestinya aku rindu. Tapi keadaan tak mengizinkan, bukan?"

Giliran Laila pula tersenyum. Gadis itu meletakkan pandangan ke tempat di mana kaki berpijak. Bibirnya mengukir senyuman. Entah kenapa, melihat Sawyer tersenyum, hatinya seakan berbunga. Namun cepat cepat dia beriak biasa, tak mahu Sawyer berfikir yang bukan bukan.

"Aku harap, engkau faham keputusan aku melantik kau untuk menjadi penasihat utama."

Terangkat kedua kening Sawyer.

"Oh, tak perlu berformal. Lagipun kita berdua je dalam ruangan ni" nyata laila. Disusuli anggukan Sawyer.

"Aku faham. Lagipun, sudah tiba masanya untuk aku tebus segala kesilapan. Walaupun kesalahan yang telah aku lakukan amat besar dan tak akan dapat dimaafkan." sawyer tersenyum nipis, lalu mencampakkan pandangan ke luar melalui tingkap kenderaan yang mereka naiki.

"Bukankah setiap makhluk layak menerima peluang kedua?"

Sawyer memandang permaisurinya, lalu tersenyum.

"Salah aku terlalu besar untuk menerima peluang kedua. Aku takkan dapat maafkan diri aku Laila." ada getaran pada nadanya.

Penasihat utama itu menghela nafas. Panjang dan amat berat.

"Engkau layak Sawyer, dan aku percayakan kau. Sepenuh hati."

Sawyer tersentak. Wajah laila ditatapnya penuh emosi. Gadis itu sedang tersenyum. Mata mereka bertaut buat seketika.

"Jika begitu, takkanku sia sia kan peluang dan kepercayaan yang engkau berikan wahai Laila. Atau patut aku panggil, gadis hutan?"

Wajah laila terasa panas, lantas gadis itu jatuhkan pandangannya.

Pandora (Ongoing)Where stories live. Discover now