Bab11:Menuju Kematian

106 32 27
                                    

Seminggu berlalu begitu pantas, pemerintah euthoria dan pengikutnya sudah kembali ke kerajaan mereka. Luna begitu keberatan mahu meninggalkan permaisuri pandora merangkap rakannya itu, namun dia terpaksa menerima perpisahan sementara ini kerana euthoria lebih memerlukan mereka demi mengekalkan keselamatan kerajaan tersebut. Lagipun Laila tidak keseorangan, penasihat utama ada bagi melindungi gadis itu, tambahan pula Laila mempunyai kemahiran berlawan yang sangat ampuh.

"Tuanku, mari kita berangkat ke dewan mesyuarat. Para pembesar sedang menunggu kehadiran tuanku." Ujar Sawyer, penasihat utama itu berdiri di hadapan pemerintah pandora, cumanya mereka dipisahkan oleh tangga.

"Sawyer, benarkah jalan yang telah aku pilih ini. Bagaimana jika rancangan kita gagal?" Soal Laila, gadis itu kelihatan gelisah. Bermundar mandir di hadapan singgahsananya.

Sawyer diam seketika.

"Tuanku, kadangkala kita perlu mengambil risiko demi mencapai suatu kejayaan. Kemenangan bukanlah segala-galanya, kemahuan untuk menang adalah segalanya." nyata Sawyer, matanya redup memandang permaisuri Laila. Dia faham akan rasa yang menghimpit jiwa gadis itu, takut akan kekalahan. Perkara tersebut bukanlah tidak wajar, normal untuk rasa itu wujud dalam diri seseorang. Namun jika gagal dikawal, perasaan itu akan memudaratkan diri sendiri.

Lambat lambat Laila mengukir senyuman. Berat baginya untuk menanggung beban tersebut, pada usia muda pulak tu. Manusia lain tertekan menimba ilmu atau kerja, dia tertekan dalam memerintah sebuah kerajaan, nasib baik sebuah, jika tiga buah? Tak ke naya.

Sawyer mamaniskan roman wajah. Menyalurkan semangat dalam diri pemerintahnya.

Laila terhenti sesaat, wajah Sawyer sedikit sebanyak meniup rasa tenang dalam jiwa. Kepintaran lelaki itu dalam membantu dia menguruskan hal kerajaan, mempamerkan sisi kepimpinan dalam diri penasihat utama tersebut. Dalam tidak sedar, wujud perasaan kagum terhadap lelaki yang bernama Sawyer, bukan sahaja kacak, malah bijaksana. Dia cuma risau esok hari, hatinya telah hilang dicuri jejaka tersebut.

Segera gadis itu menggeleng laju. Bukan masa untuk menyulam perasaan cinta. Ada misi yang lebih penting sedang menunggu dirinya.

"Sawyer, ayuh kita berangkat ke dewan mesyuarat."

Sawyer tersenyum.

"Ayuh!"

__

"Jadi.. Apa perkara yang tuanku ingin umumkan itu? Nampak gaya macam penting benar." Soal Lestari, ramah melontarkan pertanyaan. Lelaki tua itu terkenal dengan sifat peramahnya, mudah diajak berbual dan jarang beriak serius. Namun begitu, disebalik sifat yang tampak riang ria, kelicikannya juga setanding dengan Kastur.

"Sebelum beta umumkan perkara ini, beta harap kamu semua dapat terima dengan hati yang terbuka. Tiada siapa boleh membantah keputusan yang telah beta putuskan." Laila menyerakkan pandangan ke wajah wajah para pembesar pandora.

Kemudian dia menoleh ke arah Sawyer.

Penasihat utama itu mengangguk.

Laila menarik nafas dalam dan panjang. Mengumpul kekuatan di dalam diri.

"Beta akan mencemar duli ke istana parados, bersama beberapa orang tentera. Sewaktu ketiadaan beta, penasihat utama akan mengambil alih pemerintahan buat sementara waktu."

Kastur dan Lestari saling bertukar pandangan. Kata kata jejaka misteri mula terngiang-ngiang dalam ruang kepala. Ternyata benar belaka apa yang jejaka itu katakan, jadi rancangan mereka akan berjalan dengan lancar. Dalam diam, Kastur menyimpul senyuman sinis. Begitu juga Lestari. Cahaya kemenangan mula kelihatan, melambai lambai memanggil mereka. Keinginan untuk menghapuskan permaisuri Laila semakin membuak-buak.

Pandora (Ongoing)Where stories live. Discover now