Semalam merupakan hari baharu bagi dunia pandora. Ramalan vates diraja ternyata benar, kehadiran manusia telah mengembalilan keharmonian dan kesejahteraan kepada dunia pandora. Kini rakyat tidak lagi tersiksa, segala sistem cukai dan harga jualan diubah seperti dahulu kala. Rakyat yang kehilangan kediaman, sedikit sebanyak telah menerima bantuan daripada permaisuri Laila. Segala bantuan telah diedarkan dalam bentuk wang mahupun makanan, melalui pasukan yang ditugaskan.
Rata rata rakyat berkumpul di hadapan istana pada pagi ini, kedengaran suara mereka mengucap terima kasih. Ada yang menangis teresak-esak, ada yang melutut seraya mulut tak berhenti mengulang ucapan yang sama, iaitu 'terima kasih permaisuri'.
Adegan ini cukup menggambarkan betapa bersyukurnya rakyat atas kejatuhan pemerintahan raja Kieran, sekaligus membawa pemerintah baharu.
Sementara itu, di balai menghadap istana, permaisuri Laila sedang bersemayam di atas singgahsana. Di sisi permaisuri itu, berdirinya seorang penasihat utama yang bernama Sawyer, mantan jeneral kerajaan pandora. Keputusan yang dinggap melulu itu akhirnya diterima permaisuri Virago, walaupun pemerintah euthoria itu kurang jelas dengan rancangan laila, tetapi dia akhirnya memilih untuk percayakan gadis itu.
Laila selamat ditabalkan sebagai permaisuri pandora, walaupun dalam suasana yang tidak begitu meriah. Suara sorakan rakyat menggegak gempita di luar istana. Dia juga telah dimaklumkan tentang para pembesar, mereka mungkin sedang menyembunyikan diri selepas dapat tahu berkenaan kejatuhan raja Kieran. Hal itu akan dikupas pada mesyuarat yang akan berlangsung sebentar lagi.
"Apa rancangan tuanku?" soal permaisuri Virago, memulakan perbincangan sementara menunggu masa untuk bergerak ke dewan mesyuarat.
Laila tidak menjawab, dia berfikir sesaat seraya mengusap dagu. Gadis itu duduk dalam keadaan malas, kedua belah kakinya bersilang dan sekali sekala bergoyang.
Luna yang tidak jauh kedudukannya dari permaisuri Virago, sedaya upaya menahan tawa melihat gaya bersahaja gadis manusia itu. Walaupun telah bergelar pemerintah, personalitinya masih menunjukkan yang dia cuma seorang gadis biasa. Cumanya Laila akan kelihatan berbeza jika berhadapan dengan orang ramai, aura permaisuri itu membuak-buak. Mungkin mereka terlepas pandang dalam mendidik Laila sebagai seorang pemerintah, dek terlalu tumpu pada seni mempertahankan diri.
"Beta tak pasti, mungkin penasihat utama kita boleh nyatakan satu atau dua cadangan." ujar Laila, dia menoleh ke arah Sawyer.
Sawyer tidak gelabah, otaknya ligat memikir cadangan yang perlu diutarakan.
Masing-masing menunggu dengan tekun, bekas jeneral itu tak boleh dipandang enteng. Pengalamannya berkhidmat sebagai jeneral selama pemerintahan raja Kieran, sedikit sebanyak memberikan mereka kelebihan untuk mencantas para pembesar kerajaan pandora yang berpihak pada raja itu. Hal tersebut jugalah yang menggerakkan hati Laila untuk melantik Sawyer sebagai penasihat utama kerajaan itu.
Tetapi risiko tetap ada, pengkhianatan mungkin akan berulang. Mereka perlu sentiasa berwaspada.
"Kita lucutkan jawatan mereka" jawapan ringkas yang keluar dari mulut seorang penasihat utama, mendatangkan kerutan di dahi mereka yang berada di balai menghadap itu.
"Semudah itu?" soal Arata. Kurang yakin dengan cadangannya.
"Cuba kamu terangkan dengan lebih terperinci. Takkan semudah itu kita lucutkan jawatan mereka, hal tersebut perlu disusuli dengan bukti yang kukuh. Semestinya para pembesar takkan berdiam diri." nyata permaisuri Virago pula. Memandangkan dia berpengetahuan tinggi dalam undang undang pandora.
Laila mengangguk, setuju dengan kata kata pemerintah euthoria itu.
Sawyer diam seketika sebelum tersenyum sendiri. Otaknya ligat menyusun strategi.
YOU ARE READING
Pandora (Ongoing)
Fantasy-Sebuah karya yang dicipta oleh seorang dean. Berilah ia peluang untuk membuatkan dirimu ketagih dengan karyanya- Start-[24.5.2021] End -[SOON. ]