Bab6:Pertemuan dua insan

142 45 33
                                    

Tubuh gagah perkasa berjalan megah menuju ke balai menghadap istana. Jeneral Sawyer, zirahnya yang bewarna merah menandakan dia seorang jeneral. Mantel dibelakangnnya berkibar tatkala dia mengendong helmet perang pada tangan kiri di paras pinggang. Jarang sekali jeneral itu datang ke istana, hanya sesekali bila dipanggil oleh raja kieran.

Kelihatan raja kieran sedang berbincang dengan salah seorang pembesar kerajaannya dulu, parados. Perbincangan mereka terhenti disaat sawyer melangkah masuk ke balai manghadap. Raja kieran tersenyum lebar melihat kehadiran jeneral kebanggannya.

Jeneral sawyer menunduk hormat pada pemimpinnya.

"Lama beta tak jumpa kamu sawyer hahaha. Tentera bagaimana?" Soalnya, memulakan perbualan.

"Semuanya baik baik saja tuanku. Kemahiran berlawan mereka semakin meningkat." Jawab sawyer, bangga.

Raja kieran ketawa dengan suara garaunya. Bahu jeneral sawyer ditepuk beberapa kali sebelum dia menuju beberapa tapak ke arah sebuah meja.

Jeneral sawyer dan pembesar yang bernama qanun, mengikuti langkah raja mereka.

Di atas sebuah meja, terdapat sepucuk surat bewarna biru yang nampak mewah. Raja kieran mengambil surat tersebut lalu dihulurkan kepada jeneral sawyer.

Jeneral yang berwajah putih, berbadan tegap, bulu matanya kelihatan lentik disertakan dengan anak mata yang bewarna biru. Rambut perang yang panjang ke paras leher, di sikat ke belakang.

Lambat lambat jeneral berumur 30an itu mengambil. Wajah bingung sengaja ditunjukkan, kerana dia mahukan penjelasan.

"Beta ada tugas untuk kamu. Tugasannya, kamu perlu serahkan surat ini kepada permaisuri kerajaan virago, dan pastikan dia terima surat ini. Jangan biarkan dia menolak." Terang raja kieran. Bahu jeneral di hadapannya itu ditepuk beberapa kali sebelum dia beredar dari balai menghadap.

Jeneral Sawyer menunduk hormat sehinggalah raja Kieran hilang dari pandangan.

Dia memandang lama surat yang tampak mewah. Persoalan demi persoalan mula bermain di kepala. Sawyer sedia maklum bahawa hubungan dua kerajaan itu tidaklah serapat dahulu, sewaktu pemerintahan permaisuri ilya. Tiada angin tiada ribut, tiba tiba raja kerajaan pandora menjemput permaisuri virago dan pengikutnya datang ke majlis yang diadakan di istana. Jeneral sawyer tidakklah senaif itu, surat yang kelihatan mewah di tangannya, hanya diberikan kepada orang tertentu yang dijemput oleh raja ke sebarang majlis.

Jeneral sawyer menarik nafas dalam dalam. Debaran didada mulai terasa. Dia yakin bahawa rajanya itu sedang merancang sesuatu.

__

Langit malam dibentang dengan bintang-bintang yang bergemerlapan. Keadaan di hutan Pandora gelap tanpa sebarang cahaya, kecuali di suatu tempat di mana berdiri megah sepohon kayu yang daunnya rimbun. Ketinggian pohon itu mengalahkan pohon pohon yang lain. Saiznya juga luar biasa ditambah lagi dengan adanya tingkap. Dahan dahan di pohon itu bagaikan jambatan yang menyambungkan ke pohon yang lain. Terdapat beberapa orang pengawal menjaga kawasan itu. Penghuni istana berteraskan kayu itu, kelihatan meriah. Pakaian mereka semua tiada bezanya, serba hijau dan tampak seperti manusia yang menjaga alam hutan. Masing masing bergelak tawa, menikmati makanan dan air yang dihidangkan.

Sementara itu di ruang bilik, seorang gadis sedang duduk di kerusi menghadap ke cermin. Dia menatap dirinya di dalam cermin, sedang dihiasi dengan pelbagai alat solek yang pelik. Berbeza dengan dunia manusianya. Gadis itu dibantu oleh dua orang dayang. Rambutnya dibuat gaya tocang sebelum dibiarkan di dadanya.

Seorang lagi gadis berada tidak jauh darinya, duduk di atas katil. Tersenyum-senyum dia melihat gadis manusia itu disiapkan untuk majlis malam ini. Majlis yang diadakan sempena meraikan permaisuri laila yang telah berjaya menundukkan ikran permaisuri. Ikran lagenda yang telah ditundukkan oleh seorang gadis manusia. Atau lebih tepat lagi, seorang permaisuri manusia. Peristiwa pagi tadi telah membangkitkan semangat isi istana euthoria serta penduduk di situ. Laungan As que la empresz sebanyak tiga kali menggegarkan kerajaan euthoria beserta ngauman ikran ikran yang berada di situ.

Pandora (Ongoing)Where stories live. Discover now