Bab1:amethyst menyerumu

308 88 12
                                    

Keringat mengalir melalui celahan hidung gadis berambut hitam gelap yang sedang duduk di atas batu sambil meneguk air dek kehausan. Mana tidaknya, hampir sejam dia berjalan tanpa henti. Ikutkan mahu saja dia teruskan perjalanannya, lagi sepuluh minit berjalan, sampai lah mereka ke destinasi. Tetapi atas permintaan dua orang rakannya, terpaksalah mereka berhenti seketika untuk mengumpul tenaga.

Ditengah² hutan istimewa.

Lokasi itu menjadi tempat laila si gadis berambut hitam gelap, melepaskan stress. Sewaktu dia kecil, hampir setiap hari gadis itu dibawa oleh bondanya ke tengah hutan itu. Bermain dengan rama-rama yang tidak pernah jemu melayan dirinya sewaktu dia kecil. Tapi selepas saja bondanya melepaskan nafas terakhir disebabkan kanser, dia tidak pernah melawat tempat itu. Sehinggalah umur meningkat ke 13 tahun, barulah dia mempunyai keberanian untuk pergi ke tempat itu seorang diri.

Perasaan yang tidak boleh diluahkan dengan kata kata. Perasaan apabila dikelilingi oleh alam semula jadi, tiada bunyi kenderaan, udara yang segar, suasana yang tenang membuatkan dirinya ketagih dengan perkara tersebut.

Hari ini, dia membawa rakannya ke tempat istimewa itu. Tambahan pula dua orang rakannya itu suka akan tempat seperti ini.

"Macam mana agaknya rupa tempat tu, sampaikan kawan aku ni setiap hari nak ke hutan." bicara sabrina. Dia mencucuk pinggang Laila dengan jari telunjuknya.

Laila ketawa kecil "macam mana? Kau tengoklah sendiri nanti, jangan tiba tiba tak nak balik pulak ya" sakat Laila. Diikuti dengan gelak tawa rakannya itu.

"Tapi aku peliklah, selama kau pergi hutan sorang sorang. Tak takut ke? Mau diculik bunian" kata rakannya yang membisu sejak tadi.

Gadis berkulit putih yang sedang minum air itu hampir saja tersedak. Kerutan di dahinya jelas terpapar.

"Bunian?" laila ketawa kecil

Sabrina dan rakannya yang bertanyakan soalan tadi memandang satu sama lain.

"Okay okay macam ni lah, aku percaya bunian tu ada. Tapi, aku tak rasa benda tu berminat nak culik aku. for what dia nak culik aku, nak jadikan permaisuri? Nonsense.."

Laila meluahkan apa yang dia rasa selama dia meneroka hutan itu, bunian? Makhluk itu ada, tapi dia tak merasakan dirinya layak untuk diculik. Dia pernah terdengar ada seorang ustaz di sekolahnya sewaktu dia berada di tingkatan 5, tahun lepas. Mengatakan bahawa, orang bunian hanya tertarik pada manusia yang baik dan beriman kepada Allah. Jadi disebabkan dirinya bukanlah orang yang terlalu baik dan tidak juga terlalu beriman, maka gadis itu tidak gentar meneroka alam yang kebanyakkannya dihuni oleh makhluk ghaib.

Sabrina dan afifah mengangguk setuju.

"Make sense jugak apa yang kau cakap.. Engkau nak jadi permaisuri dunia bunian? Lambat lagi" kata sabrina. Suka mengusik rakannya itu.

"Tapikan weh aku ada baca satu artikel ni, tajuk artikel tu pari pari atau bunian akan menegur manusia sekiranya dia mahu membawa manusia itu ke dunia mereka." bidas afifah, tidak mahu kalah dengan nafian rakannya Laila.

Mulut Sabrina sejak tadi ternganga luas, terkejut dengan apa yang dikatakan rakannya sebentar tadi.

Laila diam membisu, tidak pulak gadis itu menyangkal kata kata afifah.

Jujur di sudut hatinya, selama dia menghabiskan masanya di hutan itu, pernah beberapa kali telinganya menangkap suara seakan seseorang memanggil namanya. Tetapi bila dia mencari di mana datang suara itu, hilang. Hanya tinggal bunyi pokok bergeseran antara satu sama lain.

Bukan itu saja, dia pernah terdengar bunyi muzik. Muzik yang bukan datang dari dunia realiti. Tetapi entah kenapa, perkara itu tidak menimbulkan rasa seram dalam diri. Malah, gadis itu semakin mencari dimana datangnya bunyi bunyian tersebut.

Pandora (Ongoing)Where stories live. Discover now