Raja kieran melihat dari anjung istananya ke arah hutan Yang merupakan kawasan kerajaan euthoria. Sebuah pohon besar menjulang tinggi ialah istana permaisuri euthoria. Raja itu menyatukan kedua belah tangannya ke belakang.
Seorang pemuda berpakaian serba hijau, setia melutut dengan sebelah kakinya. Menunggu arahan daripada rajanya itu. Kepalanya dilindungi oleh kain yang bersambung dengan baju. Wajah pemuda itu ditutupi kain bewarna hijau gelap. Hanya memperlihatkan mata dan separuh dari kepalanya.
"Kaiser. Engkau tahu apa misi kau kalini?" Raja kieran bertanya.
"Tahu tuanku." Jawab pemuda bernama kaiser itu.
"Bagus. Jangan sampai tertangkap" pesan raja kieran, tegas.
Kaiser mengangguk sebelum mengundurkan diri, beredar dari anjung istana itu.
Raja kieran tersenyum sinis. Apa yang berlaku di kerajaan euthoria, akan dia ketahui tak lama lagi.
__
Laila melihat cermin dengan riak kosong. Tubuh yang berada di dalam cermin, berpakaian seperti pahlawan elf yang lain. Cuma beza pakaian yang ini kelihatan lebih mewah berbanding baju lain.
Laila pejamkan mata. Helaan nafas dilepaskan.
Bahunya terasa seperti disentuh seseorang. Gadis itu menoleh.
Luna. Ketua tentera euthoria memberikan segaris senyuman kepada laila. Dia tahu gadis manusia itu sedang susah hati. Laila diminta mempelajari ilmu seni mempertahankan diri, atau lebih kepada dipaksa untuk pelajari ilmu itu. Atas arahan permaisuri virago, motifnya supaya bakal permaisuri pandora itu sedikit sebanyak mampu melindungi diri daripada sebarang bahaya.
Keluhan berat dilepaskan.
"Saya tak nak buat semua ni luna." ujarnya dengan wajah yang sayu. Kemudian gadis itu melangkah menuju ke katil lalu duduk.
Luna tersenyum nipis. Dia mengekori laila lalu duduk di sebelahnya. Dia memegang tangan gadis itu seraya melihat tepat ke anak matanya.
"Tiada siapa yang paksa tuanku untuk buat semua ni. Di sini, tuanku paling berkuasa. Tuanku berkuasa untuk membantah arahan permaisuri virago, kerana tuanku ialah permaisuri pandora. Tetapi tuanku perlu ingat, bila musuh dapat tahu bahawa tuanku ada di sini bersama batu amethyst, mereka takkan berdiam diri. Apa tuanku fikir raja kieran yang kejam itu ingin biarkan tuanku merampas kembali kedudukannya? Takkan pernah sesekali dia biarkan. Berlaku pertumpahan darah sekalipun, raja kejam itu takkan berhenti." Nyata luna dalam nada Yang lembut.
Laila terdiam seketika.
"Tentera euthoria kan ada. Awak kan ada luna."
Luna tertawa sinis seraya menggelengkan kepala.
"Tentera raja kieran, adalah tentera terkuat. Kami boleh lindungi tuanku daripada mereka, cuma perkara itu takkan bertahan lama." terang gadis elf itu, membuatkan laila terdiam sekali lagi.
Luna mengusap lembut bahu laila. Senyuman seikhlas hati diberikan.
"Tuanku percayalah, batu amethyst tak pernah silap dalam menentukan pemerintah pandora. Kita Yang silap kerana tidak mempercayai pilihannya."
Ucapan permaisuri virago, sedikit sebanyak mengubah persepsinya terhadap gadis manusia itu. Kini, dia lebih percaya akan kebolehan yang ada pada diri laila. Cuma gadis itu perlukan masa untuk menonjolkan bakat terpendamnya.
Sebelum luna beredar meninggalkan laila yang masih duduk di atas katil. Sempat dia mengucapkan sesuatu.
"As que la empresz" bahasa elf yang bermaksud,
YOU ARE READING
Pandora (Ongoing)
Фэнтези-Sebuah karya yang dicipta oleh seorang dean. Berilah ia peluang untuk membuatkan dirimu ketagih dengan karyanya- Start-[24.5.2021] End -[SOON. ]