Bunyi derapan kuda menghiasi suasana di hutan belantara nan menghijau itu. Pancaran sinar mentari yang terselit di celahan dedaunan menyapa tubuh seorang tentera berzirah silver. Lambang kerajaan pandora jelas terpampang di bahu kiri tentera tersebut. Sesekali tali kekang yang diperbuat daripada kulit, dilibasnya beberapa kali dengan tujuan menambahkan kelajuan kuda yang ditunggang. Tanpa rehat, tentera tersebut meneruskan perjalanannya menuju ke istana euthoria. Ada pesanan penting yang wajib dia sampaikan, agar rancangan mereka berjalan dengan jayanya.
Sementara itu di istana Euthoria, berdiri seorang pemerintah bersama sama dua pahlawan kerajaan tersebut. Mereka mengelilingi sebuah meja kayu berbentuk bulat. Pada bahagian tepi meja tersebut, terukir sebuah ayat berbahasakan bangsa mereka, iaitu bahasa elf.
Di atas meja pula, terbentang sebuah hamparan peta dunia pandora di mana mereka lebih menumpukan perhatian kepada wilayah parados. Berbeza dengan euthoria, kerajaan parados terletak di atas puncak bukit, kerajaan tersebut dikelilingi dengan belantara tebal. Cumanya ada perbezaan pada pohon-pohon di wilayah tersebut. Jikalau euthoria dikelilingi pohon bersaiz besar dan tingginya luar biasa, wilayah parados pula dikelilingi pohon bersaiz sedang dengan ketinggian yang normal.
"Bersiap sedia di sini terlebih dahulu, sementara menunggu masa yang tepat. Ingat! Silap langkah, ada nyawa yang bakal terbang" ujar permaisuri Virago sambil jari telunjuknya mendarat pada bahagian peta yang dibulatkan.
Luna dan Arata mengangguk serentak.
Untuk menyelamatkan satu nyawa, mereka perlu membawa seekor ikran dengan kelajuan yang luar biasa.
Permaisuri Laila pernah mencadangkan seekor ikran ketika mereka masih berada di istana pandora.
"Hydra? Semestinya ikran permaisuri mempunyai kelajuan yang luar biasa jika dibandingkan dengan ikran biasa" nyata Laila. Ada sinar di mata gadis itu.
Sawyer mengangguk setuju. Dia juga ada membaca tentang makhluk purba yang masih wujud lagi di dunia ini, cumanya bilangan mereka tidak sebesar zaman zaman dahulu. Diambang kepupusan mungkin.
"Benar, hydra memiliki kepantasan luar biasa. Yang menjadi masalah sekarang ini, mahukah dia ditunggang oleh tentera kami?" soalan yang dilontarkan Arata menjemput kesunyian antara mereka. Masing masing terdiam tidak bersuara.
"Mungkin kita boleh tanya penjaga ikran. Dia mesti lebih arif tentang ikran di euthoria. Belum cuba belum tahu kan?" kata Luna. Ingin mengurangkan kegusaran di hati mereka, kendatipun gadis itu sendiri tidak yakin bahawa adanya ikran yang kelajuannya setanding dengan ikran permaisuri.
"Tuanku!"
Kehadiran pengawal istana menarik mereka kembali ke realiti.
Di belakang pengawal tersebut berdiri seorang tentera. Lambang kebesaran pandora yang terpapar di bahu kiri tentera tersebut menjelaskan tujuan ia kemari.
Seketika, Arata dan Luna memandang pemerintah mereka.
"Masanya telah tiba wahai pahlawan pahlawanku. Bersedialah dengan segala kemungkinan. Pastikan permaisuri Laila pulang dengan selamat" pesan permaisuri Virago. Wajah Luna dan Arata ditatap penuh harapan.
"Semoga kejayaan berpihak pada kita"
__
Di perkarangan istana euthoria, terdapat beberapa ekor ikran telah lengkap dengan segala peralatan di tubuhnya. Hanya tinggal pelana yang kekosongan, menunggu penunggangnya.
Penjaga ikran berdiri di sisi ikran ikran berkenaan, dia tersenyum nipis menanti pahlawan pahlawan euthoria.
"Bagaimana?" soal Arata sebaik sahaja menghampiri lelaki itu yang sekitar sedepa di hadapannya.
![](https://img.wattpad.com/cover/270604365-288-k36823.jpg)
YOU ARE READING
Pandora (Ongoing)
Fantasy-Sebuah karya yang dicipta oleh seorang dean. Berilah ia peluang untuk membuatkan dirimu ketagih dengan karyanya- Start-[24.5.2021] End -[SOON. ]