Bab18:Cinta

52 17 4
                                    

Rundingan adalah perkara biasa yang dilaksanakan sebelum berlangsungnya perang diantara dua kerajaan. Hal ini bertujuan untuk mengelakkan jatuhnya darah yang kotor dan jijik di tanah Pandora. Mengapa ia dipanggil begitu? Kerana sifat tamak akan kekuasaan, mengalir di dalam darah salah satu pihak. Ia juga bertujuan untuk mengelakkan nyawa-nyawa suci terkorban begitu sahaja.

Perkara ini telah berlaku lama dahulu, dan menjadi salah satu tradisi umat Pandora sebelum memulakan peperangan. Sama ada pemerintah lawan pemerintah atau wakil bertarung wakil, kedua-duanya hendaklah bertarung sehingga salah seorang tewas, dan ganjaran yang pemenang peroleh adalah penyerahan sepenuhnya bagi pihak lawan.

Kini, kesejahteraan Pandora bergantung kepada mereka.

Tubuh itu mendepakan kedua belah tangan. Dua orang tentera menyarungkan pakaian besi pada tangan itu. Selepas itu dia dipakaikan pula zirah baharu, yang lebih kuat ketahanannya. Helmet perang di gendong pada bahagian pinggang. Rambut paras leher itu tersikat rapi ke belakang. Mantel putih berkibar dek ditiup angin. Kini Sawyer tidak ubah seperti pahlawan yang gagah.

Wajahnya yang kacak itu ditatap seseorang, tidak lama selepas tuan badan dikejutkan dengan tepukan di bahu.

"Apa.. beta adalah permaisuri. Tunjukkan sedikit hormat."

Gadis berpakaian serba hijau itu melepaskan tawa. "Maaf 'permaisuri' Laila" perlinya.

Laila tersengih lalu menolak lembut tubuh Luna.

"Kau sukakan penasihat utama ya?"

Laila terkejut. Tidak sangka soalan itu yang keluar dari mulut Luna.

"Tak.."

"Tak perlu nafikan. Aku nampak dan aku rasa! Kau sukakan dia.." Luna tersengih, sambil mencucuk pinggang Laila berkali-kali.

"Ish! Apa kau ni..aku.."

Luna menunggu. Dia tertawa sekali lagi apabila menyedari wajah Laila berona merah.

Laila mengetap geraham. Dia juga turut merasakan wajahnya kian membahang. Entah mengapa dengan dirinya sejak kebelakangan ini, bukan sekali perkara itu terjadi. Malah berkali-kali, lebih teruk apabila berhadapan dengan penasihat Sawyer. Walaupun dia sudah biasa bersama dengan jejaka itu, tetap hatinya lemah apabila berhadapan dengan jejaka tersebut.

"Jangan lawan perasaan itu Laila. Biarkan ia memasuki pintu hatimu."

"Wahai pahlawan Euthoria. Sekarang bukan masa yang sesuai untuk bermain cinta. Kau lihat keadaan sekeliling, sesuaikah?"

Luna tersenyum.

Sementara itu, dari kejauhan. Ryuken mengorak langkah mendekati Sawyer. Penasihat itu nampaknya sedang khusyuk memerhati seseorang, sampaikan tidak perasan akan kehadirannya di situ. 

"Jangan tengok lama lama, nanti jatuh cinta."

Usikan yang datang dari arah belakang memaksa Sawyer menoleh. Mendarat saja pandangan mata, dia tersengih.

"Ryuken, bila kau sampai?" soal Sawyer. Mewujudkan satu hubungan yang sudah lama lenyap antara mereka berdua. Atau sengaja dia mahu menukar topik perbualan.

"Boleh tahan lama juga. Cuma aku tak mahu la ganggu kau menikmati pemandangan indah."  Seloroh Ryuken. Mengesan akan perubahan wajah Sawyer, tahulah dia bahawa jejaka itu benar-benar sudah jatuh cinta.

"Sejak bila?"

Terangkat kedua kening Sawyer.

"Sejak bila apa?"

Ryuken menghela nafas. Buat buat tidak tahu pula. Desis hatinya.

"Sejak bila kau jatuh cinta dengan permaisuri Laila?"

Pandora (Ongoing)Where stories live. Discover now