Bab5:Ikran permaisuri III

115 45 6
                                    

Mesyuarat mendadak diadakan di dewan mesyuarat istana pandora. Sebuah meja panjang terletak di tengah dewan. Para pembesar kerajaan parados dan kerajaan pandora memenuhi kerusi yang kosong. Sementara menunggu ketibaan yang mulia, mereka mulai membuat andaian bahawa kedatangan manusia di dunia pandora akan meletuskan bala bencana.

"Benarkah khabar berita yang mengatakan manusia telah menceroboh pandora?" Soal salah seorang pembesar dari kerajaan parados.

"Mustahil! Jambatan hudud satu satunya laluan yang menghubungkan dua dunia. Jambatan itu sudah musnah. Bagaimana manusia boleh memasuki dunia kita?"

"Mustahil? Kalau begitu, mengapa kita semua dipanggil berkumpul di dewan ini? Untuk bersuka ria? "

Persoalan demi persoalan dilontarkan oleh pembesar dari dua kerajaan. Ramalan vates diraja mula diungkit.

"Seorang manusia akan memerintah seluruh Pandora"

Kata kata vates diraja pada suatu ketika dahulu, mulai menjadi kenyataan. Wajah wajah kerisauan bercampur ketakutan para pembesar, tidak dapat disembunyikan lagi. Kini, semua diam mengunci mulut apabila raja Kieran memasuki dewan itu.

Dia kemudian duduk di kerusi mewah di bahagian depan sekali. Mata mata pembesar terarah pada raja kieran dengan wajah resah dan gelisah.

Raja itu mengeluh perlahan.

"Kamu semua boleh bawak bertenang tak. Ya, apa yang dikhabarkan oleh kaiser, pengintip kerajaanku itu benar belaka. Tapi.."

Kata kata raja itu dipotong oleh salah seorang pembesar kerajaan pandora.

"Benar belaka? Apakah agenda tuanku kalini. Tuanku perlu ingat siapa yang bantu tuanku merampas kuasa pemerintah kerajaan Pandora!" Jelas kelihatan amarah pembesar itu. Kata katanya disusuli dengan anggukan pembesar lain dari kerajaan pandora. Mereka terasa seperti dikhianati, janji janji manis dari raja kieran yang mengatakan kedudukan mereka di kerajaan itu akan selamat, mulai goyah.

Mungkin ini ialah karma. Karma atas apa yang mereka lakukan terhadap permaisuri ilya. Bagaimana mereka merancang untuk menjatuhkan permaisuri itu dengan membantu raja kieran merampas tahkta.

Perasaan menyesal mulai bertenggek di hati. Tapi semua itu sudah terlambat. Kemunculan manusia, menandakan masa mereka semakin hampir.

"Duduk!" tempik raja kieran. Wajahnya kemerahan. Amarahnya tidak dapat dibendung lagi. Dia orang pertama yang mendengar khabar tentang manusia durjana itu. Hatinya mulai dilanda ketakutan dan keresahan. Lama dia berfikir sebelum datang ke dewan mensyuarat. Tidak mungkin dia datang menghadap para pembesar yang gilakan kuasa dan duit itu tanpa sebarang idea. Tidak sesekali. Nama baiknya sebagai raja perlu dijaga.

Pembesar itu akur seraya mendengus kasar. Langsung tidak menunjukkan rasa hormat pada pemerintah yang disanjungnya dulu.

"Kita boleh ubah ramalam itu. Menggunakan kekerasan." nyata raja kieran.

"Sekarang manusia itu berada di kerajaan euthoria bukan? Kita perlu tarik mereka keluar dari kerajaan euthoria. Mungkin benar ramalan vates diraja. Batu amethyst, mungkin bersama manusia itu. Kita perlu bertindak dengan segera sebelum hari upacara fatum amethyst tiba." Terang raja kieran. Mengembalikan kepercayaan pembesar pembesar dari kerajaan pandora.

Mensyuarat diakhiri dengan rancangan licik raja kieran dan para pembesar dari dua kerajaan itu. Raja kieran bangun dari kedudukan, disusuli para pembesar seraya menunduk hormat sebelum raja itu keluar dari dewan mesyuarat.

Pandora (Ongoing)Where stories live. Discover now