Bab20:Puisi Lagenda

36 9 0
                                    

"Bagaimana hal ini boleh berlaku?" Laila bersuara sederhana tinggi. Kedengaran resah pada nada suaranya. Juga secebis ralat.

"Patik tidak tahu Tuanku. Sedang patik mahu beri makan pada Hydra, dia sudah tiada di sarangnya." Penjaga tersebut berbicara jujur. Masakan dia mahu menipu.

Laila memicit dahinya.

"Tak mungkinlah..." Kata kata Arata menarik perhatian Laila di sebelah.

"Mengapa Arata?"

Arata tidak menjawab soalan itu. Ada perkara yang bermain di kepalanya, perkara yang mungkin menjadi jawapan pada masalah yang mereka sedang hadapi.

"sursis sekarang musim mengawankah?" Arata tujukan soalan tersebut kepada penjaga ikran.

Lambat-lambat sursis mengangguk. "Benar. Sekarang musim mengawan."

Arata memandang Laila. "Hydra tidak hilang. Aku rasa aku tahu dia di mana."

"Sekejap! Kau mahu mengatakan yang Ikran permaisuri sedang mengawan?"

Laju Arata mengangguk.

"Bukankah kau pernah mengatakan yang Hydra adalah spesies terakhir ikran permaisuri. Jika betul, dengan siapa pula dia mengawan?"

"Dengan ikran selain ikran permaisuri?" Arata menerka jitu.

Lantas penjaga tadi menggeleng. "Hal itu takkan terjadi. Ikran permaisuri hanya mengawan dengan spesiesnya sahaja."

"Sekejap! Jika benar kata kau.." Laila memandang sursis, lalu memandang pula Arata. "Jika benar Hydra sedang mengawan..pasti wujud Ikran raja! Perkara ini tidak mustahil, jika tidak dengan ikran mana pula Hydra mahu mengawan."

Mereka memandang satu sama lain. Persoalan ini seperti bersambung antara satu sama lain. Satu per satu jawapan terbongkar. Jika wujud Ikran permaisuri, pasti wujud Ikran raja. Mustahil ikran permaisuri lahir dengan sendirinya.

"Tuanku, jika benarlah semua ini. Mahukah tuanku mencari Hydra?" Penjaga itu menatap Laila.

"Sudah semestinya. Kita perlukan dia, bahkan Pandora perlukan bantuannya."

"Jika begitu, ikut patik. Kita akan membongkar rahsia besar makhluk lagenda ini."

__

Dayang-dayang dan pekerja istana terus menyisih ke kiri dan kanan, membuka ruang jalan. Apabila Laila melepasi mereka, tidak kira yang sedang sibuk bekerja, akan menundukkan kepala sambil mengangkat sembah. Ungkapan 'domine meus,' kedengaran berulang kali.

Laila tersenyum sambil membisik. "Apa maksud ucapan tu." suaranya berdesir. Cukup sekadar Arata mendengarnya.

"Ungkapan yang biasa diucapkan apabila berhadapan dengan pemerintah. Maksudnya 'tuanku mulia'."

Laila terangguk-angguk. Baginya bahasa elf itu indah, tulisannya yang unik mampu menarik setiap mata yang melihatnya. Lenggok bahasa yang tiada di dunia manusia. Hanya wujud di dunia ghaib ini. Demikian lah hakikatnya.

"Selepas semua ini tamat. Kau dan Luna perlu ajar aku bahasa elf. ." Ujar Laila, teruja.

"Dengan senang hati tuanku." Arata tersenyum.

Begitu tinggi adab dan penghormatan mereka terhadap pemerintah, walaupun berlainan kerajaan. Tetapi tidak sampai melutut atau benar-benar sujud menyembah. Hanya menundukkan kepala dan mengangkat sembah sebagai tanda hormat.

Laila diiringi Arata, dan sursis berada di hadapan. Mereka memasuki sebuah bilik yang terletak di bawah tanah. Laila dapat melihat tangga untuk ke bawah, apabila kaki mereka menyentuh anak tangga pertama, obor yang tergantung pada dinding hidup dengan sendirinya. Laila seorang sahaja yang terkejut. Nampaknya Arata pernah menjejakkan kaki di sini. Kerana dia tidak mempamerkan riak terkejut langsung.

Pandora (Ongoing)Where stories live. Discover now