Laila termenung di penunggangan ikran, memerhatikan suasana senja yang damai di hujung samudera. Mentari kian pudar di ufuk barat. Meninggalkan angkasa yang semakin merah. Langit kian suram, dibayangi malam yang semakin menghampiri dunia. Bayu laut pula semakin melemah, hilang tenaga kerana pemergian matahari. Renungan Laila menyeberangi samudera di Bawah, memerhati pulau Gul yang dikaburi kabus, ditambah pula dengan pulau besar dihadapannya. Benar bicara sursis tentang pulau besar, keluasannya luar biasa, keindannya pula tidak terkata. Pulau itu tampak sunyi dan damai, airnya tenang. Walaupun begitu, keindahan pulau besar tidak dapat menandingi pulau gul yang berbeza sedikit bentuknya. Berikutan kepulauan gul lebih tinggi berbanding pulau besar yang di bawahnya terdapat pasir untuk perahu mendarat. Namun bagi pulau gul, sekelilingnya dikelilingi oleh batu. Hanya batu. Pun begitu, mereka Berjaya mendarat dengan baik.
Mereka bertiga turun, memijak rumput hijau yang tumbuh dengan sihat sekali. Laila memandang sekeliling dengan perasaan takjub. Selama dia berada di dunia Pandora, telah banyak perkara yang membuatkan dirinya terpesona. Tapi kali ini, keindahan pulau Gul tiada tandingnya.
Sursis memperbetulkan kaca mata seraya tersenyum lebar mengamati permadangan dihadapan. "Lekas, bukankah ada pertempuran yang menunggu kamu berdua." Bicaranya sambil melepasi Arata dan Laila. "Kau tau di mana ikran permaisuri berada?" Arata melontarkan soalan. Melihat gaya sursis berjalan dengan penuh yakin, pasti dia tahu selok belok pulau ini dan dimana Hydra berada.
Sursis tersengih. Dia menggeleng. "Aku tak tahu, cuma agak saja. Kan aku dah kata, tiada siapa yang pernah meneroka pulau ini. Kita bertiga orang pertama." Laila tersenyum seraya menggeleng perlahan. Kemudian meninggalkan Arata yang tersengih. Mereka bertiga mara kehadapan, meneroka pulau sunyi ini.
"Ke mana arah tujuan kita?" Soal Laila. Sekadar ingin tahu. Sursis menunding jari ke arah bukit menghijau. Betul-betul di utara mereka. "Di atas bukit sana. Patik yakin kerana ikran permaisuri tidak gemar berada di bawah. Makhluk itu lebih suka berada di ketinggian." Terang sursis sebagai penjaga ikran yang pakar. Segala hal tentang makhluk lagenda itu berada di kepalanya. "Bagaimana jika Hydra tiada?" Mereka terdiam. Sursis memandang pemerintah Pandora. Laila pula melihat Arata. Pada akhirnya tiada jawapan yang dikemukakan oleh mana_mana pihak. Segala kemungkinan boleh berlaku, namun tiada siapa yang tahu. Mereka hanya mampu berusaha mencari cebisan kemenangan yang hilang. Selebihnya berbalik kepada alam. Sama ada menang atau kalah, Mereka tetap perlu meneruskan perjuangan.
Moga-moga usaha ini ada hasilnya. Laila meletakkan secebis harapan. Kemudian meneruskan perjalanannya. Menuju ke puncak bukit sana.
__
Bunyi yang kuat mengemparkan alam. Buana kini bergegar akibat serangan musuh. Berpuluh bola gergasi berapi merempuh benteng Pandora. Buat pertama kalinya, pertahanan kerajaan Pandora yang menjadi kebanggaan umat kerana ketahanannya yang utuh, telah hancur.
Kini benteng Pandora roboh sepenuhnya. Batu-batuannya berterbangan di sana sini, bersama-sama tubuh para tentera yang masih berada di atasnya. Bunyi bingit masih menghiasi medan peperangan. Tentera Parados sedang membantai sesiapa sahaja yang masih tinggal daripada kalangan tentera Pandora di barisan hadapan.
"Mereka terlalu yakin" Ravon tersengih melihat pemandangan indah dihadapannya. Suasana yang semakin gelap, kini kembali terang dengan cahaya api yang membaluti tubuh sesetengah tentera Pandora dan serpihan batu-batuan banteng yang sudah hancur. "Malam paling indah dalam hidup aku. Malam yang tidak terlupakan." Mata Elyun bersinar. Menampakkan kehancuran yang berlaku di hadapan.
"Mereka tidak lagi punya apa-apa. Jangan kalian menahan diri. Sekarang kita sudah berada jauh dihadapan Mereka. Hapuskan semuanya!" Adron menengking garang, suaranya bergema. Dia berada dalam keadaan tidak sabra. "Aku mahu cari manusia haram yang berani mengganggu kehidupan abangku dan berani mengancam kekuasaanku" Adron terus mara dengan kudanya. Tidak berhenti. Diikuti dengan Ravon dan Elyun yang mula bergerak ke haluan masing-masing. Membunuh askar Pandora dengan serakah.
YOU ARE READING
Pandora (Ongoing)
Fantasía-Sebuah karya yang dicipta oleh seorang dean. Berilah ia peluang untuk membuatkan dirimu ketagih dengan karyanya- Start-[24.5.2021] End -[SOON. ]