Gadis berambut hitam terbaring di dalam penjara kecil yang diangkut oleh beberapa makhluk yang berbadan seperti pokok. Atau lebih tepat lagi dipanggil tane mahuta. Raja hutan yang menjaga keharmonian alam di kawasan hutan pandora.
Di disisi tane mahuta dijaga oleh makhluk yang bernama elf. Makhluk yang menembak sleep arrow pada leher laila memaksa gadis itu untuk tidur.
Ketua elf yang mengetuai rombongan berada di barisan paling hadapan, manakala di bahagian atas terdapat beberapa ahli elf perempuan yang berjalan di atas dahan pokok. Mereka memegang busur di tangan sambil mata memerhati keadaan sekeliling.
Dahi laila membentuk kerutan, tangannya mengurut perlahan dahi yang terasa pening dan berat. Pandangan matanya kabur sebelum perlahan lahan kembali jelas.
Gadis itu duduk dengan keadaan mata yang mamai sebelum tiba tiba terkejut. Mulutnya ternganga. Dia mengesot ke tengah² penjara kecil berteraskan kayu itu.
Beberapa elf lelaki perasan akan tindakan laila, mata mereka bertembung. Lalu elf itu menundukkan kepala sambil mengatakan sesuatu yang tidak dapat didengari gadis itu.
Laila yang tampak panik cuba menenangkan diri, jerit meminta tolong tiada guna. Dia sedar bahawa dirinya di alam lain. Atau lebih tepat lagi, alam bunian.
Masin betul mulut kau sabrina! Gertak hati gadis malang itu.
Mungkin ini mimpi! Teka gadis itu.
Dia mencubit lengannya sekuat hati.
"AHHHHH!"
Jeritan laila bergema kuat di hutan itu. Terus saja dia rehatkan tubuh. Lengan yang bewarna merah dek kesan cubitan tadi diusapnya lembut.
"Bukan mimpi.." katanya sayu.
Tane mahuta dan para elf tidak mengendahkan gadis itu. Mereka meneruskan perjalanan menuju ke suatu tempat.
Laila bingkas bangun, telinganya terdengar bunyi keramaian.
Gadis itu terkesima. Dia mendongak melihat pokok yang tinggi dan bersaiz besar berdiri megah di hadapan matanya. Di dahan pokok tersebut, berdiri beberapa makhluk yang serupa dengan makhluk yang mengetuai rombongan ini.
Sampai saja di depan pokok itu, para tane mahuta meletakkan penjara kecil di tanah, lalu mereka menjarakkan diri, memberi laluan kepada dua orang elf.
Seorang lelaki dan seorang perempuan.
Pintu penjara dibuka, laila masih berdiri di tengah² penjara. Dia setia menggengam batu permata itu.
Elf perempuan itu mengukir senyuman. Pertama kali dia melihat makhluk itu tersenyum. Kerana selama perjalanan mereka tadi, masing masing tidak menunjukkan sebarang reaksi.
"Tuanku, selamat datang ke euthoria." Kata makhluk itu sambil tangannya menghala ke arah pohon besar di hadapan kami.
Laila perlahan-lahan keluar dari penjara kecil, dia melihat sendiri dengan mata dan kepalanya. Pohon besar dan tinggi berdiri megah. Gadis itu seperti tidak percaya dengan apa yang dia lihat.
Kedengaran bunyi aneh dari arah atas. Sekumpulan makhluk yang berupa seperti naga, ditunggang oleh elf menuju ke sarang naga yang terletak di dahan dahan euthoria.
Laila kagum. Dia ketawa kecil. Tak sangka wujud tempat seperti ini!
"Tuanku, nama patik ialah luna. Patik diarahkan oleh permaisuri virago untuk membawa tuanku menghadapnya. Jika tuanku tidak keberatan, mari patik bawa tuanku." kata gadis elf itu.
Dahi laila berkerut. "Tuanku? Kenapa awak panggil saya tuanku? Saya orang biasa jelah" kata laila.
"Siapa permaisuri virago? Dan kenapa dia nak jumpa saya? Kawan awak ni dahla tembak leher saya, culik saya pulak tu." bidas laila, berani. Dia memandang tajam pemuda elf tersebut.
YOU ARE READING
Pandora (Ongoing)
Fantasi-Sebuah karya yang dicipta oleh seorang dean. Berilah ia peluang untuk membuatkan dirimu ketagih dengan karyanya- Start-[24.5.2021] End -[SOON. ]