Rambutnya dibiarkan panjang hingga mencecah bahu. Diikat kemas membentuk ekor kuda. Potongan tubuhnya ramping dan lasak, nampak gagah dan bergaya. Mungkin Sawyer tidak sehebat lawannya dari segi kepahlawanan, tetapi dia sangat mengambil berat tugasnya sebagai penasihat utama. Walaupun ini diluar bidangnya sebagai penasihat, namun hal itu tidak menghalang dia untuk berjasa demi Pandora. Demi insan yang dia sayangi serta, gadis yang dia cintai.
"Kau tahu bahawa kita tidak mempunyai pilihan lain." ucapan Sawyer memotong perasaan Laila.
Mereka kini kembali berkumpul dalam khemah khas, setelah pulangnya Ryuken dari rundingan bersama pihak lawan.
"Aku ucapkan kebenaran ini tanpa perasaan megah. Aku adalah pahlawan terbaik Pandora dan Ryuken kedua. Biarkan aku menerima cabaran seteru, nescaya aku mampu menghulur masa dengan lebih lama."
Laila dan lain-lain tidak membalas.
Sawyer mengetahuinya. Namun dia memahami perasaan gadis manusia itu, dan menyerahkan keputusan tersebut kepadanya. Perbincangan ini seperti tanpa suara, hanya dalam jelingan, tetapi Sawyer tahu bahawa Laila akan akur kepada kehendaknya. Kerana Permaisuri itu juga semestinya fikirkan tentang keselamatan Pandora dan rakyatnya.
Laila melangkah kepada sawyer. Kemudian dia memandang wajah jejaka itu bulat-bulat buat detik yang panjang. Menyahkan rasa malu. Buat kali pertama, gadis itu merasakan dia akan kehilangan. Walhal pertarungan belum berlangsung.
Aku tidak boleh kehilangan kau, Sawyer. Bicara Laila dalam hati.
"Apakah tiada pahlawan lain?" Soalan itu ditujukan kepada mereka yang berada dalan khemah tersebut, namun renungannya tetap pada wajah Sawyer.
"Tidak." Sahut Ryuken, berterus terang. "Hanya Sawyer paling layak."
Laila ingin mengatakan kepada Sawyer. Jangan tinggalkan aku. Aku perlukanan kau, sentiasa disisiku.
Jangan melangkah ke medan perang.
Jangan menyeberang ke lapangan maut itu.
Namun ucapan itu mustahil. Dia adalah pemerintah dunia, permaisuri kerajaan Pandora. Kesejahteraan dunia dan rakyat lebih utama daripada segala-galanya. Meskipun hati gadis itu seperti dhiris sembilu, meskipun terpaksa menanggung seribu penderitaan, dia akan tetap menunaikan tanggungjawabnya. Batu amethyst telah memilihnya, mustahil dia sanggup mengkhianati semangat itu.
Demikian pendirian permaisuri Laila.
"Jika demikian, berjuanglah dengan izinku." Kata laila kepada pahlawan itu. Menyembunyikan tangisan di hati.
Laungan yang datang dari seberang menarik Sawyer kembali ke realiti. Menghadap seteru yang disanjung tinggi oleh pihak lawan.
Raven, marshal utama Parados menjadi lawannya. Musuh sedang menyeringai, genggaman pada hulu pedang dieratkan. Seperti tidak sabar sabar hendak merodok jantungnya.
"Menyerah untuk hidup." Kata raven, suaranya lantang menyeberangi lapangan sengketa. "Melawan maka hancur."
Pahlawan musuh itu berdiri angkuh dihadapan barisan perisai Pandora. Jarak antara kedudukan mereka kira kira empat puluh langkah. Dia mendahului barisan bala tenteranya, dikirim sebagai wakil tempur satu lawan satu.
Tindakan itu sudah diatur oleh Adron sebelum pertempuran itu berlangsung.
"Mengapa Raven Tuanku?" Soal Gidayu. Tidak berpuas hati kerana dirinya tidak dipilih oleh maharaja Adron. Sedangkan baginya Sawyer tidak lebih kurang seperti seekor kambing, dia pula seekor gajah.
![](https://img.wattpad.com/cover/270604365-288-k36823.jpg)
YOU ARE READING
Pandora (Ongoing)
Fantasy-Sebuah karya yang dicipta oleh seorang dean. Berilah ia peluang untuk membuatkan dirimu ketagih dengan karyanya- Start-[24.5.2021] End -[SOON. ]