Matahari kelihatan perlahan-lahan pergi meninggalkan beribu pahlawan yang garang beraksi, mempamerkan kehebatan serta keberanian demi pertahankan kerajaan yang disayangi. Petang itu dihiasi dengan percikkan darah di merata-rata tempat. Kepala meninggalkan jasad bersepah di atas buana. Pun begitu, pahlawan Pandora masih gagah menghayun pedang dikala senja semakin menghampiri mereka. Kebanyakkan daripada mereka kepenatan dek menggunakan tenaga sejak pagi tadi. Seteru bagaikan tiada habisnya. Seorang mati, mara seorang lagi. Membawa dendam yang tiada pengakhirannya.
Di atas benteng, berdiri dua pahlawan berpakaian perang serba lengkap. Seorang sedang menebarkan pandangan ke serata medan perang. Melihat rakan seperjuangan menikam pedang ke jantung musuh. Ikutkan kehendak hati, mahu saja dia turun menyertai mereka mempertahankan kerajaan ini. Namun dia perlu mengikuti rancangan yang telah disusun oleh mereka, tulang belakang kerajaan Pandora.
Di barisan pertahan sayap kiri huru hara dengan kemaraan dan keganasan seteru berbadan gempal. Bumi tempat mereka berpijak bergegar hebat. Askar yang berada di kawasan tersebut terkejut dan spontan menghunus pedang dan tombak mereka. Bagi yang berperisai, terus mengangkat perisai masing-masing. Lindungi diri daripada serangan marshal kematian yang tiba tiba muncul. Senjata yang digunakan sama besar dengan tubuhnya yang gempal, berduri tajam dan dihiasi cecair merah yang masih segar.
"Elak!" Pemimpin pertahanan sayap kiri melaung dan dia pertama sekali melompat, mengelak serangan maut musuh.
"HAHAHAHAAHA. Mati! Mati!" Gidayu Melibas-libas senjata gergasinya ke kiri dan kanan. Sekali gus mencabut nyawa askar di sekelilingnya, tidak kira askar pandora atau askar Parados. Sesiapa sahaja yang menghalang laluannya, kematian bakal menjemput mereka. Hanya separuh daripada mereka yang pantas bertindak. Separuh yang lain, jatuh menghempap tanah dengan jasad yang tidak bernyawa. Raungan memenuhi suasana. Kemunculan Gidayu memaksa askar Pandora yang lain menuju ke arahnya, yang mana tindakan itu suatu keputusan yang sia sia.
Datang untuk mati.
Namun, belum sempat dia bertindak lebih lanjut, di belakangnya muncul satu susuk tubuh berpakaian serba hijau dengan 2 bilah pedang yang terdapat ukiran bahasa elf. Pahlawan itu adalah seorang wanita, melompat dari arah belakang dengan penuh bergaya, menusuk belakang tubuh Gidayu yang terdedah. Gadis tersebut tersenyum sinis.
Langkah gidayu terhenti. Askar di sekelilingnya mengambil peluang ini untuk menjauhkan diri dari marshal kematian. Menyerahkan segalanya kepada Luna, pahlawan wanita yang paling digeruni di Euthoria. Gidayu yang disangka telah mati akibat serangan tadi, menghayun senjata ke arah Luna yang sedang bertenggek di bahunya.
Mata Luna terbelalak. Dengan kelajuan angin dia melompat kebelakang, jatuh terseret ke tanah dengan penuh bergaya. Mujur dia menyedari serangan mendadak tadi. sangkanya seteru sudah mati, malang sekali tidak. Luna mnyeringai, membalas renungan garang Gidayu.
"Celaka! kau fikir dengan serangan lemah tadi boleh bunuh aku?" Gidayu melangkah kehadapan. "HAHAHAHA kau silap Luna dari Euthoria. Aku akan tunjukkan kau serangan maut yang sebenar. Mati!" Marshal kematian mara dengan garang. Hentakan kakinya menggegarkan tanah di kawasan mereka berpijak. Luna kekal tenang, dia masih dalam posisinya. Askar-askar yang lain tidak berani masuk campur, kerana mereka tahu ini perlawanan antara panglima dan panglima.
Gidayu bukanlah pahlawan picisan yang boleh ditumbangkan begitu sahaja. Senjata gergasinya sahaja boleh membunuh berbelas askar hanya dengan satu pukulan. Aku harus teliti dengan setiap langkah, silap sedikit sahaja maka kematian bakal menjemputku. Namun dia juga tidak boleh memandang rendah terhadapku, kerana saiz badan bukanlah ukuran kemenangan. Pengalaman, kehandalan,kekuatan dan yang paling utama sekali ialah ketenangan. Mereka adalah kunci sebuah kemenangan. Maka gidayu, bersiap sedialah, kerana kau sedang menghadapi pahlawan Euthoria yang dilatih dengan unsur ketenangan dan fokus yang luar biasa. Luna berkata sendiri.
YOU ARE READING
Pandora (Ongoing)
Fantasy-Sebuah karya yang dicipta oleh seorang dean. Berilah ia peluang untuk membuatkan dirimu ketagih dengan karyanya- Start-[24.5.2021] End -[SOON. ]