Bab3:Ikran permaisuri I

159 57 20
                                    

"Batu amethyst memilihmu laila"

"Rakyat di kerajaan Pandora sedang tersiksa"

"Hanya kamu harapan mereka"

Laila menekup wajahnya menggunakan bantal. Kata kata permaisuri virago bermain di kepala gadis itu menyebabkan dia sukar untuk melelapkan mata.

Selepas perbualan mereka petang hari tadi, permaisuri virago mengarahkan beberapa orang dayang untuk bawa laila ke biliknya. Memandangkan gadis itu masih lagi sukar untuk percaya akan semua perkara yang berlaku padanya hari ini, dia diminta untuk berehat sehingga matahari terbit.

Laila duduk bersila, dia membuang pandangan ke arah tingkap biliknya yang terbuka, sebuah istana yang nampak kecil dari tempatnya. Istana itu tidak dapat diterangkan cantiknya. Itulah istana kerajaan pandora.

Gadis itu mengeluh perlahan.

Dia memegang kalung yang ditengahnya terdapat batu amethyst. Permaisuri virago Yang meletakkannya, supaya tidak hilang atau dicuri.

"Macam mana lah batu ni boleh terfikir nak pilih aku. Haih.. Jadi ketua kelas kat sekolah dulu pun tahan dua hari je. Ini kan pula, nak jadi permaisuri." Laila bermonolog sendirian.

Tiba tiba, batu amethyst bercahaya.

Laila terkedu, serta merta ingatannya sewaktu kecil datang menerjah.

"Bonda! Hahahahahaha. Kejar Rama Rama tu!" Nyaring suara seorang budak perempuan memenuhi hutan itu. Wajahnya persis wajah laila.

Laila memegang kepalanya, mata terpejam kuat.

"Esok laila datang main lagi. Baibai!"

"Mama esok kita datang lagi kan? "

"Ya sayang esok kita datang lagi."

"Bai bai hutan!"

Cahaya tadi hilang. Laila tergamam sebentar. Ingatannya tadi samar samar, tapi masih lagi boleh lihat dirinya sewaktu kecil bersama bonda bermain di hutan istimewa itu.

Gadis itu tersenyum.

"Jadi, sebabtu lah kau pilih aku." Katanya sambil mengusap batu amethyst.

Laila seakan sudah mengerti, dia dan batu itu seperti boleh berhubung antara satu sama lain.

Tetapi persoalannya, mampukah gadis itu memikul tanggungjawab yang besar. Mampukah gadis manusia itu mengembalikan keamanan kepada dunia pandora.

__

Ketika matahari sedang terbit di sebelah timur, ketika penghuni pohon euthoria baru saja bangun dari tidunya. 3 makhluk pandora di dalam sebuah bilik, sibuk membincangkan sesuatu.

Di atas sebuah meja kayu, terbentang luas peta yang terukir cantik 3 buah istana. Pokok-pokok serta gunung-ganang menghiasi peta itu. Peta tersebut adalah peta pandora.

"Ada tanda tanda yang menunjukkan raja kieran dapat mengesan kembalinya batu amethyst?" Soal permaisuri virago tegas.

Luna pantas menggeleng.
"Tiada tuanku, elf yang menjaga sempadan mengatakan tiada apa apa pergerakan yang mencurigakan di sempadan euthoria dan kerajaan pandora."

Permaisuri itu mengangguk faham.

"Arata, bagaimana keadaan di kerajaan pandora?" soalnya lagi.

Pandora (Ongoing)Where stories live. Discover now